Tuesday, 18 March 2025

Ne Zha 2 Filem Animasi China Paling Laris Dunia Setakat Ini

Jangan tak tahu kalau Ne Zha 2: Filem Animasi China buat Hollywood tak senang duduk atau mungkin biasa je 

Jaangan main-main sebab hollywood baru je kena lawan dengan satu filem animasi China sahaja. Kalah semua macam Disney dan Pixar antara penerbit animasi terkemuka di dunia. Dan ini menjadikan Ne Zha 2 filem animasi paling laris dengan kutipan $1.9 bilion setakat ini. 

Ne Zha 2 Filem Animasi China Paling Laris Dunia Setakat Ini
Ne Zha 2 mendunia dengan kutipan tertinggi mengatasi movi animasi global

Tayang kat China sempena tahun baru cina sahaja sudah berjaya kutip $1.0 bilion lebih belum lagi seluruh dunia. 

✅ Bajet: $80 juta je (ciput kalau nak banding dengan Pixar)

✅ Tayang masa Tahun Baru Cina

✅ Filem pertama dalam dunia melepasi $1 bilion dalam satu negara

✅ Filem bukan Hollywood paling laku sepanjang zaman

Dan semua ni berlaku sebelum masuk market luar.  Rekod Dunia Dah Berubah. Ne Zha 2 masuk Top 10 filem paling laris sepanjang zaman melepasi movie Lion King, Jurassic Park, Avengers.

Tak mustahil nak lepasi $2 bilion, dan duduk sama level dengan Star Wars, Titanic & Avatar.

Pada 18 Februari 2025, Ne Zha 2 rasmi jadi filem animasi paling laris sepanjang zaman:

1️⃣ Ne Zha 2 : $1.7B

2️⃣ Inside Out 2 : $1.7B

3️⃣ The Lion King (2019) : $1.65B

4️⃣ Frozen 2 : $1.45B

5️⃣ Super Mario Bros : $1.36B

Ne Zha 2 Filem Animasi China Paling Laris Dunia Setakat Ini
keududukan terkini dalam movie animasi Ne Zha 2 mengatasi
movie animasi yang lain. 

Best sangat ke Ne Zha 2?

Ne Zha merupakan seorang anak kecil yang juga merupakan sejenis Demon Orb yang sangat nakal.
Dalam filem ini Ne Zha perlu bergabung dengan Ao Bing, Spirit Pearl yang juga merupakan anak kepada Ao Guang, Dragon King of thr East Sea.

Cerita ini diinspirasi dari mitologi cina dan banyak watak-watak serta latar belakang yang memfokuskan pada mitologi ini.

Tapi apa yang betul-betul menarik tentang filem ini adalah ia tidak terlalu serius dalam menterjemahkan mitologi sebegini.

Ia masih menerapkan elemen komedi yang bersesuaian dengan peredaran zaman sekarang yang penuh dengan pop culture dan memes.

Gaya animasi 3D juga sangat bersesuaian dengan elemen komedi ini yang juga berintegrasi cantik bersama babak-babak epik yang dipaparkan.

Itulah yang membuatkan filem ni istimewa, sekalipun nampak ringan dengan lawak jenaka, tapi ia tidak lupa untuk menjadi epik terutama pada babak-babak aksi pertarungan.

Kesemua elemen ini bergerak selari dan tidak terasa janggal membuatkan ada antara kita yang tidak cakna tentang mitologi cina juga boleh faham dan terhibur dalam waktu sama.

Malahan bukan itu sahaja, filem animasi ini juga ada menyentuh kritikan sosial serta tema moden tentang isu perkauman dan takdir seseorang individu.

Watak Ne Zha digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai demon dalaman tetapi sebenarnya beliau juga menagihkan kasih sayang dan perhatian.

Dinamik dan persahabatan antara Ne Zha dan Ao Bing turut menjadi tema sejak dari filem pertama yang menggerakkan keseluruha francais ini.

Ternyata kewujudan animasi dari China ini mampu menggerunkan studio-studio besar di Hpllywood yang sibuk menekankan agenda dari cerita dan hiburan.

Dan akhirnya animasi-animasi dari Asia sebegini yang bakal menjadi makanan utama peminat animasi seluruh dunia.

Rating: 10/10

Sumber dari sosial media facebook Hady

Apa yang membuatkan aku kagum adalah dari segi jalan cerita, lawak dan perlawanan yang teliti dan epik membuatkan penonton tak senang duduk untuk mengetahui perlawanan tersebut. Juga diselitkan dengan beberapa babak sedih meruntun jiwa penonton yang melihatnya.

