Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan - adarain

Friday, 26 June 2015

Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan

Tempat Berbuka Puasa - Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita menunaikan kewajipan kita iaitu berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati.


Belum tiba hari raya, lagu raya dah berkumandang di serata tempat especially di shopping complex.


Just nak berkongsi tempat aku berbuka puasa sepanjang minggu pertama di bulan Ramadhan. ALHAMDULILLAH, sepanjang puasa tak ada masalah perut meragam ke tak sihat atau termakan / terminum walaupun tak sengaja puasa tetap sah.  :D



Tempat Berbuka Puasa


Ini adalah Ramadhan pertama aku berbuka puasa di rumah sewa semenjak sudah kerja kalau sebelum ni berbuka puasa time belajar dan di rumah Parent sekarang tak lagi.


So, hari pertama macam biasa buka puasa kat rumah makan nasi tomato beli kat bazar depan rumah. Itu pun harga mau nak mencengkik darah bila peniaga tersebut kata harga untuk satu nasi tomato RM7. Mahal sangatttt! Sorry memang takkan datang lagi.


Tappers Cafe Ioi City Mall Putrajaya


Kemudian, makan kat luar kali ini dekat IoI City Mall Putrajaya iaitu Tappers Cafe. Sebenarnya plan nak Ke Sunway Pyramid tapi sebab tidak sempat nak ke sana dengan jem lagi so better makan kat IoI City Mall .


Tak semua restaurant or cafe kat sana mahal2x belaka ada yang murah sebenarnya iaitu di bahagian luar di bahagian Food Junction. Keluar ikut pintu kiri bersebelahan Magnum cafe. Kat situ ada banyak kedai makanan.


Pilihan menu berbuka puasa aku adalah Tappers Soya Chicken Rice (RM11.90) dan Honey Lemon (RM3.90). Okla kan Bawah RM20 murah dari makan kat restaurant lain seperti Secret recipe, kenny rogers dan banyak lagi.


Tempat pun best putih lagi suci dan tak ramai orang sangat. :D


Tappers Soya Chicken Rice


Itu je lah tempat berbuka puasa yang aku nak kongsikan dengan korang memandangkan mood menulis aku tetiba datang. :D, Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh-NYA :D



Cadangan Tempat Berbuka Puasa


1. Bangi Golf Resort 

Salah satu tempat yang tak asing siapa yang tinggal di Bangi adalah di Bangi Golf Resort yang menyediakan hampir 200 juadah tempatan, china dan barat dengan harga RM58 sahaja. Kemudahan ruang solat juga disediakan.


Tempat ini memang sangat luas tapi crowded dengan orang nak berbuka puasa kat sini. So, korang jangan expect dapat ambil makanan dengan mudah.. tak!... nak ambil makanan sampai kena beratur panjang.. antara juadah femes panjang beratur ialah kawasan Kambing bakar dan satay... Disarankan untuk korang datang awal dalam 6.45pm sebab time tu dorang dah buka dan time tu la korang terus ambil lauk apa yang korang nak ambil..


Kalau tak nak berbaris panjang, korang bolah datang lepas maghrib., tak ramai lah yang beratur..abis tu macam mana kalau lauk habis kalau datang lepas maghrib? Bangi Golf Resort menjanjikan lauk dorang takkan habis.. aku lepak sampai pukul 9pm lebih masih ada lauk lagi...


Sesiapa yang nak try berbuka di situ boleh try cari no phone Bangi Golf Resort kat google ataupun di Facebook untuk membuat tempahan.


2. QNA Republic Cafe Bangi


Sesiapa yang mencari tempat berbuka puasa dengan harga yang berpatutan boleh try berbuka di QNA Republic Cafe dengan harga serendah RM39.90. Dengan harga tersebut korang boleh makan 50 juadah yang disediakan. Harga mungkin akan berubah setiap tahun.


