Saturday, 26 April 2025

Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!

Nak share sikit pengalaman aku pergi jalan-jalan ke Muzium Shah Alam yang baru buka tu! Tak sangka, muzium ni memang lain dari yang biasa aku bayangkan. Ingatkan boring, tapi rupanya penuh dengan benda menarik dan vibe dia pun best gila.

Mula-mula masuk je dah nampak moden dan clean. Tapi bila dah start explore dalam tu, terus rasa macam “eh, ni bukan muzium biasa ni”. Ada banyak pameran interaktif, artifak lama yang dipamerkan dengan cara moden, siap ada ruang 3D/immersive yang bawa kau ke zaman dulu-dulu. 

Antara benda yang paling aku suka:

  • Galeri sejarah Selangor – info padat tapi tak membosankan. Part ni aku suka sebab aku suka membaca sejarah lama-lama dulu.
  • Artifak lama yang dipamerkan dengan lighting lawa, siap ada QR code kalau nak tahu lebih.
  • Ruang "virtual" yang tunjuk suasana zaman silam – gempak!

Kalau korang suka sejarah atau sekadar nak lepak tempat yang tenang tapi best, aku recommend sangat tempat ni. Nak ambik gambar pun banyak port lawa.

Buat masa ini kalau nak datang masuk Muzium Shah Alam percuma. Akan datang tak taulah berapa kena caj mungkin RM2-5 macam tu kot

Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Masuk-masuk je terpampang nama ni



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
hantara kahwin zaman dulu. fair and lovely tau.. ko hadew



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ada pameran warung lama zaman atok moyang kita



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ruang 3D tapi tak banyak


Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ruang pameran haiwan


Thursday, 24 April 2025

Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?

Aeon Bank baru-baru ini telah mempekenalkan Term Deposit-I dengan kadar keuntungan promosi: 3.08% setahun untuk tempoh 6 bulan. Promosi ini sah dari 16 April hingga 31 Mei 2025

Jumlah Minimum Penempatan: RM200 sahaja.​

Tempoh Simpanan: Fleksibel — anda boleh memilih tempoh simpanan mengikut kesesuaian anda. ​Ambil 6 bulan untuk dapat kadar keuntungan 3.08% setahun. 

Perlindungan PIDM: Simpanan anda dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. ​

Patuh Syariah: Menggunakan kontrak Murabahah melalui Tawarruq, menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang mencari pelaburan patuh Syariah. ​


Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?
Term Deposit telah diperkenalkan oleh Aeon Bank


Cara Membuka Akaun Term Deposit-i:

Muat turun aplikasi AEON Bank dari Google Play Store atau Apple App Store.

Buka akaun Savings Account-i dengan deposit permulaan minimum RM20.

Pilih Term Deposit-i dalam aplikasi dan tetapkan jumlah penempatan serta tempoh simpanan yang diingini.

Sahkan dan aktifkan penempatan anda — semuanya boleh dilakukan secara digital tanpa perlu ke cawangan.

Untuk maklumat lanjut atau untuk memulakan penempatan anda, sila layari laman rasmi AEON Bank: https://www.aeonbank.com.my/term-deposit​

Jika anda memerlukan bantuan lanjut atau maklumat tambahan, jangan ragu untuk bertanya! 😊


Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?


Perbezaan utama antara Term Deposit-i dan Savings Pot di AEON Bank terletak pada fleksibiliti, kadar keuntungan, dan tujuan simpanan. Berikut adalah perbandingan ringkas untuk membantu anda membuat pilihan yang sesuai:​


Term Deposit-i

Kadar Keuntungan: Promosi semasa menawarkan 3.08% setahun untuk tempoh 6 bulan (sah hingga 31 Mei 2025). 

Tempoh Simpanan: Tetap dan ditentukan semasa penempatan (contohnya, 6 bulan).​

Pengeluaran Awal: Tidak digalakkan; pengeluaran sebelum matang boleh menyebabkan kehilangan sebahagian atau keseluruhan keuntungan.​

Tujuan: Sesuai untuk simpanan jangka sederhana hingga panjang dengan pulangan tetap.​

Akses Dana: Dana terkunci sehingga tempoh matang; tidak boleh digunakan untuk transaksi harian.​


Savings Pot

Kadar Keuntungan: 3.00% setahun, dikira harian dan dikreditkan pada akhir bulan. 

