Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Thursday, 12 March 2026

Betul Ke Raya Mengejut Tahun Ini Macam Tahun 2022?

Ramai pula rakan media sosial yang mula mengatakan khabar angin raya kali ini mungkin mengejut. Sebab kalau ikutkan berdasarkan kalendar fizikal dan juga maya, raya jatuh pada hari sabtu. Tapi baru-baru ada update pula dari kalendar melalui online yang mana raya jatuh pada jumaat nanti. Ah sudah.. dah pening mulalah kelam kabut mana satu yang betul ni.. nak prepare cuti kemas barang lagi..

Dalam takwim JAKIM tulis 1 Syawal 1447 ialah 21 Mac 2026 (Sabtu)... tapi banyak ura-ura kata 1 Syawal akan jatuh pada 20 Mac 2026 (Jumaat)... 

Betul Ke Raya Mengejut Tahun Ini
sekadar gambar hiasan hasil gemini

Betul ke?? Macam mana boleh berlaku macam ni?? Berikut adalah hasil penulisan dari Ashraff Osman

JAWAPAN PENDEK RAYA MENGEJUT:

Anak bulan / hilal Syawal pada petang 19 Mac 2026 (29 Ramadan 1447) tu kalau ikut perkiraan adalah sangat halus. Belum confirm kita boleh nampak. Sebab tu dalam takwim tulis 1 Syawal ialah Sabtu 21 Mac 2026. Tapi andai kata hilal Syawal berjaya dicerap pada petang Khamis tu.. Jumaat kita akan raya! 

Kalau tunggu... punya tunggu..punya tunggu...bulan tak muncul-muncul (bak kata P. Ramlee), Sabtu la kita raya.

JAWAPAN PANJANG:

Kita kena tahu bahawa sistem takwim Hijri yang kita pakai ni adalah berdasarkan bulan (Takwim Qomari). Ia berbeza dengan takwim Masihi yang berdasarkan pergerakan matahari (Takwim Syamsi). Dalam Ilmu Falak, penentuan awal bulan Hijrah ni ada beberapa kaedah:

1. Hisab 

2. Rukyah hakiki

3. Imkanur Rukyah 

TAKWIM HISAB tu maksudnya perkiraan awal bulan Hijrah memang langsung tak tengok hilal. Bulan ni kita kira 30 hari bulan... dan bulan depan kita kira 29 hari bulan.. selang seli.

Kaedah ni la yang sistem convert Tarikh Masihi kepada Tarikh Hijri yang berlambak dalam internet tu dok guna.. dia buat kiraan lump sum je.. bukan 100% ikut tarikh hijri yang actual.

Takwim ni dipanggil Takwim Istilahi...

Tapi kita tak pakai takwim ni untuk penentuan awal bulan Ramadan / Syawal.. sebab ia tidak selari dengan hadith Nabi SAW,

صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته...

"Puasalah bila kamu lihat anak bulan (Ramadan), dan rayalah bila kamu lihat anak bulan (Syawal)...".

TAKWIM RUKYAH HAKIKI pula bermaksud kita bergantung 100% kepada anak bulan. Petang 29 hari bulan pada setiap bulan (Takwim Qomari) kita kena mencerap bulan. Kalau hilal kelihatan, esok akan masuk bulan yang baru (1 haribulan). Kalau hilal tidak kelihatan, esok masih bulan yang sama (30 haribulan). Ini kaedah yang asal dalam penentuan awal bulan hijri dalam Islam. 

Tapi kita di Malaysia, bukan senang nak nampak hilal ni. Sebab negara kita negara beriklim lembab sepanjang tahun. Sebab kedudukan kita berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Langit kita dipenuhi dengan awan hampir sepanjang tahun. Lebih-lebih lagi di kaki langit di mana kita nak mencerap anak bulan. Kalau kaki langit penuh dengan awan, guna la teropong canggih macam mana pun... kita takkan nampak anak bulan tu. Sebab pandangan kita terhalang dengan awan. Walaupun kita tahu sepatutnya petang tu anak bulan memang boleh kelihatan, tapi kita tak dapat nak tengok dia.. So macam mana nak buat? Di situlah datangnya satu lagi kaedah yang kita guna iaitu dinamakan IMKANUR RUKYAH...


Malaysia Guna Kaedah Imkanur Rukyah

IMKANUR RUKYAH ialah kaedah yang kita guna di Malaysia. Maksud Imkanur Rukyah ialah: "Kebolehnampakan Hilal"...

