Wednesday, 16 October 2013

Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah

10 Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah:


1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.

Ibu bapa mempunyai darjat yang tinggi di sisi ALLAH s.W.T. Mereka jugalah yang membesarkan, mengasuh serta mendidik kita menjadi orang berjaya. Mereka memelihara kita tanpa diminta balasan walaupun sedikit.
Firman Allah bermaksud :
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.” (Surah An-Nisa ayat 36)

Bila kita selalu taat pada ibu bapa, INSYAALLAH, banyak rezeki yang bakal kita dapat sebagai anak iaitu mungkin rezeki kejayaan dalam pembelajaran.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. (Hadith Sahih riwayat al-Tirmizi)

[caption id="attachment_885" align="aligncenter" width="500"]Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah Sumber dari google.com[/caption]

2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.

Perkara ini perlulah ditegah sesama saudara-mara. Bila kita dalam keadaan bergaduh, secara tidak langsung kita telah memutuskan sillaturrahim dengan saudara kita.

Memutuskan sillaturrahim adalah satu perbuatan dosa besar. Bila kita bergelumang dengan dosa besar, mana mungkin kita akan dilimpahkan rezeki dengan mudah akibat memutuskan sillaturrahim.

Minta dijauhkan daripada perkara ini. Jikalau ada salah faham, cuba berbincang dengan baik. Setiap Penyelesaian ada masalahnya kecuali maut.

3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”

Menunaikan haji adalah impian setiap manusia yang beragama Islam. Rugi bagi mereka yang ada duit banyak tetapi tidak menunaikan haji.

Sedangkan ianya sudah termaktub dalam Rukun Islam yang mewajibkan kepada Umat Islam yang berkemampuan untuk pergi menunaikan haji.

Banyak fadhilatnya jika kita menunaikan haji antaranya doa kita akan dimakbulkan, rezeki bertambah dan sebagainya.

Rahsia Rezeki 


4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

5. Jangan tidur selepas solat subuh.

Kebanyakan remaja sekarang selepas solat subuh terus tidur tanpa melakukan aktiviti seperti mambaca al-Quran. Perkara ini tak digalakkan dalam Islam.

Antara keburukkan tidur selepas solat Subuh ialah tidak mendapat berkat di dalam waktu dan amalannya, akan menyebabkan kemalasan dan tidak bersemangat, melemahkan syahwat dan menghalang rezeki untuk datang.

6. Selalu baca doa Al-Waqiah.

Banyak kelebihan jika kita selalu membaca surah al-Waqiah antaranya ialah tidak akan ditimpa kemiskinan dan dipermudahkan rezekinya. Jadikan amalan membaca Surah Waqiah sebagai rutin harian.

7. Senyum.

Jika kita berwajah manis ditambah pula dengan senyuman, kita telah memberi kegembiraan kepada rakan-rakan yang lain dengan senyuman kita.
Senyum itukan sedekah

INSYA ALLAH, jika kita selalu senyum, muka akan nampak seperti awet mudah malah dipermurahkan rezeki kita.

8) Sedekah.

Jarang kita dengar apabila orang bersedekah, mereka akan ditimpa kemiskinan. Tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu rezeki semakin bertambah dengan bersedekah.
Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Cuba latih diri sendiri untuk bersedekah dengan mendermakan duit walaupun seringgit di Masjid. Jadikan sebagainya tabiat.

9. Rezeki ada dalam perkahwinan.

Kepada mereka yang ingin berkahwin, jangan melengah-lengahkan perkahwinan. INSYA ALLAH, akan dipermudahkan urusan dalam perkahwinan dan rezeki pun semakin bertambah apabila kita sudah berkahwin.

Sebaliknya, berkemungkinan Allah akan tutup pintu rezeki kita dengan sesempit-sempitnya, jika kita melengah-lengahkan perkahwinan hanya kerana ingin mengejar impian keduniaan dahulu.


