Showing posts with label erti dengki. Show all posts
Showing posts with label erti dengki. Show all posts

Tuesday, 26 November 2013

Berdengki Dalam Berkomunikasi

Maksud Dengki


Sebelum kita mengulas lebih lanjut dengan topik berdengki dalam berkomunikasi, kena ketahui erti sebenar dengki.
Dengki bermaksud sifat seseorang yang tidak suka dengan kelebihan orang lain lebih daripadanya ataupun tidak suka orang lain mendapat kenikmatan dari ALLAH S.W.T.

Dengki juga boleh diertikan sebagai cemburu.

[caption id="attachment_1147" align="aligncenter" width="494"]Berdengki Dalam Berkomunikasi Sumber gambar dari http://osolihin.net/[/caption]

Berdengki Dalam Berkomunikasi


Sebuah potongan hadis berbunyi
" Usah berdengki sesama sendiri." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Walaupun peringatan Rasulullah S.A.W nampak ringkas tetapi sangat mendalam maknanya. Menunjukkan bahawa ramai di kalangan kita yang suka dengki sesama kita.

Contoh paling mudah berdengki dalam berkomunikasi,  apa yang kita ucapkan dengan lidah atau terjemahkan dengan perbuatan dan peraasaan apabila melihat kejayaan  orang lain?

jawab-jawab~

Kejayaan ada banyak makna dan luas iaitu kejayaan dalam peperiksaan, bakat, populariti, kemewahan dalam kehidupan, sentiasa di sayangi oleh rakan-rakan lain, memiliki gajet yang canggih dan banyak lagi.

Secara positif, mesti ada yang cakap tahniah secara ikhlas. Tidak kurang juga orang yang menunjukkan mimik senyuman tanda tumpang gembira.

Secara negatif, cakap tahniah tetapi hati kata lain. Menunjukkan mimik muka yang berpura-pura.

Contoh situasi Pertama:


Pelajar A: ALHAMDULILLAH, saya dapat A dalam semua mata pelajaran.

Pelajar B: Betul ke? Kalau meniru, saya pun boleh! (dengki)

Pelajar C: ALHAMDULILLAH, Tahniah, bolehlah awak ajarkan saya ya? (tidak dengki)

Contoh Situasi Kedua:


Pelajar A: Saya dapat hadiah iPhone daripada ibu saya.

Pelajar B: ALHAMDULILLAH, menarik tu, Pastikan awak gunakan sebaik-baiknya iPhone tu ya. (tidak dengki)

Pelajar C: Tak payah nak berlagaklah dengan iPhone tu. Ibu aku pun dah janji nak belikan juga iPhone.  (dengki)

Berkomunikasi Secara Harmoni


Aku dah selalu sangat mengalami situasi berdengki dalam berkomunikasi dan aku pasti korang juga tidak terkecuali dengan rakan-rakan yang suka berdengki dan kadang kala suka cakap besar.

Bagaimana nak atasi situasi macam ini?


Senang sahaja nak atasi dengan situasi macam ini, nak tak nak kita kena mengalah ataupun kita berpihak kepadanya.
"Buatkan supaya si pendengar rasa yang kita berpihak kepadanya walaupun kita mungkin tidak bersetuju. Ini kerana, semua pandangan adalah betul, cuma kita tidak bersetuju" - Zarita Haji Kasimd

Kalau semua tak nak mengalah dan nak menang memang hubungan tidak akan kekal berpanjangan sebagai rakan.


Mengalah tidak bermakna kita kalah tetapi demi menjaga sebuah hubungan daripada kita kehilangan buat selama-lamanya.


Setiap kali kita melihat rakan mempunyai sesuatu yang kita inginkan atau impikan, kita kena fikir balik buat seketika waktu. Kenapa ALLAH S.A.W tidak memberikan sesuatu yang kita impikan malah rakan yang dapat apa yang kita impikan.


Semua atas IZIN-NYA. ALLAH S.W.T tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Fikirlah secara positif. Setiap perkara yang ALLAH S.W.T tentukan pasti ada hikmahnya.


Jika sebaliknya yang berlaku, penuh dengan hasad dengki atau perasaan negatif lain, bermakna kita sedang marah atau tidak berpuas hati dengan terhadap ALLAH. ASTAGHFIRULLAH.  Minta dijauhkan.


Rhizoplus - Penawar Gout, Readung & Migrain Paling Mujarab



Kesimpulan


Berkomunikasi dengan perasaan dengki tidak akan membawa kebaikan. Impaknya seperti yang dituliskan sebentar tadi iaitu memutuskan hubungan sillaturrahim dan memupuk diri sendiri supaya tidak pernah cukup dengan apa yang ada pada diri sendiri.