Maksudnya kita tetapkan posisi bulan, yang kalau bulan berada pada posisi itu kebiasaannya kita boleh nampak hilal. 

Penetapan posisi bulan (Kriteria Imkanur Rukyah) yang terkini yang sedang kita amalkan di Malaysia sejak tahun 2021 ialah :

1. Altitude Hilal melebihi +3° di atas ufuk ketika matahari terbenam, dan 

2. Elongasi Hilal melebihii 6° 24' di atas ufuk ketika matahari terbenam.

Maksudnya kalau posisi bulan tu lengkap syarat-syarat di atas, kita anggap anak bulan memang boleh kelihatan. Penetapan itu dibuat setelah kajian yang mendalam, dan hasil laporan cerapan hilal selama puluhan tahun yang telah direkodkan. Kalau nak tau, Jabatan Falak di negara kita ni, setiap bulan diorang mencerap hilal ni. Bukan Ramadan & Syawal je. 

Jadi kalau petang kita mencerap bulan tu, langit mendung / penuh awan, pandangan kita terhalang dengan awan dan kita langsung tak nampak langit, kita akan anggap anak bulan ada petang tu sebab bulan tu cukup syarat / kriteria yang kita sebut tadi...walaupun kita tak nampak hilal secara actual.  Itulah yang dinamakan kaedah IMKANUR RUKYAH. 

Saya lupa nak bagitahu yang penetapan tu bukan kita je yang pakai.. tapi negara-negara jiran kita juga pakai penetapan (kriteria hilal) yang sama. Kita panggil negara-negara MABIMS. Singkatan daripada Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Empat negara ini sepakat dengan kriteria hilal tersebut..

Untuk penetapan awal takwim hijri pun sama. Kita guna kaedah Imkanur Rukyah. 

Kenapa Guna Kaedah Imkanur Rukyah

Kenapa nak kena susun awal? Sebab banyak perkara kita nak susun sepanjang tahun. Macam-macam event kita nak rancang. Kalau takwim tak keluar awal, susah la kita nak buat perancangan. Sama macam takwim Masihi la. Kita nak tengok takwim setahun lengkap.. nak buat perancangan awal. Sampai takwim / kalendar tahun depan pun kita nak tengok...rancang awai tak kalut orang Kedah kata..

Macamana kita nak keluarkan takwim Hijri awal setahun kalau kita guna kaedah Rukyah Hakiki? Sebab kalau guna kaedah Rukyah Hakiki, kena tengok anak bulan secara actual.... baru boleh kata esok masuk awal bulan baru. Selagi tak nampak hilal, tak boleh nak declare tarikh esok...

Kalau kita guna kaedah Hisab (Takwim Istilahi) semata-mata, setiap bulan kita selang seli.. bulan ni 29 haribulan, bulan depan 30 haribulan.. Kita akan declare bulan tu jumlahnya sebanyak 30 hari, walaupun petang 29 haribulan tu kita nampak hilal.. dah terlalu mengambil mudah pulak...

Disebabkan itu kita guna kaedah Imkanur Rukyah untuk penetapan awal takwim Hijri.. Kita akan kaji data posisi bulan sepanjang tahun.. JUPEM akan keluarkan data bulan dan matahari ni untuk setahun lengkap (ALMANAK). Jabatan Falak akan guna data rasmi tersebut.

Dunia astronomi sekarang dah semakin canggih, posisi bumi, matahari, dan bulan ni kita boleh cek bukan sekadar tahun ni punya sahaja... nak tengok 100 tahun ke hadapan pun boleh. Sebab pergerakan bumi, dan bulan ni hampir konsisten, sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Quran. 

Berbalik kepada penetapan awal Takwim Hijri tadi, JAKIM akan susun tarikh awal bulan baharu berdasarkan kaedah Imkanur Rukyah tadi. Tapi andai kata anak bulan memang kelihatan, kita akan ketepikan kaedah Imkanur Rukyah tu.. kita akan guna kaedah yang asal iaitu Rukyah Hakiki. itu lah yang terjadi pada Raya Mengejut tahun 2022 dulu. Kalau ikut perkiraan, anak bulan petang tu tak cukup syarat Imkanur Rukyah, sebab tu dalam takwim tulis Ramadan sampai 30 hari... Tapi bila mencerap secara actual, boleh nampak anak bulan tu. Terus kita declare esoknya 1 Syawal.