Fleksibiliti: Dana boleh dipindahkan masuk dan keluar pada bila-bila masa tanpa penalti.​

Ciri Tambahan:

Boleh mencipta sehingga 20 "Pot" untuk pelbagai matlamat kewangan (contohnya, percutian, pendidikan).

Ciri "Round-up" untuk menambah baki secara automatik dari transaksi harian.​

Tujuan: Ideal untuk simpanan jangka pendek atau sederhana dengan fleksibiliti tinggi.​

Akses Dana: Dana boleh dipindahkan ke akaun utama dengan serta-merta untuk digunakan dalam transaksi harian.


✅ Kesimpulan


Pilih Term Deposit-i jika anda mencari pulangan tetap dan bersedia untuk mengunci dana anda untuk tempoh tertentu.​

Pilih Savings Pot jika anda memerlukan fleksibiliti untuk mengakses dana anda dan ingin menetapkan matlamat simpanan khusus.​

Kedua-dua produk ini adalah patuh Syariah dan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.​

Tapi bagi pendapat peribadi macam berbaloi dengan saving pot berbanding dengan term-deposit sebab kadar keuntungan tidak terikat dengan beberapa bulan atau promosi. Dan boleh keluarkan duit pada bila-bila masa berbanding term-deposit yang perlu menunggu untuk tempoh tertentu.

Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?
Jangan lupa letak referral code untuk dapat ganjara


Friday, 11 April 2025

Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi ke Atas China

Amerika Syarikat kenakan tarif tinggi ke atas China atas beberapa sebab utama:

  • Perdagangan tidak seimbang

AS telah lama mengalami defisit dagangan dengan China, iaitu AS mengimport jauh lebih banyak dari China berbanding apa yang dieksport. Tarif dikenakan untuk kurangkan ketidakseimbangan ini.

  • Kecurian harta intelek

AS tuduh China mencuri teknologi dan harta intelek syarikat Amerika, sama ada melalui penggodaman, pemindahan teknologi paksa, atau peniruan produk.

  • Subsidi kerajaan China

China dituduh memberikan subsidi besar kepada syarikat tempatan, menjadikan produk mereka jauh lebih murah di pasaran global – ini dianggap "tidak adil" oleh AS.

  • Tekanan rundingan

Tarif digunakan sebagai senjata rundingan untuk memaksa China mematuhi permintaan tertentu dalam rundingan perdagangan.

  • Keselamatan negara

Beberapa produk dan syarikat China dianggap berisiko terhadap keselamatan negara AS (contohnya Huawei), jadi tarif dan sekatan dikenakan sebagai langkah pencegahan.

Tarif Tertinggi dikenakan 104% ke atas China

Memang tinggi gila – 104% tu kira lebih dari double harga asal produk! Ini macam bukan setakat nak lindungi industri tempatan, tapi memang nak "hentam" terus produk China dari masuk pasaran AS.

Contohnya, baru-baru ni AS kenakan tarif tinggi ke atas kereta elektrik dari China. Antara sebab:

China terlalu dominan dalam pengeluaran EV (electric vehicle) – murah, canggih, dan cepat.

AS risau pasaran tempatan tak sempat berkembang kalau barang China terus banjir.

Nak halang kebergantungan kepada teknologi China, terutama dalam sektor strategik macam automotif elektrik dan bateri.

Bayangkan kereta yang asalnya harga $30,000, bila kena tarif 104%, dah jadi lebih $60,000. Confirm orang tak nak beli. Jadi ini strategi untuk buat produk China kurang menarik.

Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi ke Atas China
contoh kesan kenaikan tarif 


Friday, 28 March 2025

Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian

Kadar zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini (2025) bermula RM7, mengikut jenis beras yang dimakan. Pembayaran boleh dibuat mengikut kadar yang ditetapkan. Bagi mereka yang berkemampuan, digalakkan untuk membayar lebih sebagai tanda kesyukuran dalam mencari keberkatan.

Ketetapan ini dibuat berdasarkan perbincangan dan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2024 yang bersidang pada 21 Oktober 2024.

Tunaikan zakat fitrah lebih awal di bulan Ramadan nanti bagi memastikan kelancaran agihan kepada mereka yang memerlukan. Bayar dengan mudah melalui kaedah online atau kepada amil yang sah dan bertauliah.

