Showing posts with label movie interstellar. Show all posts
Showing posts with label movie interstellar. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

Interstellar Sebuah Movie Terbaik Karya Christopher Nolan

Sinopsis Movie Interstellar

Pada masa akan datang, Bumi akan hancur oleh kekeringan dan kelaparan menyebabkan kekurangan dalam makanan dan perubahan iklim yang melampau. Ketika manusia sedang menghadapi kepupusan, NASA secara senyap telah membuat perangkaan untuk menjelajah planet lain untuk meneruskan kehidupan di planet yang lain seperti bumi. Ini memberikan manusia peluang untuk meneruskan jangka hayat mereka.


sumber gambar dari google



Sekumpulan angkasawan yang diketuai cooper perlu melakukan perjalanan di luar sistem suria untuk mencari planet lain yang dapat menampung kehidupan manusia dari pupus. Namun, perjalanan angkasa lepas ke planet-planet yang lain menemui jalan yang sukar kerana berhadapan dengan masa yang berlainan dengan bumi serta tidak semua keadaan planet yang ditemui adalah sesuai dengan manusia di bumi.


Dapatkan Cooper menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masalah bumi yang semakin kekurangan makanan dengan mencari planet yang sesuai untuk manusia meneruskan kehidupan? Adakah perjalanan Cooper bersama kumpulannya selamat? Dapatkan Cooper bertemu kembali dua (2) orang anaknya dari angkasa lepas?



Review Movie Interstellar


Interstellar merupakan filem terbaik hasil karya unik Christopher Nolan. It was really mind blowing and breathtaking!

"Jangan leka di waktu malam yang tenang....."

 

Movie ini memang tersangat bagus dan menakjubkan dari semua segi iaitu  runut bunyi, visual dan pelakon. Visual yang terbaik pernah dilihat dalam paparan sci-fiction. Pemandangan blackhole/wormhole serta semua paparan yang ditunjukkan sangat menakjubkan. Runut bunyi Interstellar yang mengagumkan hasil Hans Zimmer yang pernah menghasilkan runut bunyi untuk movie Pearl harbor. Gabungan scene dan bunyi menyebabkan seperti betul-betul berada di angkasa lepas. Kesemua pelakon memainkan watak dengan baik sekali terutama watak utama iaitu Matthew McConaughey sebagai Cooper.


Cooper terpaksa meninggalkan salah seorang anaknya yang paling rapat dan pintar iaitu Murf untuk menjalankan misi mencari planet. Cooper sedar kerana dia akan berhadapan dengan masa yang berlainan antara di angkasa dan bumi. Melalui Blackhole/Wormhole yang boleh menembusi ke galaksi lain mengambil masa beberapa jam sahaja akan tetapi masa di bumi mengambil masa 10 tahun.


Bayangkan berapa lama Murf terpaksa menunggu ayahnya pulang ke bumi dari umurnya 7 tahun dan sudah mencecah 80 tahun.


Pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi Cooper bersama rakan-rakanya sepanjang perjalanan ke angkasa lepas menembusi galaksi yang lain untuk mencari planet yang sesuai untuk manusia menetap. Terpaksa pula berhadapan ancaman semula jadi planet yang baru ditemui kemudian bergelut dengan penipuan rakan angkasawan yang mengatakan planet yang ditemui selamat untuk manusia tetapi sebenarnya planet itu tidak selamat kerana tidak ada permukaan yang rata serta iklim sejuk yang melampau.


Kemudian Cooper telah dibawa  ke 5 dimensi yang menambah pening kepala serta rumit untuk diterangkan di sini. Namun, Murf seorang yang pintar dapat merungkai masalah yang telah dihadapi oleh ayahnya cooper. Bagaimana? kena tengok sendiri.


Kesudahan yang memang sangat tidak boleh dijangka walaupun korang pandai meneka tapi serius korang memang takkan dapat mengagak perkara yang berakhir akan jadi begini. Movie yang penuh dengan babak drama keluarga antara ayah bersama anak-anaknya, mendebarkan dan sangat sedih untuk ditonton.


Best ke tidak movie Interstellar?


Movie terbaik hasil Nolan yang pernah dibuat. Jangan teragak-agak untuk menonton Interstellar. JUST WATCH! without a second thought. Rangking yang diberikan adalah 5/5 bintang untuk Interstellar. AWESOME!