Kedudukan Anak Bulan Tidak Cukup Syarat

Untuk  tahun 2026 ni,  anak bulan pada petang 19 Mac dilihat tidak cukup syarat Imkanur Rukyah. Jadi dalam takwim ditulis 1 Syawal 1447 adalah 21 Mac 2026. 

Tapi.... walaupun petang 19 Mac 2026 tu kedudukan bulan tidak cukup syarat yang ditetapkan di atas, hakikatnya hilal akan sedikit kelihatan dengan garisan yang sangat-sangat halus... tak sampai 0.01% pun daripada saiz bulan yang penuh. 

Kalau cek guna app atau perisian astronomi, memang kita boleh nampak garis halus tu. Tapi kalau ketika mencerap bulan di langit yang sebenar, ia tidak semudah itu. Kedudukan bulan sangat rendah dengan ufuk, biasan cahaya matahari...ini semua menjadi cabaran untuk nampak hilal tu. Itu pun kalau langit cerah tak ada awan, kalau kaki langit penuh awan.... melopong je la jawabnya...😅

Petang 19 Mac 2026 nanti, andai kata kita memang betul-betul nampak anak bulan tu, kita akan ketepikan kaedah Imkanur Rukyah yang kita cerita tadi, dan kita akan berpegang dengan kaedah Rukyah Hakiki... kita akan anggap esoknya ialah bulan yang baru iaitu Syawal. Sebab kaedah Rukyah Hakiki adalah kaedah asal yang disebut dalam hadith yang saya sebut di atas tadi. 

Tapi nak tulis siap-siap dalam takwim Hijri yang 1 Syawal ialah 20 Mac 2026, tak boleh juga. Sebab belum pasti kita boleh nampak anak bulan yang terlalu halus tu. Tak cukup syarat (Kriteria Imkanur Rukyah).

Ada sebahagian negara luar, yang tolak mentah-mentah rukyah hakiki ni. Dia guna kaedah hisab je. Dia tak peduli dah anak bulan ada atau tak ada... rasanya ramai yang tahu negara tu..😅

So kita raya bila sebenarnya? 20 Mac atau 21 Mac? Segalanya bergantung kepada petang 19 haribulan nanti. Adakah kita berjaya nampak anak bulan yang terlalu halus tu atau tidak..

Di bawah saya lampirkan kiraan data hilal Syawal tahun 2022 dulu dan tahun 2026 ni sebagai perbandingan. Kiraan cara kampung je.. bukan guna data rasmi dari JUPEM.


ANALISA HILAL SYAWAL 1447H (MAC 2026)

Lokasi: Pulau Perak, Kedah 

Lat: 5° 41' 3" U
Long: 98° 56' 20" T

Tarikh: 19 Mac 2026 (29 Ramadan 1447)Waktu: 19:35:01 

Altitude hilal: +02° 47' 33.4"
Azimuth hilal: 273° 28' 31.6"
Altitude matahari: -00° 48' 10.03"
Azimuth matahari: 269° 37' 46.4"
Elongasi hilal: 5° 15' 50"

Kriteria Imkanur Rukyah: 

1. Altitude Hilal >3° : Tidak cukup syarat
2. Elongasi Hilal >6° 24' : Tidak cukup syarat

Lokasi:  Tanjung Atiam, Sabah

Lat: 5° 16' 55"
Long: 119° 15' 15"

Tarikh: 19 Mac 2026 (29 Ramadan 1447)

Waktu: 18:13:46
Altitude hilal: +02° 05' 16.7"
Azimuth hilal: 273° 11' 02.9"
Altitude matahari: -00° 48' 03.4"
Azimuth matahari: 269° 36' 05.7"
Elongasi hilal: 4° 36' 02"

Kriteria Imkanur Rukyah: 

1. Altitude Hilal >3° : Tidak cukup syarat

2. Elongasi Hilal >6° 24' : Tidak cukup syarat


DATA HILAL SYAWAL 2022 (RAYA MENGEJUT)

Lokasi:  Tanjung Atiam, Sabah

Lat: 5° 16' 55"
Long: 119° 15' 15"

Tarikh: 1 Mei 2022 (29 Ramadan 144  )

Waktu: 18:09:14 
Altitude hilal: +04° 41' 41.6" 
Azimuth hilal: 286° 13' 42.9" 
Altitude matahari: -00° 49' 05.0"
Azimuth matahari: 285° 16' 50.7" 
Elongasi hilal: 5° 35' 46"