Jadi bayarlah Zakat fitrah mengikut beras yang kita selalu makan. 


Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian
Kadar Zakat fitra bermula RM7 sehingga RM22. 

Menurut hukum Islam, berikut adalah orang-orang yang wajib dibayarkan zakat fitrahnya:

Orang-Orang yang Wajib Dibayarkan Zakat Fitrahnya

1. *Diri sendiri*: Setiap muslim yang mampu wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.

2. *Isteri*: Suami wajib membayar zakat fitrah untuk istrinya, kecuali jika istri memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

3. *Anak-anak*: Orang tua wajib membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya yang belum baligh (belum dewasa), kecuali jika anak-anak tersebut memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

4. *Orang tua*: Anak wajib membayar zakat fitrah untuk orang tuanya, jika orang tua tersebut tidak memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

5. *Budak atau pembantu*: Jika seseorang memiliki budak atau pembantu, maka ia wajib membayar zakat fitrah untuk mereka.

Catatan

- Zakat fitrah hanya wajib dibayar oleh mereka yang memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri.

- Jika seseorang tidak memiliki harta yang cukup untuk membayar zakat fitrahnya sendiri, maka ia tidak wajib membayar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian
rujukan dari sumber sunnah


Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar dalam minggu ini.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan dan terus dijadikan pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

📌 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak.

📌 BKKA ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250

📌 BKKA Tahun 2025 ini akan dibayar pada 27 Mac 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut. 

📌 Pemberian BKKA ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.


Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bayaran yang layak diberikan

Semoga dengan bantuan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk persiapan hari raya yang bakal menjelang nanti. 

Thursday, 20 March 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet

Buffet ramadan dianjurkan oleh Mak Kimbong dan Experiment Kitchen dengan pengalaman berbuka puasa di tempat yang besar dan luas. 

Kalau makan kat sini kena booking online melalui website dan whatsapp. Nanti sediakan details semua untuk booking dan boleh bayar secara online. Details booking nanti akan dapat kat whatsapp 

Nanti bila dah sampai pergi kat kaunter dan tunjukkan Qr kod yang telah diberikan kat whatsapp. Nanti dorang kat sana akan bagi tahu no meja berapa yang korang dapat nanti. 

Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet
Maha Buffet

Kelebihan Makan kat Maha Buffet

  • Ada 30 gerai live cooking dengan suasana selesa seperti di hotel, tetapi penuh dengan kemeriahan makanan bazar
  • 200+ jenis hidangan dari lauk kampung, Western, Street Food, Bangkok Cuisine & Korean Dish.
  • VIP Area eksklusif – Kambing golek, nasi Arab Mandy, seafood grill, buah-buahan segar & coffee machine khas!
  • Kids Friendly – Playzone mega & Magical Clown setiap hari!
  • Kemudahan Lengkap – Surau luas, Free Barber, Free Henna, Ruang PS5 Percuma & Live Band.
  • 1000 parking percuma + VIP parking khas!
  • 5:30 petang - 10:00 malam
Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet
suasana dalam Maha Buffet


Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet


Bayangkanlah kalau dewan punya besar tu kalau nak ambil lauk-pauk semua tu memang ambil masa lah. Kalau duduk terperuk hujung dewan tu lagilah.. memang kena tawaflah kalau nak ambil lauk.. tinggal rajin tak rajin je nak ambil lauk. haha

Rasa makanan semua lauk yang sempat isi perut semua sedap, maggi kerabu fuh pedas betul, makanan korea pun sedap, cendol, kuih-muih pun sedap, kambing bakar pun lembut dan air pun banyak pilihan. Makanan western semua dengan nasi berlauk tak sempat nak sentuh perut dah penuh sangat. Takut membazir tak habis

Ramai yang berbuka puasa kat sini tapi tak bersesak-sesak la nak ambil lauk mungkin sebab dewan luas dan banyak jenis lauk jadi mudah nak ambil semua. 

Banyak juga meja kosong mungkin sebab weekday jadi tak penuh satu dewan.. 

Selepas berbuka ada selawat dari tahfiz. kalau lepas habis berselawat tu pasang lagu nasyid ke raya lagi meriah la dewan. Ada juga cabutan bertuah, kuiz menang hadiah. 

Overall puas hati lah, tak boleh nak makan semua perut tak mengizinkan. haha. 

Cuma harga buffet too pricey.