Showing posts with label drama korea. Show all posts
Showing posts with label drama korea. Show all posts

Tuesday, 17 February 2026

Review Drama Korea The Art of Sarah (Netflix)

Drama korea terbaru full episode semua dah keluar dengan konsep yang agak berbeza dengan gabungan dunia seni, misteri dan psikologi yang penuh dengan teka-teki. Takde cinta cintun yang merepek ya. Drama ini bukan sekadar tentang dunia glamour  tetapi lebih kepada perjalanan gelap yang melibatkan identiti, obses dan kebenaran yang cuba disembunyikan, jeng3x.  

Kalau korang suka drama dengan vibe misteri, plot twist dan watak utama yang “tak boleh baca isi hati dia”, drama ni memang sesuai untuk ditonton. Sampaikan aku sendiri aku ni team detektif ke team heroin ni? Sampai ragu-ragu nak pilih mana satu.. 

Sinopsis Ringkas (Tanpa Spoiler)

The Art of Sarah mengisahkan tentang Sarah, seorang artis berbakat yang tiba-tiba muncul menjadi perhatian ramai selepas jenama mewah begnya menjadi terkenal di seluruh Korea Selatan. Namun di sebalik kejayaan mencipta jenama begnya, tersembunyi kisah silam yang penuh rahsia.

Kemudian berlaku Kem4atian yang mengejutkan kat longkang tempat perkumuhan yang dikatakan mangsanya adalah Sarah Kim. Dari situ lah detektif lelaki bernama Park Mu-Gyeong ini cuba untuk mencari identiti Sarah kim ni.

The Art of Sarah 

Apabila beberapa kejadian pelik mula berlaku di sekelilingnya, Sarah terpaksa berdepan dengan persoalan besar:

Adakah dia mangsa keadaan… atau dalang sebenar?

Drama ini bergerak dalam tempo yang perlahan tetapi penuh ketegangan psikologi. Setiap episod seperti membuka satu lapisan baru tentang siapa sebenarnya Sarah Kim? Memang nama sebenar Sarah Kim ke? Jadi tertanya-tanya.. 

Antara feveret dialog yang selalu diulang.. 

“Walaupun palsu… kalau nampak sempurna, orang tetap percaya ia asli.”

Kenapa Kena Tengok The Art of Sarah?

  1. Watak Utama Yang Misteri - Sarah bukan tipikal heroin lemah atau terlalu baik. Dia kompleks, sukar dijangka, dan kadang-kadang buat penonton sendiri rasa tak pasti nak “team” siapa.
  2. Sinematografi Cantik - Latar dunia seni digunakan dengan sangat estetik, gallery, lukisan, warna gelap dan pencahayaan dramatik buatkan suasana terasa eksklusif dan misterius.
  3. Elemen Psikologi Yang Kuat - Drama ni banyak bermain dengan emosi, trauma dan persepsi realiti. Ada babak yang buat penonton tertanya-tanya apa yang betul dan apa yang sekadar ilusi.

Perlu Ada Season 2 Ke?

Rata-rata penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi, ending dikatakan tidak memberi jawapan, ada yang membuat spekulasi sendiri, ada yang kata ending macam tergantung.. Drama pun jenis main psikologi yang memang bukan memberi jawapan direct. Jadi pandai-pandailah korang simpulkan cerita ni macam mana.. 

The Art of Sarah
Detektif yang menjawap persoalan siapa Sarah Kim

Perlu ke ada Season 2? Rasanya takde kot sebab drama ni pun limited series kebarangkalian tinggi untuk sambung tu mungkin takde. Kalau buat pun comfirm nanti tak berapa best sangat ceritanya nanti. Sebab drama korea kalau buat berseason kebanyakkan kurang menjadi best jalan ceritanya.. takut kelaut jadinya..

Wednesday, 3 January 2018

Drama korea yang paling best 2017

Mana satu Drama korea yang paling best 2017? Ada lagi ke yang minat dengan drama korea lagi? Mestilah ada. Drama korea masih diminati lagi dan kebanyakkan drama korea sekarang bertambah menarik lagi-lagi berkenaan dengan genre aksi dan fantasi.


Drama korea yang paling best 2017


Jom kita terjah drama korea yang paling best 2017. List kat bawah ini just random.

Drama korea yang paling best 2017
drama Goblin

1.Goblin (5/5)

Drama korea paling famous kat Malaysia ini. Sampai menangis-nangis peminat tengok cerita ini disebabkan cerita memainkan perasaan cinta-cintun..Melibatkan dunia fantasi. Tak perlu kot nak cerita sinopsis korang pun dah tahu kan jalan cerita ini.. Yang penting Ost lagu ni almost semuanya sedap.