Plot twist dia pun tak terjangka namun movie animasi tak terhenti setakat itu kerana dilihat ada sedikit tergantung pada penghujung movie ini dan satu babak kredit khas pada penghujung movie ini nanti.

Dikatakan ada watak Sun Wukong tapi rasanya takde kot kemunculan Wukong sebab watak wukong tu besar kalau diwujudkan dan boleh jadi tenggelam watak Ne Zha nanti. 

Apa2xpun kita nantikan Ne Zha 3 pula nanti. Bila tu? Tak tahulah bila sebab tak ada pengumuman lagi. Kemungkinan mengambil masa 6-7 tahun untuk disiarkan kalau diteruskan. 

Friday, 14 March 2025

Dapat Pinjaman PTPTN Tapi Tak Pernah Bayar Balik? Travel Ban?

Kita susah sebab tu kita mohon pinjaman. Bila dah buat pinjaman, senang sikit je kita lupa tanggunjawab bayar hutang...Dah pinjam kan...bayar je lah..lepas tu duk salahkan kerajaan...Salahkan diri sendiri kenapa tak bayar. Kalau orang lain pinjam duit kita, tak bayar hutang kita pun mengigau kita mencari dan marah untuk settlekan hutan. 

Menarik dengan perkongsian Ibrahim Ismail berkenaan dengan peminjam PTPTN yang masih degil untuk melunaskan bayaran hutang 

Penyelesaian Peminjam PTPTN Tapi Tak Pernah Bayar Balik?

1. 4.1 juta orang dapat pinjaman PTPTN, tapi 13.55% langsung tak pernah bayar balik – patut ke kerajaan biarkan je?

2. Dulu, masa ada travel ban, RM4 bilion berjaya dikutip – lepas ban dibuang, bayaran balik terus turun.

Dapat Pinjaman PTPTN Tapi Tak Pernah Bayar Balik?
sekadar gambar ilustri

3. 86.45% peminjam dah mula bayar, tapi ada yang sengaja buat tak tahu walaupun mampu.

4. Kalau travel ban dikuatkuasakan semula, peminjam yang gagal bayar mungkin tak boleh keluar negara.

5. Kerajaan tengah fikir balik, patut ke guna balik cara lama yang terbukti berkesan?

6. Kalau ada travel ban, orang yang mampu bayar tapi sengaja tak bayar mungkin akan mula bayar.

7. Rasa macam adil sebab yang bayar elok-elok tak kena apa-apa, tapi yang lari dari bayar kena sekat.

8. Kalau lebih ramai bayar hutang, PTPTN boleh terus bantu student lain yang perlukan pinjaman.

9. Kerajaan pun kurang terbeban kalau ada sistem yang pastikan duit PTPTN sentiasa ada.

10. Tapi ada juga yang memang betul-betul tak mampu bayar, travel ban ni mungkin zalim untuk diorang.

11. Ada yang kerja luar negara, kalau kena ban macam mana nak cari rezeki dan bayar hutang?

12. Tak semua orang pergi luar negara untuk suka-suka, ada yang pergi sebab kerja atau hal penting.

13. Kadang-kadang orang marah bila kerajaan buat benda macam ni, boleh jadi backlash politik.

14. Ada cara lain nak pastikan orang bayar, macam potong gaji terus atau bagi insentif untuk bayar awal.

15. Korang rasa adil ke travel ban ni, atau ada cara lain yang lebih berkesan?

Sunday, 9 March 2025

Movie Mickey 17 Seorang Pekerja Disalah Guna Di Angkasa

Baru-baru ini sempat tengok movie Mickey 17 yang dihasilkan oleh pengarah yang pernah mengarah filem korea Parasite pada suatu ketika dulu dan sekaligus memenangi anugerah Oscar antaranya ialah best director.

Movie Mickey 17 Seorang Pekerja Disalah Guna Di Angkasa
lama tak nampak Robet berlakon

Tentang Movie Mickey 17

Mengisahkan seorang Mickey yang secara sukarela untuk bekerja di ruang angkasa dan secara membuta tuli menandatangani borang perjanjian tanpa membaca borang perjanjian tersebut. Borang tersebut membolehkan Mickey untuk diuji kaji dan dicetak semula atau klon selepas Mickey mati. kalau Mickey mati ketika melaksanakan ekspidi angkasa company boleh cetak atau klon tubuh mickey yang baru dengan ingatan yang sama macam sebelumnya. 