Kriteria Imkanur Rukyah: 

1. Altitude Hilal >3° : Cukup syarat

2. Elongasi Hilal >6° 24' : Tidak cukup syarat

Lokasi: Pulau Perak, Kedah 

Lat: 5° 41' 3" U
Long: 98° 56' 20" T

Tarikh: 1 Mei 2022 (29 Ramadan 144  )

Waktu: 19:30:56 
Altitude hilal: +05° 19' 03.2" 
Azimuth hilal: 286° 24' 38.4" 
Altitude matahari: -00° 49' 01.6"
Azimuth matahari: 285° 18' 51.7" 
Elongasi hilal: 6° 14' 04" 

Kriteria Imkanur Rukyah: 

1. Altitude Hilal >3° : Cukup syarat

2. Elongasi Hilal >6° 24' : Tidak cukup syarat

Kita tengok data hilal Syawal tahun 2022... tak cukup 100% syarat kriteria Imkanur Rukyah.. tapi bila mencerap, nampak hilal tu.. kadi hasil cerapan hilal tu terus diterima dengan kaedah Rukyah Hakiki dan esoknya diumumkan sebagai 1 Syawal... 

Kalau nak dibandingkan hilal Syawal pada tahun 2022 dulu, hilal tahun 2026 ni lagi mencabar untuk dilihat.. kalau dulu ketinggian bulan antara +04° hingga +05° di atas ufuk.. tapi tahun ni kedudukan bulan cuma sekitar +02° di atas ufuk barat ketika matahari terbenam. Tak tau la samada kita berjaya nampak atau tidak... tengok la nanti..

Tunggu je la pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja... 

Friday, 28 March 2025

Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian

Kadar zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini (2025) bermula RM7, mengikut jenis beras yang dimakan. Pembayaran boleh dibuat mengikut kadar yang ditetapkan. Bagi mereka yang berkemampuan, digalakkan untuk membayar lebih sebagai tanda kesyukuran dalam mencari keberkatan.

Ketetapan ini dibuat berdasarkan perbincangan dan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2024 yang bersidang pada 21 Oktober 2024.

Tunaikan zakat fitrah lebih awal di bulan Ramadan nanti bagi memastikan kelancaran agihan kepada mereka yang memerlukan. Bayar dengan mudah melalui kaedah online atau kepada amil yang sah dan bertauliah.

Jadi bayarlah Zakat fitrah mengikut beras yang kita selalu makan. 


Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian
Kadar Zakat fitra bermula RM7 sehingga RM22. 

Menurut hukum Islam, berikut adalah orang-orang yang wajib dibayarkan zakat fitrahnya:

Orang-Orang yang Wajib Dibayarkan Zakat Fitrahnya

1. *Diri sendiri*: Setiap muslim yang mampu wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.

2. *Isteri*: Suami wajib membayar zakat fitrah untuk istrinya, kecuali jika istri memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

3. *Anak-anak*: Orang tua wajib membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya yang belum baligh (belum dewasa), kecuali jika anak-anak tersebut memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

4. *Orang tua*: Anak wajib membayar zakat fitrah untuk orang tuanya, jika orang tua tersebut tidak memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

5. *Budak atau pembantu*: Jika seseorang memiliki budak atau pembantu, maka ia wajib membayar zakat fitrah untuk mereka.

Catatan

- Zakat fitrah hanya wajib dibayar oleh mereka yang memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

- Jika seseorang tidak memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri, maka ia tidak wajib membayar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian
rujukan dari sumber sunnah


Thursday, 20 March 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet

Buffet ramadan dianjurkan oleh Mak Kimbong dan Experiment Kitchen dengan pengalaman berbuka puasa di tempat yang besar dan luas. 

Kalau makan kat sini kena booking online melalui website dan whatsapp. Nanti sediakan details semua untuk booking dan boleh bayar secara online. Details booking nanti akan dapat kat whatsapp 

Nanti bila dah sampai pergi kat kaunter dan tunjukkan Qr kod yang telah diberikan kat whatsapp. Nanti dorang kat sana akan bagi tahu no meja berapa yang korang dapat nanti. 

Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet
Maha Buffet

Kelebihan Makan kat Maha Buffet

  • Ada 30 gerai live cooking dengan suasana selesa seperti di hotel, tetapi penuh dengan kemeriahan makanan bazar
  • 200+ jenis hidangan dari lauk kampung, Western, Street Food, Bangkok Cuisine & Korean Dish.
  • VIP Area eksklusif – Kambing golek, nasi Arab Mandy, seafood grill, buah-buahan segar & coffee machine khas!
  • Kids Friendly – Playzone mega & Magical Clown setiap hari!
  • Kemudahan Lengkap – Surau luas, Free Barber, Free Henna, Ruang PS5 Percuma & Live Band.
  • 1000 parking percuma + VIP parking khas!
  • 5:30 petang - 10:00 malam
Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet
suasana dalam Maha Buffet


Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet


Bayangkanlah kalau dewan punya besar tu kalau nak ambil lauk-pauk semua tu memang ambil masa lah. Kalau duduk terperuk hujung dewan tu lagilah.. memang kena tawaflah kalau nak ambil lauk.. tinggal rajin tak rajin je nak ambil lauk. haha

Rasa makanan semua lauk yang sempat isi perut semua sedap, maggi kerabu fuh pedas betul, makanan korea pun sedap, cendol, kuih-muih pun sedap, kambing bakar pun lembut dan air pun banyak pilihan. Makanan western semua dengan nasi berlauk tak sempat nak sentuh perut dah penuh sangat. Takut membazir tak habis

Ramai yang berbuka puasa kat sini tapi tak bersesak-sesak la nak ambil lauk mungkin sebab dewan luas dan banyak jenis lauk jadi mudah nak ambil semua. 

Banyak juga meja kosong mungkin sebab weekday jadi tak penuh satu dewan.. 

Selepas berbuka ada selawat dari tahfiz. kalau lepas habis berselawat tu pasang lagu nasyid ke raya lagi meriah la dewan. Ada juga cabutan bertuah, kuiz menang hadiah. 

Overall puas hati lah, tak boleh nak makan semua perut tak mengizinkan. haha. 

Cuma harga buffet too pricey.  

Monday, 13 April 2020

10 kesalahan ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Mungkin ramai yang tak sedar yang ada beberapa kesilapan yang mungkin kita selalu buat sepanjang bulan Ramadan.

10 kesalahan ketika Ramadhan


Berikut adalah 10 kesalahan ketika Ramadhan yang umat Islam lakukan:

Tidak sahur
  •  Puasa orang yahudi dengann orangg Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
Sahur terlalu awal
  • Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

Terlebih tidur 
  • lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

Berbuka secara buffet sampai buncit
  •  ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir
  • lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan
  • bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
  • Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat
  •  pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo!

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
  • bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan
  • ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
10 kesalahan ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan
sekadar gambar hiasan. 


Thursday, 23 May 2019

Tips shopping di Bangi Sentral Elak Bersesak

Shopping di Bangi Sentral merupakan salah satu tempat yang famous di Bandar Baru Bangi, Selangor dipenuhi dengan butik-butik muslimah dan muslim dijual dengan secara eksklusif sejak tahun 2014 lagi. Tapi banyak butik yang khas untuk muslimah.

Bulan Ramadan lagi-lagi dua (2) minggu terakhir nak raya memang sahlah kawasan inilah yang akan jem yang teramat sangat.

Jangan terperanjatlah kalau korang nampak pagi-pagi dah beratur menunggu butik untuk dibuka. Pagi-pagi pun dah jem inikan tengahari lagi jem.


Gambar sekadar hiasan semata-mata

Tips shopping di Bangi Sentral


So, ini tips yang mungkin boleh membantu korang untuk ke Bangi Sentral nanti.

  1. Aim butik mana yang korang nak pergi. Kalau ada butik pilihan make sure korang tengok Facebook or Instagram dorang senang kalau dorang ada buat promosi sambil tu boleh tengok harga sekali. Pilih baju mana yang berkenan sahaja. Aim 1-2 butik sahaja supaya senang nak buat pilihan.

    Kalau nak aim semua butik memang jenuhla bersesak ngan orang ramai lagi. Tetiba semua terasa cantik baju.. sebab tu ain 1-2 je baju raya. rasa sesuai cantik ambil terus. 

  2. Shopping time weekdays tak sesak... kalau weekend memang sesak habis.. kalau time weekend je yang ada masa.. boleh terus ke no.3

  3. Parking jauh sikit dari bangi Sentral sebab kalau korang nak cari parking kat dalam Parking Sentral tu memang takdelah jawapannya. Sebab ada ramai lagi nak mencari parking dalam tu. Lagi bertambah jem.

