Sunday 14 September 2014

Review Movie The Maze Runner

Kali ini tengok movie di Plaza Metro Kajang dan dewan yang disediakan hanyalah dua (2) sahaja. Maka pilihan movie juga adalah terhad. Walaupun ada dua (2) sahaja tapi dalam dewan tersebut memang besar seperti dewan pawagam yang lain. So, pilihan movie kali ini adalah The Maze Runner.



Sinopsis The Maze Runner


Filem ini mengisahkan sekumpulan yang terperangkap dalam bulatan pagar (Maze) yang penuh perangkap. Muncul hero bernama Thomas yang telah dihantar oleh pihak yang tidak diketahui namun Thomas tidak ingat tentang perkara lepas begitu juga dengan sekumpulan yang lain apabila dihantar di dalam bulatan namun hanya mengingati namanya sahaja.


Thomas mempuyai perasaan curious dan keberanian yang kuat di mana cuba ingin mengetahui di sebalik apa yang berlaku di luar. Untuk itu Thomas harus dipilih menjadi pelari terpantas untuk memasuki perangkap bagi mengetahui jalan keluar  dengan persetujuan ketua kumpulan.


Review Movie The Maze Runner


Pada waktu malam Thomas bersama rakan terperangkap dalam pagar dan tidak berjaya ke Glade (nama tempat sekumpulan menyelamatkan diri). Bagi mereka yang tidak berjaya melepaskan diri sebelum pagar ditutup pada waktu malam pasti akan mati namun Thomas bersama rakan selamat dan bertahan sehingga pagi malah telah berjaya membunuh raksasa yang diberi nama Grieve serta mengambil alat dalam raksasa tersebut di mana dapat membantu mereka mencari jalan keluar. Setelah waktu pagi menjelang, pagar akan terbuka dan mereka berjaya keluar dengan selamat.


Review Movie The Maze Runner


Dalam masa 3 hari sahaja Thomas telah menemui jalan keluar berbanding yang lain yang terperangkap hampir 3 tahun namun tidak berjaya menemui jalan keluar.


Setelah menemui jalan keluar dari perangkap ada sahaja halangan hasrat Thomas bersama rakan-rakan yang lain untuk keluar dari perangkap. Apakah halangan tersebut? Berjaya ke Thomas n the geng keluar dari pagar bulatan penuh perangkap? So, kena tengok sendiri.



Review Movie The Maze Runner


Movie ini berdurasi 2 jam untuk habis dan diambil dari kisah novel yang mendapat jualan tertinggi. Mula-mula je ditayangkan terus thomas muncul di hadapan sekumpulan melalui lif di Glade. Sikit demi sikit baru korang akan faham tentang jalan cerita movie ni dan kenapa Thomas di hantar dalam bulatan pagar perangkap.


Review Movie The Maze Runner


Babak paling menarik apabila mereka cuba melepaskan diri dari pagar perangkap dan melawan raksasa dalam pagar perangkap pada waktu malam.


Penghujung movie ini korang akan tahu kenapa mereka semua di hantar ke dalam pagar perangkap dan semuanya dilakukan atas tujuan yang baik demi menyelamatkan bumi. Rasa macam ada sambungan


Auramen Turbo Collagen Formula khas untuk Lelaki


So far, movie ini memang berbaloi kalau nak pergi tengok sebab movie ini memang best dan penuh suspend. 3.8/5 bintang diberikan untuk movie The Maze Runner sebab terhibur. :D


53 Comments

trailer dia sangat menarik.. tapi den lebih nak tengok ctr purge anarchy

Kira maze ni ada di bumi la ye? Ke ada kat dimensi lain, atau planet lain?

Tengok trailer macam best, dengan riview ini lagi teruja nak tengok

makin terasa nak tgok cite ni...trailer dlm youtube pun menarik...review pun org ckp best !!

cerita seram ke ni, bro?
aku ni selalunya tak suka kisah seram

Lebih kurang mcm hunger games sikit. Mesti lepas ni ada episode 2 kan

ala.. cite jela kasi habes heehehe

saya belum ada peluang lagi..macam best je..

kalau dapat main game ini secara realiti mesti best tapi nagis punya

best kalau dapat tonton movie ni di wayang barulah feel, kalau kat umah takdelah nak feel

Memang kena tengok kat wayang baru ada feel. hehe

Kalo real ni memang nak menangis tu memang ada, kena tabah la hadapi raksasa. hahaha

Haha, nak full punya kena tengok sendiri baru seronok, kalau cerita semua jadi tak seronoklah. hehehe

aah, sedikit lebih kurang sama tapi tetap menarik. Rasa memang kompom ada yang kedua.

cerita ni takde seram sangat tapi agak mengejut tu adalah. hahaha

tgk jangan tak tengok. memang best cerita ni

Kirenya Thomas ni HERO dalam cerita ni la ye?

Ya kalau diikutkan untuk first movie ni :D

wajib tengok. hana tengok gambar pun dah best tu blum tengok movie ni lagi.ehe

macam menarik je ni....
nak tengok je rasanya

Menarik.. baca sinopsis pun rasa teruja nak gi tengok citer ni..

NAK BACA PREVIEW PON MALAS.. SEBAB APE? SEBAB SAYA DAH LAMA TAK TENGOK WAYANG.. MOPVIE DALAM ASTRO PON JARANG NAK LAYAN...

ini film kayana hebat ,sudah ga sabar pingin nonton

flm laga action itu film yang sangat luar biasa...

Menarik jalan cerita The Maza Runner ni..rasa nak tengok nanti..

Terasa mahu tengok juga tapi belum berkesempatan

dah tengok.

demm..ada sambungan la plakk. grrr

mcm best lah citer nih..mlmni nk gi tgk..

Dah ramai yg cakap movie ni best..malangnya kat kelantan ni tak de cinema.. kena tunggu ada tukang upload dan tengok cara pirate lah nampaknya huehue

Cerita ni mesti lebih kurang Hunger Game.

Salam Hormat.

The Maze Runner nih memang best.
Kat IMDB pun rating tinggi.
Rugi kalau tak layan ;)

3.75 per berapa? Kalo terhibur ngape bagi sikit sgt bintang. Kedekut markah awk ni. Hhehehe. Gurau je ye.
Real betul maze tu. Macam betul2 lost kalo tercampak dlm tu.

Macam best je movie ni, nanti lah ajak encik hasben pegi. Tq for the review (mode : tak sabar nak tengok wayang sebab dah bertahun tak pegi huhu )

Best movie ni tapi bersambungla. hehe

3.75/5 bintang kak. hehhe. Memang menakutkan kalau macam ni.

kan. Memang sangat best. lagpun jalan cerita memang menarik

Sikit lebih kurang sama tapi boleh layan lagi. hehe

Kena tunggu download la.hehe paling lama pun 2 bulan.

Dah lama tak tengok wayang *sigh* :(

Ada masa terluang, bolehlah pergi nanti. hehe

Huhu..belum tengok lagi citer ni...sinopsis bro cerita ni macam sedap aje...

Dah tengok.... boleh tahan la. Tapi rasa macam mereka ni duduk dalam dunia khayalan je, sebab memang tak logik maze tu ada kat padang pasir, tapi dalam maze tu sejuk je

aah, biasa lah filem fantasi benda tak logik pun jadi.haha

cite ni mmg best..tak sabar nk tggu sambungan dia Phase 2

film sangat menarik dan menegangkan saya telah menengoknya...