QNA Republic Cafe


So, kalau nak makan kat situ kena buat tempahan awal sebab kalau terus terjah memang penuh (full House)



3. BurgerByte Bangi Seksyen 15


Beberapa hari yang lepas sempat berbuka puasa di sini. Sangat puas hati dengan makanannya ala western ada steak sekali memang kenyanglah perut korang then orang pun tak ramai sangat walaupun takde buat promosi ramadan tapi still berbaloi untuk berbuka puasa di sini.




[caption id="attachment_7020" align="aligncenter" width="488"]Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan lupa plak menu apa nama ni naked chicken tak silap pastu aku minta nasi putih.[/caption]

Jangan la korang order air Jumbo untuk sorang.. hahaha. Sebab Jumbo dia bukan besar biasa tapi macam besar jug boleh minum satu family. serius gtau..  kitaorang tak tahu pun jumbo dia besarnya macam tu, gila terkesima tengok saiz jumbo glass yang sangat besar. Memang tak habis minum sorang terpaksa bawa lebih airnya kalau tak membazir je..




[caption id="attachment_7021" align="aligncenter" width="720"]Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan nasib aku order syrap bandung je.[/caption]

4. Ioi City Mall Putrajaya


Kat Shopping mall ni ada pelbagai restaurant yang menyediakan juadah khas untuk berbuka puasa. Antara Restaurant famous yang boleh korang berbuka puasa adalah Chicken Rice Shop, Sukiya, Absolute Thai, Manhattan Fish Market, Soul Garden dan banyak lagi.


So korang kena sampai sana pukul 6 pm kalau sampai sana pukul 6.30 memang full house la jawabnya. Hampir kesemua restaurant yang dinyatakan tadi full house seawal 6.30 pm lagi. Itupun lepas maghrib masih ada orang beratur lagi untuk menunggu turn untuk makan di restaurant.


Untung besar la jawabnya tauke Restaurant kat Ioi City Mall Putrajaya.


Kalau korang ada tempat berbuka puasa yang best dan ingin dikongsikan bersama bolehlah komen di bawah ya. :D
Comments

20 komentar

aku banyak gak berbuka kat luar. slalu share kat insta. smpai member aku cakap aku ni dah macam duta jalan jalan cari makan hahaha :D

pergh.. mesti hang setiap hri kuar berbuka kat kedai tu dipanggil duta jaln2x cari makan. haha :D

haha kebetulan je bro sebenarnya.

Orang bujang memang tak ada masalah makan kat luar macam tu ... cuba kalau dah berkeluarga, mau sengketa jadinya huhuhu

Duit pun banyak keluar untuk makan sekeluarga

Seronoknya berbuka di masjid ramai2. Jimat pun jimat. Selamat berpuasa.

gambar last tu macam sedap aje.

bak sikit.

Dulu masa bujang pun selalu juga pergi bazar yang best dan murah..masa tu nasi tomato baru rm4.50 kot..sekarang memang mampu tengok saja la

Salam.. haii.. Dramatic Uniq datang blogwalking kat sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

Amin. Selamat berpuasa juga. Moga kita ketemu malam lailatul qadar Amin :)

menu buka puasa yang sangat menarik pasti enak tuh,, makasih buat sharingnya

Dari mula Ramadan hingga semalam, aku berbuka di rumah mertua, sebab di rumah situ hanya beberapa orang saja yang berbuka. Jadi aku meriahkan mereka bersama-sama. Hujung minggu pula balik rumah mak bapak aku.. :)

saya masih bertahan berbuka di rumah sahaja. bazar ramadhan pun belum jejak. hihih

baguslah sis, lagi jimatkan. :D

Best juga berbuka di rantau orang nie, dapat pengalaman baru...

Hidup sendiri mau berbuka dan pergi kemana saja tidak masalah, alau sudah ada anak istri pasti akan berbeda.

Laaa, duk Putrajaya ke? Entah-ntah jiran tak? hahaha
Setakat ni tak pernah lagi ke Bazaar Ramadan. Biasa beli air tebu kat Sungat Merab jer :)

takde la sis, saya duduk area bangi. :D sg merab dekat je tu ngan tempat aku :D


EmoticonEmoticon