    Bangi Sentral pun satu hal, lain kali buatlah parking bawah tanah siap-siap masa nak buat bangunan.
  4. Kalau alamatnya jalan 8, maksudnya yg bangunan jadora, bella ammara etc. Kalau alamat jalan 7, bangunan Leeyana Rahman, elrah exclusive, fyn jamal tu yang berdekatan dengan PKNS dan Mcdonalds

  5. kalau no kedai 01 mksudnya kedai tu tgkt bawah skali. 02-04 makanya naik la lif/tgga.

  6. Bawak la payung sekali mana tahu hujan or panas terik..

  7. Singgah dan beli terus kalau korang rasa kainnya ok, baju pun lawa...harga lain cerita, yg penting puas hati...jangan fikir2x lama.. kalau tak, satu bangi sentral pun tak habis singgah.

  8. Dah beli apa yang dihajati maka terus balik. :D

Beli awal-awal punyalah mahal tapi bila nak dekat raya ada jual lagi murah. Berapa banyak promosi pun tak tahulah... tapi tak apa la kan yang penting tak ada nak berebut-rebut bersesak-sesak dekat bangi sentral. Kalau lelaki nak beli baju melayu dan tak nak bersesak sangat boleh cuba kat Aeon pun ada boleh tahan cantik juga baju rayanya. 

Cara Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan


Berikut adalah perkongsian dari Dr Khairul Hafidz berkenaan dengan cara pemakanan sewaktu di bulan ramadan.

Saya yakin buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, bulan Ramadhan adalah bulan yang ramai orang tunggu-tunggu, kerana orang rasa waktu inilah paling mudah nak turunkan berat.

Jawapan ya dan juga tidak. Bulan Ramadhan boleh menjadi pemangkin untuk turun berat lebih banyak atau ianya adalah pintu jahanam diet yang dah kita amalkan.

Tips Cara Pemakanan Yang Berkesan

Beberapa tips cara pemakanan yang boleh saya berikan:

SAHUR

1. Makanan karbohidrat kompleks seperti nasi perang atau roti wholemeal yang memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna, menyebabkan kita mampu menyimpan tenaga lebih lama untuk berpuasa.

Jika tak mampu, makanan berkarbohidrat lain pun boleh, penting untuk bekalan tenaga kita.

2. Makanan tinggi serat supaya kita berasa kenyang lebih lama. Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Protein supaya perasaan puas makan kita dapatkan. Contoh: ayam, ikan, daging.

4. Elakkan minuman berkafein kerana kafein bersifat diuretik, maknanya kita akan kerap kencing.

Lebih kerap kencing, lebih banyak air yang keluar dari badan hingga boleh menyebabkan dehidrasi. Contoh minuman berkafein seperti teh, kopi dan minuman berkarbonat.

5. Elakkan makanan tinggi garam. Boleh menyebabkan dehidrasi juga.

6. Banyakkan minum air masak. Air masak mengandungi zero kalori yang sangat baik untuk menjimatkan kalori per hari kita.

Tetapi jangan minum terlalu banyak pula, cukup 2-3 gelas kerana kalau minum terlalu banyak, lebih banyak pula kencing. Kurangkan air manis banyakkan minum air masak.


BERBUKA PUASA

1. Awalkan berbuka (maknanya berbuka setelah azan Maghrib, jangan buka waktu dhuha pulak)

2. Berbuka dengan makanan gula ringkas seperti kurma. Ia bantu berikan tenaga dengan cepat

3. Kawal nafsu makan! Makan makanan yang berkualiti (pinggan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral dan vitamin)

4. Banyakkan minum air masak dari air manis. Di samping zero kalori, ia bantu untuk menghidrasi kembali badan.

Cara Pemakanan Jangan Berlebihan dan Membazir

Yang terpenting dalam diet sewaktu berpuasa adalah untuk tetap MENGIRA KALORI.

Penyebab ramai orang yang kekal berat badan atau makin naik berat badan kerana mereka gagal mengawal nafsu makan.

Bersahur sebanyaknya, berbuka apa lagi, dah macam ada saka dalam badan.

Elakkan membeli makanan berlebihan untuk berbuka terutamanya di bazar Ramadhan. Jika mampu, masak sendiri kerana kita boleh mengawal minyak dan lemak punca tinggi kalori serta mengawal kuantiti makanan yang dimasak.

Lagi satu, berpada-pada waktu moreh. Yang banyak kita tengok, moreh lagi banyak makan dari berbuka.

