√ Jenis-Jenis Screen Protector Smartphone - Adarain

Jenis-Jenis Screen Protector Smartphone

Saje nak share pasal jenis screen protector ni, ada masa yang kosong ni postlah pasal ni. Tak adalah membuang masa at least ada cerita yang nak dikongsikan dengan korang berdasarkan pengalaman.

Aku dah try beberapa screen protector antaranya ialah anti finger, clear dan Diamond.

Dalam banyak-banyak screen protector yang aku suka ialah anti-finger or anti-Glare sebab tidak meninggalkan kesan bekas jari walaupun tangan berpeluh. Diamond pula bila pakai nampak macam berabuk dan menganggu pandangan kat screen.

Clear Screen Protector memang best sebab skrin memang nampak jelas tapi macam tangan aku cepat berpeluh so susah nak touch screen pastu tak larat nak sapu screen selalu sebab lekat bekas sentuhan jari.

Jenis-Jenis Screen Protector Smartphone


Jenis - Jenis Screen Protector

  1. Clear - Skrin nampak jelas dan bersinar macam crital clear.
  2. Anti-Glare/Anti-Fingerprint - Tidak meninggal bekas jari atas skrin, tak ada sinar.. tidak menggangu pandangan walaupun berada dalam keadaan bercahaya. Saya suka jenis screen protector anti-fingerprint campur pula dengan matte. Baru ngam.. Kalau nak clear ambil screen yang clear + Anti-Fingerprint.
  3. Mirror - Bila lampu skrin off, skrin boleh jadi cermin untuk make-up.
  4. Privacy screen protector - hanya pandangan sudut betul2 dengan skrin boleh nampak, pandangan sudut sisi tak nampak. Boleh main game tapi orang sebelah tak nampak. Screen biasa warna Hitam..
  5. Diamond - skrin hitam nampak berbintik-bintik sinaran cahaya... berkedip-kedip.. tapi bila skrin on, bintik sinaran tak nampak. Pernah pakai screen macam ni tapi macam menganggu dan berhabuk walaupun sebenarnya bukan habuk tapi effect diamond.
  6. Tempered Glass - Screen ni sangat tebal walaupun guna pisau tetap tak calar boleh kata kalau hp jatuh screen tak akan retak. Sekarang macam-macam tempered glass, ada tempered glass dengan anti-explosion, dengan anti-fingerprint dan macam-macam lagi. Nak selamat guna Tempered Glass supaya skrin hp tak retak.
  7. Tak perlu - tak ada skrin. (orang ni memang hati kental)

Suber dari FORUM

Lain orang lain citarasanya kalau perempuan mesti suka pakai screen protector diamond and ada juga yang tak amik kisah jenis screen protector main pakai je kat phone, janji ada screen protector.

Lagi berani ada yang tak pakai terus pelindung skrin yang ni jiwa memang kental. Kalau hp jatuh or calar naya je hp tu lagi2x hp baru beli.

Itu baru pelindung screen belum ambil kira lagi casing untuk phone. Ada banyak casing phone yang dijual mengikut citarasa pengguna just tinggal pilih je mengikut kemampuan dengan paling rendah harga RM10. Kalau berkemampuan boleh beli yang original.

Itulah dua (2) perkara yang perlu diambil kira untuk membuatkan smartphone terus kuat dan kukuh untuk masa panjang dari segi luaran.

Get notifications from this blog

31 comments

  1. saya nak guna jenis yang biasa sahaja pun kita ok gak..

    ReplyDelete
  2. Baru tau tentang jenis2 skrin protector ni..tapi sya plan nak amik yang tempered glass tu sbb mmg ramai ckp elok sbb skrin tak pecah bila jatuh. Maklumlah ada anak kecik kan..hp asyik kena campak je..hahah

    ReplyDelete
  3. SAYA GUNA JENIS APENTAH.. BIASA-BIASA SAJA PUNYA KOT..

    ReplyDelete
  4. fuhh..

    macam-macam jenis ada yek.

    ReplyDelete
  5. akak memang tak rajin bab ni, semua suami yg tukarkan ;)

    ReplyDelete
  6. nak beli yang tempered glass,, sebab yang ade ni pun calar balar.
    yang diamond cantik, setakat ni rasa belum ganggu pandangan lagi

    ReplyDelete
  7. Banyak juga rupanya screen protector ni. Yang biasa tahu kalau beli handphone tukar terus screen masa beli. Casing pun banyak pilihan, tapi yang original tetap terbaik dan sangat memuaskan, stylo.

    ReplyDelete
  8. Baru tau rupanya screen protector ni ada banyak jenis. Ingatkan 2-3 jenis je. Jenis screen protector yang ke-7 tu tak menahan. Masuk jugak dlm list ye. haha. :D

    ReplyDelete
  9. Oh ada pelbagai jenis rupanya. Dari baca kat atas, Anti Glare macam menarik perhatian je hehe

    ReplyDelete
  10. baru tahu ada macam2 jenis. saya guna yang ada glitter tu je, itupun hubby yang pakaikan.

    ReplyDelete
  11. Screen Protector yang biasa saya beli Diamond jer... Tapi tak surelah original ke tidak? Macamana nak tahu Screen Protector tu Original ke tidak?

    ReplyDelete
  12. Aku guna yg tempered glass tu. Tapi sekarang dah ada kesan toreh pisau. Mungkin tergesel dgn kunci motor dalam poket rasanya. Tapi tempered glass ni mmg terbaik. Susah nak bercalar dan lagi satu boleh jage skrin phone...

    ReplyDelete
  13. Aku pun nak try screeen protector tempered glass.

    ReplyDelete
  14. aku pun tak tau nak bezakan ori ngan not ori main pakai. Yang penting fungsi sama je. :D

    ReplyDelete
  15. Phone saya baru sahaja terjatuh, glass protector sudah pecah bahagian tepi bawah kiri dan kanan. Kurang pasti adakah tempered glass atau glass biasa.

    ReplyDelete
  16. tempered glass pilihan saya, sebab tak nak jadi temper kalau skrin pecah hehehe.

    ReplyDelete
  17. masa beli note 2 hari tu..memang depa bagi free aje.

    aku mintak yang paling mahal punya. haha..

    ReplyDelete
  18. baru tau ada protektor smartphone nampak tu....

    ReplyDelete
  19. saya suka pakek yang Anti-Glare, lebih enak dipandang. thanks for share

    ReplyDelete
  20. oh ada mcm2 rupanya eh? heheh. guna freebies masa beli phone tu je. nk tuka2, hmm. memang tak la jawabnya kot.

    ReplyDelete
  21. Huhu..sampai ke hari ni, masih pakai yang lama..dapat masa dapat hp dulu..hajatnya nak beli gak..nak tngu yang ni rosak lu..ehe

    ReplyDelete
  22. janji ada screen protector untuk halang silau

    ReplyDelete
  23. owh , baru tahu . saya ni klu beli x de nak menanya . just bayar je ...

    ReplyDelete
  24. wa pakai yang tempered glass

    ReplyDelete
  25. hahaha jarang sekali ada yg hati kental macam tuu.. sy pakai tempered glass :)

    ReplyDelete
  26. tengok HP juga ni, kalau masih bagis, guna tempered glass...kalau dah lama dan ada calar2, gula clear atau matte je

    ReplyDelete
  27. tempered glass memang lagi best dari screen protector biasa

    ReplyDelete