Maksud Dengki
Sebelum kita mengulas lebih lanjut dengan topik berdengki dalam berkomunikasi, kena ketahui erti sebenar dengki.
Dengki bermaksud sifat seseorang yang tidak suka dengan kelebihan orang lain lebih daripadanya ataupun tidak suka orang lain mendapat kenikmatan dari ALLAH S.W.T.
Dengki juga boleh diertikan sebagai cemburu.
[caption id="attachment_1147" align="aligncenter" width="494"] Sumber gambar dari http://osolihin.net/[/caption]
Berdengki Dalam Berkomunikasi
Sebuah potongan hadis berbunyi
" Usah berdengki sesama sendiri." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Walaupun peringatan Rasulullah S.A.W nampak ringkas tetapi sangat mendalam maknanya. Menunjukkan bahawa ramai di kalangan kita yang suka dengki sesama kita.
Contoh paling mudah berdengki dalam berkomunikasi, apa yang kita ucapkan dengan lidah atau terjemahkan dengan perbuatan dan peraasaan apabila melihat kejayaan orang lain?
jawab-jawab~
Kejayaan ada banyak makna dan luas iaitu kejayaan dalam peperiksaan, bakat, populariti, kemewahan dalam kehidupan, sentiasa di sayangi oleh rakan-rakan lain, memiliki gajet yang canggih dan banyak lagi.
Secara positif, mesti ada yang cakap tahniah secara ikhlas. Tidak kurang juga orang yang menunjukkan mimik senyuman tanda tumpang gembira.
Secara negatif, cakap tahniah tetapi hati kata lain. Menunjukkan mimik muka yang berpura-pura.
Contoh situasi Pertama:
Pelajar A: ALHAMDULILLAH, saya dapat A dalam semua mata pelajaran.
Pelajar B: Betul ke? Kalau meniru, saya pun boleh! (dengki)
Pelajar C: ALHAMDULILLAH, Tahniah, bolehlah awak ajarkan saya ya? (tidak dengki)
Contoh Situasi Kedua:
Pelajar A: Saya dapat hadiah iPhone daripada ibu saya.
Pelajar B: ALHAMDULILLAH, menarik tu, Pastikan awak gunakan sebaik-baiknya iPhone tu ya. (tidak dengki)
Pelajar C: Tak payah nak berlagaklah dengan iPhone tu. Ibu aku pun dah janji nak belikan juga iPhone. (dengki)
Berkomunikasi Secara Harmoni
Aku dah selalu sangat mengalami situasi berdengki dalam berkomunikasi dan aku pasti korang juga tidak terkecuali dengan rakan-rakan yang suka berdengki dan kadang kala suka cakap besar.
Bagaimana nak atasi situasi macam ini?
Senang sahaja nak atasi dengan situasi macam ini, nak tak nak kita kena mengalah ataupun kita berpihak kepadanya.
"Buatkan supaya si pendengar rasa yang kita berpihak kepadanya walaupun kita mungkin tidak bersetuju. Ini kerana, semua pandangan adalah betul, cuma kita tidak bersetuju" - Zarita Haji Kasimd
Kalau semua tak nak mengalah dan nak menang memang hubungan tidak akan kekal berpanjangan sebagai rakan.
Mengalah tidak bermakna kita kalah tetapi demi menjaga sebuah hubungan daripada kita kehilangan buat selama-lamanya.
Setiap kali kita melihat rakan mempunyai sesuatu yang kita inginkan atau impikan, kita kena fikir balik buat seketika waktu. Kenapa ALLAH S.A.W tidak memberikan sesuatu yang kita impikan malah rakan yang dapat apa yang kita impikan.
Semua atas IZIN-NYA. ALLAH S.W.T tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Fikirlah secara positif. Setiap perkara yang ALLAH S.W.T tentukan pasti ada hikmahnya.
Jika sebaliknya yang berlaku, penuh dengan hasad dengki atau perasaan negatif lain, bermakna kita sedang marah atau tidak berpuas hati dengan terhadap ALLAH. ASTAGHFIRULLAH. Minta dijauhkan.
Rhizoplus - Penawar Gout, Readung & Migrain Paling Mujarab
Kesimpulan
Berkomunikasi dengan perasaan dengki tidak akan membawa kebaikan. Impaknya seperti yang dituliskan sebentar tadi iaitu memutuskan hubungan sillaturrahim dan memupuk diri sendiri supaya tidak pernah cukup dengan apa yang ada pada diri sendiri.
36 Comments
Assalam
Semoga saling memupuk dan mengeratkan silaturrahim sesama .
