Showing posts with label maze. Show all posts
Showing posts with label maze. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Review Movie The Maze Runner

Kali ini tengok movie di Plaza Metro Kajang dan dewan yang disediakan hanyalah dua (2) sahaja. Maka pilihan movie juga adalah terhad. Walaupun ada dua (2) sahaja tapi dalam dewan tersebut memang besar seperti dewan pawagam yang lain. So, pilihan movie kali ini adalah The Maze Runner.



Sinopsis The Maze Runner


Filem ini mengisahkan sekumpulan yang terperangkap dalam bulatan pagar (Maze) yang penuh perangkap. Muncul hero bernama Thomas yang telah dihantar oleh pihak yang tidak diketahui namun Thomas tidak ingat tentang perkara lepas begitu juga dengan sekumpulan yang lain apabila dihantar di dalam bulatan namun hanya mengingati namanya sahaja.


Thomas mempuyai perasaan curious dan keberanian yang kuat di mana cuba ingin mengetahui di sebalik apa yang berlaku di luar. Untuk itu Thomas harus dipilih menjadi pelari terpantas untuk memasuki perangkap bagi mengetahui jalan keluar  dengan persetujuan ketua kumpulan.


Review Movie The Maze Runner


Pada waktu malam Thomas bersama rakan terperangkap dalam pagar dan tidak berjaya ke Glade (nama tempat sekumpulan menyelamatkan diri). Bagi mereka yang tidak berjaya melepaskan diri sebelum pagar ditutup pada waktu malam pasti akan mati namun Thomas bersama rakan selamat dan bertahan sehingga pagi malah telah berjaya membunuh raksasa yang diberi nama Grieve serta mengambil alat dalam raksasa tersebut di mana dapat membantu mereka mencari jalan keluar. Setelah waktu pagi menjelang, pagar akan terbuka dan mereka berjaya keluar dengan selamat.


Review Movie The Maze Runner


Dalam masa 3 hari sahaja Thomas telah menemui jalan keluar berbanding yang lain yang terperangkap hampir 3 tahun namun tidak berjaya menemui jalan keluar.


Setelah menemui jalan keluar dari perangkap ada sahaja halangan hasrat Thomas bersama rakan-rakan yang lain untuk keluar dari perangkap. Apakah halangan tersebut? Berjaya ke Thomas n the geng keluar dari pagar bulatan penuh perangkap? So, kena tengok sendiri.



Review Movie The Maze Runner


Movie ini berdurasi 2 jam untuk habis dan diambil dari kisah novel yang mendapat jualan tertinggi. Mula-mula je ditayangkan terus thomas muncul di hadapan sekumpulan melalui lif di Glade. Sikit demi sikit baru korang akan faham tentang jalan cerita movie ni dan kenapa Thomas di hantar dalam bulatan pagar perangkap.


Review Movie The Maze Runner


Babak paling menarik apabila mereka cuba melepaskan diri dari pagar perangkap dan melawan raksasa dalam pagar perangkap pada waktu malam.


Penghujung movie ini korang akan tahu kenapa mereka semua di hantar ke dalam pagar perangkap dan semuanya dilakukan atas tujuan yang baik demi menyelamatkan bumi. Rasa macam ada sambungan


Auramen Turbo Collagen Formula khas untuk Lelaki


So far, movie ini memang berbaloi kalau nak pergi tengok sebab movie ini memang best dan penuh suspend. 3.8/5 bintang diberikan untuk movie The Maze Runner sebab terhibur. :D