Design PERODUA Viva aku tak berkenan sangat tetapi bila dapat tahu Perodua bakal mengeluarkan produk terbaru yang diberi nama Axia terus cari gambar kereta tersebut dengan harapan kereta tersebut mempunya rekabentuk yang ok dari Viva.
Bila dah jumpa gambar tersebut memang tak di sangka reka bentuk PERODUA Axia 2014 terbaru memang comel dan terbaik setakat ini untuk rekaan tempatan. Kalau diamati betul-betul reka bentuk depan Axia tak ubah seperti Ikan paus. ;)
Harga kereta memang mampu dimiliki oleh semua orang kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM 24, 900 sehingga RM 45, 300.
PERODUA telah membuka tempahan sejak 13hb Ogos 2014 bagi model terbaharunya dan tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada beberapa varian.
PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun. Ini adalah konsep pertama yang ditawarkan PERODUA berbanding sebelum ini.
![]() |
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Senarai Jangkaan Harga Kereta PERODUA Axia 2014?
- Standard E (manual) : Booking Fee RM250
Solid (RM24,900), Metallic (RM25,300). - Standard G (Manual) : Booking Fee RM250
Solid (RM32,800), Metallic (RM33,200). - Standard G (Auto) : Booking Fee RM250
Solid (RM34,800), Metallic (RM35,200). - Standard SE (Manual) : Booking Fee RM250
Solid (RM37,900), Metallic (RM38,300). - Standard SE (Auto) : Booking Fee RM250
Solid (RM40,900), Metallic (RM41,300). - Standard AV (Advance) : Booking Fee RM300
Solid (RM44,900), Metallic (RM45,300).
Apa yang Cool tentang PERODUA Axia?
Model terbaharu Axia akan memberi penjimatan bahan api yang boleh dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik yang lain. Selain itu, kenderaan tersebut adalah cekap tenaga (EEV) yang pertama Malaysia diwujudkan.
Berikut adalah ciri-ciri terbaik PERODUA Axia 2014 :
Kriteria untuk aku memilih kereta bukan sahaja pada reka bentuk malah dari segi penjimatan minyak. That's why, PERODUA Axia terbaru ini menjadi pilihan terbaik kerana memberi penjimatan minyak yang mungkin boleh bertahan sehingga seminggu lebih bergantung pada penggunaan kereta seharian. Harga minyak makin naik jadi pilih kereta mestilah yang ekonomi dan menjimatkan.
Sesuailah dengan mereka yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki kereta terutamanya golongan remaja lepasan graduasi macam aku sendiri. ;)