Walaupun berpuasa, kekal kira kalori. Jika sebelum puasa kalori per hari kita adalah 1500 Kal, jadi waktu puasa pun patut sama. Jangan sebab puasa, naik pulak kalori sampai 3000 Kal. Ini semua akibat gagal kawal nafsu makan kira.

Moga tips-tips ini boleh menjadi sedikit panduan buat semua. Harap kalian kekal fokus dengan matlamat untuk menurunkan berat badan.

Tetap kawal diri, dan banyakkan beribadah dalam bulan Ramadhan ini, InsyaAllah banyak keberkatan yang kita boleh dapatkan, jasmani dan rohani.

Jika tidak, yang kita dapat, hanyalah lapar dan dahaga.


Friday, 18 May 2018

Makanan Paling Popular Kat Bazar Ramadan

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa serta dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Bila sebut time buka puasa mesti ramai orang akan terfikir nak makan apa ek time buka puasa? Tempat mana nak beli?

Ye lah bukan apa tak nak jadi macam kes-kes yang lepas beli karipap angin je lebih sampai orang kita panggil karipap shake-shake.. pastu ada kes lagi lauk semalam dihangat balik jual semula.. rasa lemau.. pastu rasa basi, memang terus reject kedai macam tu..

Bila time berbuka puasa ini ada beberapa menu yang menjadi feveret. Saya rasa semua pun feveret kot dengan menu ni..

Antara Menu Berbuka puasa yang Best kat Bazar Ramadan

1.Murtabak dan Roti John

Tetiba je menu ni mesti ada kat kepala.. sebelum bulan ramadan tak terfikir pula nak beli makanan macam ni.. haha.. penangan ramadan.. kalau kedai pandai buat tambah pula macam2x sos memang meleleh habis..

Makanan Paling Popular Kat Bazar Ramadan
Murtabak
2. Ayam Percik

Perghh.. ayam percik kot.. siapa yang tak nak.. comfirm beli kalau kat bazar..bau ayam percik ni jangan cakaplah dari dalam kereta sampai kat umah berbau. hehe

3. Kuih Tepung Pelita

Dalam banyak-banyak kuih yang ada, kuih tepung pelita yang popular juga.. sedap manis dengan lipatan daun pandan menaikkan aroma bau kuih tepung pelita.

4. Nasi Tomato + Nasi Ayam Merah

Tak tau nak masak apa memang kebanyakkan kita mesti beli nasi tomato takpun nasi ayam merah. Paling biasa pun nasi ayam atau nasi campur.

5. Taufu fa @ Douhua

Salah satu feveret juga ini... makan benda alah ni rasa nikmat betul.. sampai dah tak nak bagi orang lain.. hahha

inilah antara yang paling popular kat bazaar ramadan.. banyak lagi yang ditulis belum masuk lagi yang makanan viral macam pau cendawan tahun2x yang lepas tapi cukuplah 5 makanan yang menjadi feveret kat bazar ramadan

Korang kalau berbuka puasa suka makan apa? Lauk apa? Kuih apa.

Friday, 16 June 2017

Pengalaman Berbuka Puasa Di Sushi King Bangi

Sushi King Bangi - First time berbuka puasa kat kat sushi king sebab tertarik dengan promosi yang dibuat oleh sushi king. Harga buffet bawah RM45 dan korang boleh makan apa sahaja yang korang nak..  So, dengan harga macam tu kira berbaloilah kan sebab dapat melantak semua sushi yang ada kat sini.

Tempahan Awal Supaya Tak Full

Kalau kat sushi king ak dengan member dah buat tempahan awal lagi dalam tengahari lagi sebab tak nak macam kes sebelum ini terus direct pg sana time dah nak maghrib tapi dah full untuk 7.30pm tapi pukul 8.30pm ada lagi kekosongan yang lecehnya malas nak menunggu sampai 8.30 mlm nanti... better next time...

Bila tempah awal ni senang lah sikit hati. Dapat harga ahli sebab buat kad time tu free je alang-alang buat je kad tu.. So, nanti resit kena simpan bila buka puasa nanti just tunjukkan resit sebagai bukti tempahan.


maaf gambar takde atas sebab tertentu

Dalam pukul pukul 7 sampai, then tunjukkan resit sebagai bukti pembayaran nanti waiters akan tunjukkan meja mana yang kita kena duduk.. Dan tak sangka dapat duduk meja yang khas untuk empat orang tapi yang makan dua orang je.. memang puas hati lah makan dengan meja besar. Ingat dapat meja depan sekali yang mengadap dinding kayu je. hahaha.