Movie Mickey 17 Seorang Pekerja Disalah Guna Di Angkasa
alat cetak


Kejadian semakin menarik apabila ada wujud Mickey 18 sedangkan ketika espidisi angkasa Mickey 17 belum mati lagi. Dah jadi satu hal kat situ apabila 17 balik ke stesen untuk berehat dan bertembung dengan 18. Dalam pada masa yang sama, dorang nak kena fikir macam mana dorang nak survive sebab kalau wujud 2 orang sama, salah sorang kena mati.

Perwatakan Mickey 17 sangat berbeza dengan 18 yang mana 17 ni seorang yang sangat nerd, cepat rasa bersalah dan menurut perintah. Manakala 18 ni watak dia ni upgrade skit kepada perengus, berani ambil risiko dan tak suka diri diambil kesempatan.

Jadi apa yang terjadi kat Mickey 17 dan 18? Berhadapan pula dengan pihak atasan yang bongkak dan keji. korang kena tengok la sendiri kat wayang

Feedback Mickey 17

Tengok movie ni mula-mula macam slow skit pastu ada selit lawak la juga dia more to dark joke, Ada part tu memang lawaklah dengan girlfriend dia. Lama-lama jalan cerita dia makin best. Dan buat korang sakit hati dengan pihak atasan dorang ni aka VVIP.  

Semua acting memang superb, scene pun cantik takde ccgi yang cringe. 

Watak yang Robert ni pun memang lain dari yang lain. Memang tak nampak dah sisi pontianak dia sebelum ini. Kalau tak, asyik dibayangi dengan watak pontianak je dia kalau berlakon. haha

Overall bagi 8/10 bintang untuk movie ini.

Saturday, 22 February 2025

Pelajar Maut Akibat Tercekik Gula-Gula Viral Gummy Eyeball

Seorang kanak-kanak di Pulau Pinang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula gummy eyeball. Gula-gula ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna 

Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya?

Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.

Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.

Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.

Kanak-kanak bukan tahu bahaya—mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan. 

Pelajar Maut Akibat Tercekik Gula-Gula Viral Gummy Eyeball
Gummy Eyeball


Makanan Ringan Viral Lain yang Berisiko Seperti Gummy Mata

Selain gula-gula gummy mata, beberapa makanan ringan viral lain yang boleh menyebabkan risiko tercekik termasuk:

1. Jelly Ball  

Jelly berbentuk bulat yang sering dimakan dengan cara disedut terus ke dalam mulut boleh menyebabkan tersedak jika tidak dikawal dengan betul.

2. Ice Jelly / Jelly Squeeze dalam Tiub

Sejenis jelly dalam tiub plastik yang perlu dipicit masuk ke dalam mulut. Jika dimakan terlalu cepat, ia boleh terus masuk ke tekak dan menyekat saluran pernafasan.

3. Marshmallow Besar

Melekit dan cepat mengembang apabila terkena air liur, menjadikannya sukar untuk ditelan dengan selamat.

4. Gula-Gula Cincin Getah (Ring Gummies)

Sejenis gummy berbentuk cincin yang kenyal dan sukar dikunyah sepenuhnya, boleh menyebabkan tercekik jika ditelan dalam saiz besar.

5. Candy Spray / Gula-Gula Cecair dalam Botol Spray

Cecair masam atau manis yang disembur terus ke dalam mulut, boleh menyebabkan tersedak jika digunakan dalam jumlah banyak sekaligus.

Kesimpulan tentang Isu Gummy Eyeball

KKM pun dah ambil tindakan dengan melarang jualan di mana-mana platform mahupun pasaran domestik. Jika nampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda. 

Ibu bapa juga dipohon untuk terus memantau dan menasihati anak-anak supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Kita harap tragedi seperti ini tidak akan berulang kembali pada masa akan datang.

Saturday, 1 February 2025

Nasihat Berguna Untuk Selesa hari Tua Dengan Wang KWSP

Kawan lama hubungi saya untuk pinjam RM10,000 bagi melangsaikan hutang institusi kewangan. 

Saya menolak untuk membantu kerana risiko.  Dia yang dulunya mewah kini warga tua yang papa. 

Zaman muda dulu ketika saya memandu Proton Saga, dia bergaya dengan Volvo. Ketika saya beli Innova, dia Mercedes-Benz. 

Ketika bersara daripada syarikat oil and gas, dia selesa dengan KWSP jutaan ringgit. 

