Percutian singkat di Ipoh, Perak adalah idea daripada salah seorang rakan saya iaitu Hiro dari Jepun yang menyambung pengajian di UKM. Dia mahu pusing satu Malaysia dan kali ini mahu bercuti di Ipoh, Perak. Aku pula memang tak pernah lagi ke Perak so inilah masanya ke Perak. Makanya, kami berempat plan berjalan-jalan ke Ipoh selama 2 hari 1 malam sahaja.
Perjalanan dari Kl nak ke Ipoh, Perak lebih kurang 3 jam lebih. Belum sampai sana lagi dah eksiden, memang dugaan masa tu nilah jadi kalau kereta depan suka buat brek mengejut orang lain yang eksiden.
Walaupun ada masalah eksident perjalanan ke Ipoh diteruskan dengan menukar kereta.
Menginap di Hotel Excelsior
Sampai Ipoh sekitar dalam pukul 3 pm pastu terus cari Hotel Excelsior yang telah dibook awal oleh Hiro. Hotel tersebut berada di kawasan bandar dan dekat dengan Ipoh Parade.
[caption id="attachment_3717" align="aligncenter" width="700"]
Bilik Superior Deluxe yang cantik dan selesa sangat. Lantai kayu, bilik air pula boleh nampak luar tapi boleh tutup dengan langsir, saterika pun ada dan boleh kata semua complete cuma internet tak berapa nak kuat sangat.
[caption id="attachment_3716" align="aligncenter" width="700"]
Dah check in semua, apalagi masa untuk berehatlah dalam 1 jam pastu baru cari-cari jalan makan yang best kat Ipoh ni. Ada seorang rakan aku ni tak rehat terus search internet dan listkan tempat makanan yang popular dan sedap.
Restaurant IPOH Hainan Chicken Rice
Dah rehat perut pun dah lapar masanya untuk cari kedai makan. Time inilah yang best dan ada juga yang tak best nak gelak pun ada. haha.
Cari punya cari kedai makanan yang best tak jumpa2x sampai berpusing-pusing bila dah jumpa tak berkenan pula sebab tengok kedai tu macam tak ramai orang last-last decide makan kat IPOH Hainan Chicken Rice.
Punyalah jauh pusing rupa-rupanya lokasi sebelah je kedai makanan yang tak berkenan tu. Main ikut je direction Google Maps. haha :D
[caption id="attachment_3719" align="aligncenter" width="700"]
Harga standard kedai makan RM5 lebih untuk Nasi Ayam. Makanan memang sedap. Sebelum makan bergambar dulu.
Waktu malam pula lepak makan kat kafe pastu kat dataran Ipoh Berhadapan dengan Ipoh Parade dah penat jalan-jalan barulah lepak kat hotel.
Auramen Turbo Collagen Penuh Khasiat Khas Untuk Lelaki
Pada besok hari, kami akan plan satu tempat sahaja iaitu di Gua tempurung atas sebab kekurangan masa yang ada untuk singgah ke tempat lain yang menarik di Perak. Tarikan lain yang menarik di Perak boleh rujuk [DISINI].