Showing posts with label memahami erti kehidupan. Show all posts
Showing posts with label memahami erti kehidupan. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Manusia Mudah Lupa

Manusia Mudah Lupa


Manusia mudah lupa? Manusia lupa pada apa? Lupa pada asal-usulnya? Lupa Penciptanya? Lupa betapa kecilnya dia? Tak sedar ke betapa kecilnya kita sebagai manusia? Kebelakangan ini aku banyak berfikir. Berfikir tentang kehidupan. Berfikir tentang gelagat-gelagat dan juga perangai manusia di sekeliling aku. Sekali-sekala aku berfikir juga tentang perangai diri aku sendiri. Memang betul zaman sekarang ni ramai manusia yang lupa untuk bersyukur. Diorang ni memang lupa  atau memang tak tahu nak bersyukur?

[caption id="attachment_666" align="aligncenter" width="600"]Manusia Mudah Lupa Sumber gambar dari google.com[/caption]

Sebagai Manusia, kita sepatutnya tak lupa mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita. Ini kerana tanpa nikmat yang kita dapat tu kita akan hidup susah. Cuba lihat nasib sesetengah manusia? Ada yang hidup yang lebih teruk daripada kita. Tanpa perlindungan, tanpa makanan, tanpa kemewahan, dan banyak lagi. Jadi, janganlah sesekali kita lupa akan asal-usul diri kita dan sentiasalah bersyukur dengan kehidupan kita sekarang ni.
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”(Surah Ibrahim 14:7)

Ada sesetengah orang yang merasakan dirinya dah cukup hebat dan cukup besar. Perlukah kita bersikap riak sebegitu? Sedangkan kita hanyalah hamba Pencipta yang kecil sahaja. Dengan sikap riak tu, manusia senang menjadi lupa tentang asal-asulnya. Ada kalanya  ia bakal mendorong seseorang it untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Mana taknya, kalau dah rasa diri tu begitu hebat, tentu diorang akan rasa apa sahaja yang diorang lakukan tu dah cukup bagus dan tak salah. Jadi, sebelum korang nak lakukan apa sahaja, korang sepatutnya berfikir dengan lebih panjang. janganlah suka bertindak melulu dan mengikut nafsu sahaja.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah yang dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Peluang Berniaga secara Online Bersama TackThis


Kematangan dalam berfikir adalah perkara paling penting untuk seseorang itu mengatur kehidupannya menjadi lebih baik lagi. Bila korang banyak berfikir  dan berfikir secara adil, seseorang itu akan dapat melihat dirinya sendiri. Dengan itu dia akan ersedar bahawa betapa kecilnya dia jika nak dibandingkan dengan Yang Pencipta. Jika kita berfikir dengan bijak, hidup kita bakal teratur dan tenang sentiasa.