Dia buka syarikat dan pelawa saya. Saya menolak kerana tidak ada pengalaman berniaga. 

Nasihat Berguna Untuk Selesa hari Tua
Sekadar gambar hiasan

Duit KWSP dan bayaran VSS yang saya terima 11 tahun dulu sekadar labur dalam ASB dan Tabung Haji. Saya tidak ghairah main saham atau buka syarikat. Saya hidup sederhana. Saya tidak derita kewangan kecuali masalah kesihatan. 

Beberapa rakan mengadu tentang kawan kami yang hidup susah itu. Syarikat sudah lebur. Kemewahan yang pernah dia kecapi sudah berlalu. Hutang rakan tidak terbayar. Kini dia menjadi guru separuh masa di pusat tuisyen. 

Nasihat Berguna Untuk Selesa hari Tua

Sebagai pengajaran kepada rakan yang akan bersara dengan wang KWSP, saya perturunkan nasihat untuk selesa hari tua. 

1. Nikmati hari tua dengan sederhana dan hargai kekeluargaan. 

2. Kita pekerja dan bukan majikan sejak puluhan tahun. Jangan habiskan KWSP untuk perniagaan yang bermodal besar. 

3. Jangan buat hutang baharu kerana kita tidak ada pendapatan seperti masa muda. 

4. Guna masa persaraan untuk makan angin, membaca dan ibadat. 

5. Jika kita bukan orang politik, jangan pedulikan hal siasah. Buat keputusan di peti undi. 

6. Jangan terpedaya dengan pelaburan online dan scammer. Memadai ASB walaupun pulangan kecil tapi rendah risiko. 

7. Jika sakit berubat dengan pakar perubatan. Bukan jumpa ustaz yang kononnya berikhtiar dengan peralatkan ayat Quran. 

8. Tunaikan zakat dan bersedekah. Rezeki kita Allah tentukan dan ada bahagian untuk asnaf dan fakir. 

9. BACA Quran dan solat sunat sebagai penampungan ibadat kita. 

10. Tak perlu keluar rumah jika tidak ada keperluan!

sumber dari penulisan - Imlan Adabi

Kalau ikutkan banyak lagi tu..macam jgn besarkan rumah atau buat kenduri besar besaran pakai duit kwsp. Hidup la tenang tenang enjoy duit kwsp dengan berhemah.

Wednesday, 22 January 2025

Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken di Bangi

Tular makanan fried chicken yang mendpaat perhatian kat media sosial lagi-lagi kat Tiktok iaitu Darsa Fried Chicken. Jadi bila tau nak buka cawangan nak buka kat Bangi memang teringin lah nak try rasa sampai viral orang beratur nak makan brand ni kan.. 

Bila baru buka kat Bangi ni memang comfirm beratur la nak order makan. Jadi macam saya memang tak terburu-buru nak makan sana. Saya tunggu dalam 1 -3 bulan macam tu baru saya pergi. Saya pergi pun waktu malam time weekday tak ramai orang datang. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
banner Darsa Fried Chicken


Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Menu yang ada kat Darsa

Masa nak order boleh kata semua ada cuma kentang habis..Menu dia kalau tengok biasa-biasa sahaja tak ada yang unik untuk dipesan. Tapi Darsa Cola punya tu sedap betul air dia.. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Kaunter Darsa Fried Chicken

Konsep dia sama macam biasa order dan bayar dulu baru tunggu turn dapat makanan. Ayam memang besar. comfirm kenyang makan. 

Cuma depan kaunter takde tempat duduk makan, nak makan sama ada kat luar ataupun kat atas. Kurang mesra warga emas atau OKU. Sebab meja kat luar agak limit. nak naik atas kena naik tangga. Kesian yang kalau pakai weelchair ataupun warga emas. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Hasana Set Rice Plate (RM18.00)

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Nasi yang dibungkus. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
member punya set..sama.. Hasana set juga

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
saya punya set. 

Selepas kitorang rasa makan kat Darsa Fried Chicken boleh saya simpulkan rasanya hanyalah biasa-biasa sahaja takde faktor wow rasanya. Bolehlah sekadar mengenyangkan perut. Gorengan ayam tu tak kick la ni pendapat peribadi lah. Kalau macam kfc gorengan ayam tu rasa rempah-rempah dia tu.

Tapi bila rasa gorengan ayam Darsa ni tak rasa rempah-rempah dia. Kalau ada rempah pun tak umpph.. tak cukup kuat lah. goreng pakai tepung biasa macam tu lah..