Manusia Mudah Lupa - adarain

Saturday, 14 September 2013

Manusia Mudah Lupa

Manusia Mudah Lupa


Manusia mudah lupa? Manusia lupa pada apa? Lupa pada asal-usulnya? Lupa Penciptanya? Lupa betapa kecilnya dia? Tak sedar ke betapa kecilnya kita sebagai manusia? Kebelakangan ini aku banyak berfikir. Berfikir tentang kehidupan. Berfikir tentang gelagat-gelagat dan juga perangai manusia di sekeliling aku. Sekali-sekala aku berfikir juga tentang perangai diri aku sendiri. Memang betul zaman sekarang ni ramai manusia yang lupa untuk bersyukur. Diorang ni memang lupa  atau memang tak tahu nak bersyukur?

[caption id="attachment_666" align="aligncenter" width="600"]Manusia Mudah Lupa Sumber gambar dari google.com[/caption]

Sebagai Manusia, kita sepatutnya tak lupa mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita. Ini kerana tanpa nikmat yang kita dapat tu kita akan hidup susah. Cuba lihat nasib sesetengah manusia? Ada yang hidup yang lebih teruk daripada kita. Tanpa perlindungan, tanpa makanan, tanpa kemewahan, dan banyak lagi. Jadi, janganlah sesekali kita lupa akan asal-usul diri kita dan sentiasalah bersyukur dengan kehidupan kita sekarang ni.
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”(Surah Ibrahim 14:7)

Ada sesetengah orang yang merasakan dirinya dah cukup hebat dan cukup besar. Perlukah kita bersikap riak sebegitu? Sedangkan kita hanyalah hamba Pencipta yang kecil sahaja. Dengan sikap riak tu, manusia senang menjadi lupa tentang asal-asulnya. Ada kalanya  ia bakal mendorong seseorang it untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Mana taknya, kalau dah rasa diri tu begitu hebat, tentu diorang akan rasa apa sahaja yang diorang lakukan tu dah cukup bagus dan tak salah. Jadi, sebelum korang nak lakukan apa sahaja, korang sepatutnya berfikir dengan lebih panjang. janganlah suka bertindak melulu dan mengikut nafsu sahaja.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah yang dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Peluang Berniaga secara Online Bersama TackThis


Kematangan dalam berfikir adalah perkara paling penting untuk seseorang itu mengatur kehidupannya menjadi lebih baik lagi. Bila korang banyak berfikir  dan berfikir secara adil, seseorang itu akan dapat melihat dirinya sendiri. Dengan itu dia akan ersedar bahawa betapa kecilnya dia jika nak dibandingkan dengan Yang Pencipta. Jika kita berfikir dengan bijak, hidup kita bakal teratur dan tenang sentiasa.
Comments

22 komentar

Adakalanya lupa, yang diri ini hanya seorang hamba kepada Tuhannya.

sokong2. manusia memang selalu lupa. Bila mewah ckit, mula la. Moga2 kita yang ingat ni sentiasa beringat2.

amin

salam berkenalan bro :)

bila kita susah baru kita ingat DIA, tapi bila senang kita alpa sedangkan apa yang DIA beri adalah untuk uji kita

Bila dah susah, baru manusia ni lebih beringat dan menghargai segala nikmat yang ada.

sentiasa bersyukur. kadang dapat balik kerja awal pun rasa bersyukur sebab dapat rehat lebih di rumah :)

Sering juga terlupa...lalai dan leka...ishhhh ingat balik. Terima kasih mengingati hati yang sering lupa ini.

Sebab itu bro takdirkan tulis pasal ni untuk mengingatkan. Thanks bro

[…] Hayati ulasan En. Adarain dalam kupasan isu manusia mudah lupa diri. Ye la kan. Kadang-kadang, bila manusia dah mula berasa hebat, dia akan buat apa-apa je. Mula la nak lupa diri. Pentingkan wang ringgit lebih dari keluarga. Moga-moga kita tak jadi manusia yang macam tu eh. Baca kupasan penuh di sini. […]

manusia memang mudah lupa...tue pentingnya kita sesama manusia utk slg ingat mengingati...

manusia memang tempatnya salah san lupa mas, tapi memang ada beberapa manusia yang jadi pelupa karena faktor keturunan seperti saya, ibu saya dan alm. nenek saya

kita jangan mudah lupa diri sentiasa bersyukur dan belajar akan perkara itu

Biasanya bila dah senang ni, manusia mudah lupa

Menarik entri ni,kita sebagai manusia memang tak terlepas dengan mudah lupa ni,jika berlaku seeloknya kita kembali memohon ampun kepadaNya

memang satu sifat manusia..lupa...sebab itu azan solat perlu dikumandangkan supaya kita ingat Allah SWT untuk segera solat

Seua orang suka riak..hehe..riak ni ada yang membawa kebaikan juga..hehe...tapi jangan terlampau dah la..kan bro..hehe

saya takut jadi lupa...kalau lupa kita dah macam tak ada iman di dada pula..

itulah kelemahan manusia, mudah lupa.. sebab tu Allah suruh kita saling ingat mengingatkan.

nama manusia tu berasal dari 'NASIA' kalimah arab bererti lupa... memang sbb tu lh manusia ni lupa sokmo... terutama bila melakukan kejahatan lupa pd penciptanya

harus pandai pandai menjaga iman kita supaye kita tak mudah lupa sama sang pencipta kita,,,, semoga kita salah satu dari orang orang yang beriman Amiinn ,,,,,

terimakasih bos tentang infonya dan semoga bermanfaat


EmoticonEmoticon