2.Strong Woman Do Bong Soon (5/5)

Cerita ni pun best.. So sweet giler cerita ini.. Mengisahkan seorang heroin yanng ada kekuatan luar biasa.. Boleh angkat berat berkilo-kilogram.. memang keturunan keluarga perempuan sahaja yang ada kekuatan luar biasa. Macam mana la boyfriend nak handle makwenya yang kuat ni nanti.. kena tengok.. salah satu babak sweet dorang [SINI]

3.Ruler : Master of The mask (5/5)

Berlatarbelakangkan sejarah lama. Mengisahkan seorang anak raja yang terpaksa pakai mask kerana melindungi dirinya dari diketahui oleh musuh yang licik mampu membuatkan kerajaan takut dan patuh pada si musuh ini..

Liciknya sebab musuh ni buat racun dan dialah yang ada penawar yang orang lain tak tahu apa itu ramuannya untuk buat penawar.. Mostly kerajaan dah terminum racun for sure beg for their life untuk hidup dan musuh bagi penawar tapi dengan syarat.. licik tak? Tinggal anak raja je belum minum racun lagi.. jadi kira selamat sebab pakai mask untuk sembunyikan identiti.

4.Defendant atau Innocent Diffendant (5/5)

Dapat bayangkan tak tetiba korang bangun je dah ada kat penjara dan korang tak ingat langsung kejadiaan semalam apatah lagi hari yang sebelum2xnya.. tetiba dapat tahu bakal dikenakan hukuman gantung sampai mati.. gila tak cuak... no cinta-cintun

Begitulah kisah hidup si hero yang terpaksa berdepan penyakit temporary amnesia. Jenis short-term memory.. hanya ingat memori untuk seketika waktu kemudian hilang memori.. Jadi dia kena buktikan dia tidak bersalah sebelum dihukum gantung sampai mati..

5. Tomorrow With You (4/5)

Kisah fantasi. Hero boleh pergi masa depan dengan menaiki tren dan akan pergi ke masa depan. Hero memang sukalah dapat beli barang dari masa depan yang tak ada kat masa sekarang.. tetiba terjumpa diri dia masa akan datang akan bercinta dengan heroin dan terkejut dirinya akan mati akibat kemalangan..

Mulalah hero gelabah dan mencari solusi menyelesaikan masalah mengubah takdir.. boleh ke?

6. The Tunnel (3.8/5)

Drama fantasi. Konsep sama macam The Signal atau Tomorrow with you. Cuma ini lebih kepada aksi dalam menyelesaikan masalah penjenayah. Hero dari masa silam tetiba keluar dari terowong berada kat masa depan nak patah balik tak boleh.. dari masa depan dia terjumpa kes silam tempat dia tak settle lagi jadi dialah yang akan settlekan nanti..

7. While you were sleeping (3.5/5)

Drama fantasi. Mengisahkan pasal beberapa orang yang kalau tidur akan mimpi yang akan menjadi kenyataan pada masa akan datang nanti. Mimpi boleh jadi kenyataan tu.. tetiba korang mimpi yang dalam mimpi tu korang mati, macam mana korang nak handle? Me

8. Introverted Boss (3.5/5)

Kisah pasal percintaan dan boss pula jenis yang pemalu (anti-sosial) dan langsung tak bercakap tapi genius.. Jadi susah nak berinteraksi dengan boss yang macam ini.. Macam mana kalau nak meeting? hahaha

9. Black (3.5/5)

Drama fantasi. Mengisahkan seorang heroin yang boleh melihat manusia yang ada bayang2x hitam menandakan orang tu bakal mati. Jadi, heroin pakai cermin mata hitam supaya tak nampak manusia yang akan mati nanti. Bertembung pula dengan malaikat maut yang masuk tubuh manusia. Konflik timbul malaikat maut ini tak ingat yang dia ni mati macam mana dan heroin cuba selamatkan beberapa orang yang akan mati disangka berjaya tetapi tidak.

10. Hospital Ship (3.5/5)

Minat genre doktor-doktor walaupun cerita ni pelakonnya tak berapa nak terkenal tapi still enjoy dengan jalan cerita doktor yang cuba memberikan rawatan dengan menyediakan kapal untuk memudahkan pesakit yang berada di pulau-pulau berdekatan.

11. Save Me (3.8/5)
12. Bride of the water god
13. Secret Forest
14. Deserving of the name
15. Circle (3/5)
16. Missing 9 (3/5)
17. Voice
18. Rebel : THief who stole people
19. The liar and his lover
20. Women of Dignity (4/5)

Top 10 yang aku rasa adalah antara drama korea yang paling best 2017 pernah aku tengok setakat ini..