Dubsmash : Trend terkini ramai Instagrammer @ laman sosial yang lain mulai upload video dubsmash yang semakin popular sehingga kini. Dubsmash juga mula mendapat perhatian artis popular yang menggunakan dubsmash salah satunya ialah Nora Danish, Siti Nurhalia, Shafiq dan banyak lagi.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Persoalannya apa itu Dubsmash? Kenapa app ini sangat popular?
Apa itu Dubsmash?
Dubsmash adalah aplikasi mesej video yang hanya ada pada Android dan Apple yang membolehkan pengguna menambah suara @ soundtrack untuk video yang dirakam pada telefon pengguna. Soundtrack boleh jadi suara dari movie, lagu, lawak, dan banyak lagi. Kiranya app ini lebih kurang macam miming. Pernah tengok video Cikgu syida dan Bobo yang suatu ketika dulu? Lebih kurang macam tulah.
Pengguna juga boleh memuat naik @ upload audio sendiri atau pilih dari senarai klip audio yang dimuat naik oleh orang lain.
Selepas memilih audio, pengguna merakam video mereka sendiri untuk bermain dengan bunyi yang mereka telah pilih dan kemudian boleh berkongsi video klip melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan banyak lagi.
Siapa Yang Buat Dubsmash?
Aplikasi ini telah dicipta oleh satu pasukan pembangun dari Jerman iaitu Jonas Druppel, Roland Grenke dan Daniel Taschik. App ini dilancarkan pada November tahun lepas (2014). App ini telah di-download sebanyak lebih daripada sepuluh (10) juta pengguna.
Kenapa Dubsmash sangat Popular?
App ini mula popular apabila kanak-kanak di US mula upload video dubsmash pada Instagram dan sejak itu terus popular di Malaysia dan juga di beberapa negara asia yang lain. Hasil kajian BBC
Boleh didakwa ke kalau guna Dubsmash?
Macam mana pula tu takkan kena dakwa pula kalau guna app ini.
Sebenarnya macam ini, ada beberapa audio yang mempunyai hak cipta dari beberapa company atau artis seperti lagu dan beberapa petikan audio dari movie @ tv popular dan mereka yang mempunyai hak cipta audio boleh melakukan sesuatu berdasarkan undang-undang seperti saman atau menyuruh delete video dan sebagainya atas sebab tertentu.
Namun pun begitu, pengguna boleh berkongsi video tetapi secara private messeges pada kawan.
Pengguna peduli apa, sebab app ini sedikit sebanyak melonjakkan populariti audio tersebut lagipun audio yang direkod kebanyakkannya masa adalah pendek dalam 15 saat sahaja.
Cara menggunakan app ini boleh lihat [DISINI]
42 Comments
Haha sangat ketinggalan zaman dan daku baru tau ttg apps Dubsmash ni..InshaAllah one day blh guna
Suka tengok dubsmash arizlufias, menjadi sangat hehe
itu app yang lumayan sudah lama adanya tapi boleh di coba
baru kawan tahu apa itu dubsmash
[…] Apa Itu #Dubsmash? Kenapa Dubsmash Popular?: #dubsmashmalaysia adarain.com/2015/05/apa-it… […]
oh.baru tahu.selama ni mmg tak ambil tahu pun. terima kasih atas info ni ye
owh menatang ni la yang adik aku dok sibuk sibuk main ni
cian bobo dan kak syida.
takde dapat komisen atau royalti.
Populariti Bobo dah menjunam akibat daripada Dubmash ni. Mohon Bobo menaikkan populariti beliau...hahaha
Haritu dah download dah Dubmash ni. Disebabkan aku pemalu orangnya jadi tak jadi nak buat Dubmash. Baik aku pandang cermin dah mentertawakan diri aku sendiri. hahaha
wah menarik juga dubmash ni..kira boleh dubbing suara gitulah kan..teringan zaman2 skolah dulu jakun dubbing suara masuk kaset pakai walkman hehe..skang dah maju..macam2 ada..
patutla banyak video miming sekarang ni, semua angkara dubsmash.
seganlah nak buat video dubsmash,....hehe
ramai dah yang main dok alah ni.
sama2x bro. sekadar share asal usul dan fungsi dubsmash ni.
hahah, kesian dah bobo. Bobo buat dubsmash pun tak ada sambutan. haha
hahaha, sama2x macam gila je download dubsmash ni pastu ketawa sendiri. :D
sebut pasal walkmen rindu zaman2x dulu pakai walkmen. kaset plak tu. betol2x memori
semakin ramai yang pandai berlakon gara2x dubsmash
baru tahu benda ada wah ketinggalan sungguh diriku ini heeee
Kenapa saya tak perasan sebelum ni ekk? Haha..terima kasih kongsikan..
Pun segan tapi 15 sec cam kejap jer...hihi
tu dia.
memanjang orang wat dubmash nih.
ok follow insta wa @saiazuan untuk dubsmash wa..hahahaha
hahaha, dah tengok memang kelakar hang buat. Terbaik!
hurm. dulu kesian Cikgu Syida derngan Bobo kene bahan, sekarang diorang pulak terikut, Tah pape la.
bersepah dubmash sekarang ni . hahaa
yap, makin ramai yang berpengaruh.
memang kesian gila kutuk habis tengok sekarang semua buat. laki nak jadi perempuan pun makin banyak dah.
Baru baca semalam, ada yang cakap dubsmash ni seakan-akan menyindir orang dalam kelakar..dan tidak digalakkan dalam Islam..wallahu A'lam
Baru perasan. ada juga orang cut video yang jadi viral pastu buat dubsmash. Tu pun rasanya boleh dikatakan menyindir or perli tanpa kebenaran owner suara video yang jadi viral
mau nih di coba masuk entri dubmash
masih terasing di telingaku tuh media
Aah betul tu..boleh disalah guna apps ni
Cis, nyampah dengan dubsmash.
halahh baru tahu saya akan hal ini
Ternyata saya baru tahu soal ini... :)
ini semua poyo... hahaha
pernah ada yang bikin dubsmash serem ga ?
Tak pernah rakam video Dubsmash.... rasa jikalau berposing di depan kamera jadi kaku walaupun untuk diri sendiri.
heheh, samalah dengan saya. malu rupa pun tak ada. :D
[…] Madlipz ini sebenarnya lebih kurang sama je fungsinya dengan dubmash […]