10. Rezeki ada pada anak
“Semasa bayi itu lahir, ada 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya"

Tetapi masih ramai orang yang membuang anak dan membiarkan anak itu mati tanpa belas kasihan. Tidak bersyukur dengan kurniaan ALLAH S.W.T. Ini bermakna mereka telah membuang rezeki bersama anak tersebut.

 Rahsia Rezeki 


Itulah serba sedikit 10 amalan atau pintu bagi mendapatkan rezeki yang murah. Semoga dapat dimanfaatkan serta dilakukan bersama dalam kehidupan kita.

44 Comments

Assalam.
Terimakasih ya kongsikan panduan-panduan ini. Insyaallah bersama beroleh keberkatan .

semoga saya dan kita semua bisa mengamalkan 10 amalan untuk mendapatkan rizky yang murah ini, aaamiin....

insyaallah.. semoga rezeki bertambah..

Moga murah rezeki penulis dan mereka yang membaca serta mangamalkan langkah-langkah di atas.

alhamdulilah perkongsiaan yang baik sekali

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ye :)

yakin dan percaya
moga rezeki allah melimpah untuk kita

Ya, Selamat Hari Raya AidilAdha Juga.

semoga kita semua sentiasa murah rezeki hendak-Nya...amin...

Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian. Semoga bersama2 beroleh keberkatan diatas peringatan ini.. amin.

memang banyak cara untuk mempermudahkan rezeki...cuma tinggal nak amalkan je atau tidak...

Kalau nak diikutkan lebih dari 10 untuk mendapatkan rerzeki yang mudah. Cuma manusia selalu mengambil endah tak endah dengan perkara sebegini.

Saya mahukan rezeki yang mahal. Ada beza tu murah rezeki dengan rezeki yg murah.. heheheh.

Amalan terbaik tu kadang2 kalau silap niat pun tak bagus juga. Contohnya, ada sesetengah anak2 yang taatkan mak bapak, selalu bagi duit dengan harapan dapat balasan rezeki dari Allah. Sedangkan berbuat baik kepada ibu bapa itu sememangnya kewajipan.. Macam tak kena pulak, buat baik ngan mak bapak dgn tujuan dimurahkan rezeki..

tak gitu?

semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki..

betul tu cikgu. kadang2x ramai ibu bapa melatih anak mereka melakukan suatu perkara dengan memberikan wang sebagai balasan. Bila sudah menjadi kebiasaan takut2x anak-anak akan melakukannya kerana wang serta tidak ikhlas membantu ibu bapa

Terima Kasih dengan perkongsian ini.

Semoga Allah Redha.

Hehe..betul dah tu bro..selalulah berdoa dan jangan pernah sekali kurang hajar dengan mak ayah..tak berkat..

Suka dengan artikel ni. Semoga bro murah rezeki lagi

semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan diberkati

akan diamalkan. in sha allah :)

sangat setuju no 1 punca keberkatan tu. surah al-waqiah alhamdulillah setakat ni tak putus2 lagi baca :)

Ternyata jika kita menikah, Allah SWT akan menambah rejeki dan mencukupi segala kebutuhan kita. Allah memang Maha Pemurah ...

Insya Allah saya akan sentiasa berusaha untu selalu istiqamah untuk menjalankan semua amalan yang ada di sebutkan di atas

salah satunya selawat dan buat solat duha

Sama-sama, boleh sahaja tapi pastikan dkreditkan pada blog saya.

Kalau dalam bab sedekah.... kita boleh amalkan dengan nilai yang kecil tapi berterusan.....

sedakah dalam istiqomah lebih baik..

hubungan dengan Allah manusia perlu di jaga ya

Lagi 1 petua murah rezeki.

Bila jumpa orang, belanja dia makan @ minum.

InsyaAllah berkat. :)

[…] Hari ni aku nak kongsikan sebuah artikel yang bertajuk Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah. Aku tertarik dengan apa yang penulis kongsikan. Dan amalan-amalan yang diterangkan memang mudah […]

Bismillah...

Alhamdulillah, terima kasih atas artikel.