Tentang siraplimau.com
Siraplimau.com yang berstatus WP 0/10 dan Alexa Rangking ialah 100, 597 merupakan sebuah blog yang mendedahkan kisah sebenar kehidupan wanita serta realiti kehidupan perkahwinan pada masa kini di Malaysia dengan bertemakan "segar lagi menyegarkan".
Tidak terbatas hanya di surat khabar mahupun majalah, blog ini juga turut diwujudkan ruang untuk untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pandangan yang berkaitan dalam kisah rumah tangga.
Satu blog yang baik kerana berkongsi cerita serta tips-tips berkenan dengan rumah tangga dan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca mengetahui kisah sebenar yang berlaku dalam rumah tangga pada masa kini. Di samping itu, dapat membuat persediaan rapi dalam menghadapi alam rumh tangga yang sebenar dengan membaca blog tersebut.
![]() |
logo baru |
Ulasan Tentang SirapLimau.com
DomainNama domain siraplimau.com yang ringkas dan mudah diingati oleh pengunjung yang bertandang ke blog ini.
Tapi apakah kaitan siraplimau.com dengan kisah rumah tangga. Mungkin rasa sirap limau ni ada masam - masam manis yang mungkin ada kaitan dengan kehidupan dalam berpasangan. Seperti kisah P.Ramle dengan filemnya iaitu masam-masam manis, adakala kita suka, gembira, marah, gaduh, merajuk dan sebagainya.
Wah! pandai pula aku bermain eksperimen tentang kaitan siraplimau dengan kisah rumah tangga.
Tema Warna & Reka BentukNampaknya blog ini suka berlip-lap dengan bertukar warna. Sekejap warna biru dan sekejap lagi warna merah. Mungkin masih mencari warna yang sesuai selaras dengan tema rumah tangga. Bagi pendapat aku sendiri, merah seperti yang ada sekarang lebih sesuai berbanding warna-warna yang lain.
Reka bentuk template blog yang sangat kemas dan loading blog ini pula sangat pantas. Dengan kepantasan blog untuk loading memudahkan pengunjung untuk membaca tanpa perlu menunggu blog untuk loading walaupun internet lambat kerana blog ini tidak terlalu banyak widget.
Tidak Update Di Laman SosialBlog ini mempunyai laman sosialnya sendiri tetapi hanya facebook sahaja yang aktif berbanding laman sosial yang lain iaitu twitter dan Google+. Harap dapat selalu mengemaskini status agar pembaca tidak ternanti-nanti dengan entri yang terbaru.
Di samping itu, dapat bermesra dan mendengar luahan daripada pembaca yang mungkin mempunyai masalah yang sama.
Siapa Penulis SirapLimau.comAdalah lebih elok disertakan biodata penulis agar pembaca dapat mengetahui latar belakang penulis dan ini dapat menambah keyakinan pembaca untuk terus berkunjung lagi untuk membaca entri yang seterusnya tanpa ragu-ragu.
Kesimpulan
Pandangan secara keseluruhan untuk blog ini sangat simple, kemas dan penuh dengan maklumat tentang rumah tangga.
Cadangan untuk blog ini agar memperbanyakkan maklumat berkenaan bagaimana mengecapi kebahagiaan antara suami isteri. Aku percaya ada banyak maklumat yang boleh dikongsikan bersama dan tidak tertakluk hanya pada permasalahan sahaja. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Semoga Siraplimau.com terus MAJU!
Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com dan Tareeq Al Jannah