Dah duduk tu, ambil lah sushi mana yang rasa berkenan tu ambil je.. mana tengok pelik je makan... feveret aku sushi yang ada salmon. hehe.  Kalau nak air kena ambil sendiri, air yang ada macam teh lemon madu dengan blackcurrant madu kalau tak silap.. pastu ada ice cream..kena ambil sendiri juga kat peti ais yang disediakan.

Makan beberapa pinggan je dah kenyang... Dalam 11-12 pinggan juga aku habiskan.. Tak boleh nak lama-lama dalam ni sebab tempoh masa yang diberikan ialah 80 minit kalau tak silap aku pastu nak kejar solat lagi..

Buffet Sushi King Memang berbaloi.

So far, memang puas hati dan berbaloi lah kalau makan kat sini.. makan lah korang sampai kenyang.. Kalau makan time hari biasa mahu nak berpuluh sehingga ratus juga nak makan sushi berpuluh pingan macam ni..


Tuesday, 30 May 2017

Tips Bersenam Ketika Di Bulan Ramadhan

Tips Bersenam sewaktu bulan Ramadhan sebenarnya bukan suatu yang luar biasa, apa lagi mustahil untuk dilakukan.

Boleh aja nak bersenam, tiada masalah. Dan buat mereka yang nak menurunkan berat badan ini lah waktu yang terbaik untuk menurunkan badan dengan lebih cepat.

Perlu diingat sekali lagi bahawa di dalam healthy lifestyle terdapat dua komponen iaitu pemakanan dan juga bersenam, dan ratio nya akan selalu 70:30. Jadi pemakanan yang paling penting, kira kalori, bersenam membantu untuk membakar kalori lebih cepat. Jadi perlu ingat, fokus tetap dalam mengira kalori.

sekadar gambar hiasan

Tips bersenam paling baik? Dan bagaimana?


Bagi saya, untuk elakkan bersenam waktu pagi. Simpan tenaga kita untuk berpuasa, ibadah puasa itu yang lebih penting.

Jadi bersenam boleh kita lakukan pada petang dan malam.

Untuk petang, saya anjurkan senaman yang light intensity seperti brisk walking dan light jogging.

Prinsipnya kita mahu senaman kardiovaskular kita itu adalah senaman yang mampu membakar lemak dan kalori, target kita bukan untuk membina endurance.

Jadi di dalam teori, kita akan melihat denyutan jantung maksimum kita. Untuk senaman kardiovaskular membakar lemak, kita perlu mencapai 60-70% daripada denyutan jantung maksimum kita.

Bagaimana nak kira?

Untuk denyutan jantung maksimum, formula nya adalah:

[220 - usia]

Jika umur saya 30 tahun,

220 - 30 = 190.

Jadi, denyutan jantung maksimum saya adalah 190 denyut per minit.

Untuk saya mencapai zon membakar lemak, saya perlu mencapai 60-70% dari denyutan jantung maksimum, maka saya perlukan lebih kurang 115-130 denyut per minit.

Jadi, kita boleh mulakan senaman kita, dan setelah beberapa ketika berhenti sebentar untuk mengira nadi kita.

Atau, untuk lebih mudah, kita berjogging hingga kita merasa tercungap, ini adalah indikasi denyutan jantung kita sudah semakin laju.

Kena dapat cungap tu, kalau tidak senaman kardiovaskular kita hanya sia-sia, dapatnya penat tapi tak membantu membakar lemak.

Untuk malam pula, kita sudah mempunyai tenaga, jadi kita boleh meneruskan moderate to heavy intensity.

Saran saya, beribadah lah dulu mengejar keberkatan Ramadhan, setelah itu boleh lah kita mula bersenam. Senaman seperti HIIT, tabata dan senaman kardiovaskular intensiti tinggi boleh kita lakukan.

Senaman waktu malam boleh kita lakukan di gym atau pun di rumah. Banyak senaman kardiovaskular yang boleh kita buat di rumah.

Harap tips ini dapat membantu kalian untuk bersenam sewaktu bulan Ramadhan. Jangan bimbang, kita sebenarnya punya cukup lebihan tenaga untuk bersenam, kalau tak cuba mana kita tahu.

Selamat mencuba.

Berpuasa tak bermakna kita berhenti bersenam.

sumber dari Dr Khairul Hafidz