Hari tu aku ada baca dalam satu buku, menurut pengarang tu dengki dan cemburu adalah dua keadaan yang berbeza.
Dengki tu apa bila kita rasa kurang senang dan kita bertindak sesuatu untuk menyusahkan orang yang kita tak suka tu.
Cemburu tu pulak adalah perasaan kurang senang, yang membuatkan kita bertindak untuk bersaing dengan orang yang kita rasa kurang senang.
Secara tak langsung cemburu tu masih ada lagi nilai positif berbanding dengki
ya, betul tu. cemburu ada kesan positif dan kesan negatif. Lumrah manusia untuk bersifat cemburu tetapi bagaimana kita mengatasi sifat cemburu sama ada dengan berusaha atau bersaing dengan cara sihat ataupun dengan menggunakan dengan cara kotor. Itu yang membezakan cemburu dari sudut positif dan negatif.
Terima kasih bro atas peringatan.
tak best la dengki-dengki macam ni kannn..
Dalam perhubungan ni, ada masa kita memang kena bijak menilai tingkah laku diri dan orang disekeliling. Ada orang, mudah terasa iri hati bila ternampak diri kita terlebih sikit. Memahami situasi semasa disekeliling kita adalah perlu supaya kita dapat tau bila masa-masa tertentu yang kita perlu mengalah.
kalau dengki orang tarak suka kita mesti mesara dan ceria selalu.baru hati senang
dengki dalam ibadah dibenarkan contohnya, kita org itu kuat beribadah, jd kita pun beribadah utk lebih drp org itu, mudah-mudahan Allah memberkati kita semua..
betul tu. cara itu dibenarkan..
Semoga kita semua sentiasa dijauhi dari sifat2 yg tercela ini.. nauzubillah. T kasih diatas peringatan & perkongsian ini.
Susah nak buang tabiat dengki ni....
tak suka hasad dengki....kalau dengki dalam pelajaran tak per....
dalam hubungan keluarga pun ada perasaan dengki...tp kejap jerlah...
sama juga.
Perasaan dengki boleh merosakkan kesatuan ummah dan meruntuhkan sesebuah negara.
marilah sama2 kita jauhi sifat dengki yer...
dalam kehidupan selalu begitu..kadang2 kita tak perasan dengan kata2 kita
harap2 dijauhi sikap mcm tu.huuh
Memang betul ada dengki yang baik, tapi berapa ramai yang macam tu? Dalam seribu adalah seorang kot.
sesekali ada terserempak juga dengan orang yang suka dengki ni
tak boleh nak layan sangat
kita sendiri pula yang susah nanti
PHD yang tak diiktiraf. Memang kena buang jauh2 sifat tu...
dengki ni kerja syaitan
memang tak boleh diikut
kerja syaitan ini semua, bila adanya perasaan irihati, sekaligus akan datang sekali perasaan hasad dengki ni.. Kata orang sekarang PhD orang sekarang memang mudah nak dapat..
susah gak kalau ada org dengki dekat dgn kita. kena bnyk bersabar jumpa org camni.
tak baik dengki-dengki.
rasa tak best aje sepanjang hari nanti.
bila sebut pasal dengki je, memang tak boleh dipisahkan dengan orang orang kalangan kita.. astagfirullah..
Hishh!
Tak best la hidup dalam keadaan dengki sentiasa ni.
Sama-sama kita doa kepada Allah moga kita dijauhkan dari sifat dengki. :)
nak tak nak kena mengalahlah kalau dah masing2 tak mahu mengalah... tapi lagi sakit tikam belakang...
kena banyakkan sabar kalau jumpa org yang jenis pendengki nih...
SA bekerja di sekeliling orang2 yang macam ni...selalunya lepas sorang sorang akan bercerita kat SA, apa yang SA buat....pura2 buat bz..padahal x bz pun....hahahaha
memang kena sabar. Tak sabar memang hubungan tak kekal lama.
samalah, ikut time juga.. haha
Memang lumrah hidup manusia bro..yang dengki tu kalau boleh jangan di layan sangat perasaan tu..dah dia mampu kan..hehe
kadang dalam komunikasi pun masih ada jeles antara ahli panel tu. sebab mungkin dia lagi bagus daripada kita.
dengki salah satu penyakit hati, tak ada obatnya kecuali kita sendiri mau menerima dengan ikhlas dan bahagia atas kelebihan yang orang lain miliki ...
hati manusia memang camni bro - dengki ada saja walau sekecil mana sekali pun payah kita nak halang or ubah :)
memang ga di sadari sering komunikasi bersifat dengki