Showing posts with label antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

Friday, 11 April 2025

Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi ke Atas China

Amerika Syarikat kenakan tarif tinggi ke atas China atas beberapa sebab utama:

  • Perdagangan tidak seimbang

AS telah lama mengalami defisit dagangan dengan China, iaitu AS mengimport jauh lebih banyak dari China berbanding apa yang dieksport. Tarif dikenakan untuk kurangkan ketidakseimbangan ini.

  • Kecurian harta intelek

AS tuduh China mencuri teknologi dan harta intelek syarikat Amerika, sama ada melalui penggodaman, pemindahan teknologi paksa, atau peniruan produk.

  • Subsidi kerajaan China

China dituduh memberikan subsidi besar kepada syarikat tempatan, menjadikan produk mereka jauh lebih murah di pasaran global – ini dianggap "tidak adil" oleh AS.

  • Tekanan rundingan

Tarif digunakan sebagai senjata rundingan untuk memaksa China mematuhi permintaan tertentu dalam rundingan perdagangan.

  • Keselamatan negara

Beberapa produk dan syarikat China dianggap berisiko terhadap keselamatan negara AS (contohnya Huawei), jadi tarif dan sekatan dikenakan sebagai langkah pencegahan.

Tarif Tertinggi dikenakan 104% ke atas China

Memang tinggi gila – 104% tu kira lebih dari double harga asal produk! Ini macam bukan setakat nak lindungi industri tempatan, tapi memang nak "hentam" terus produk China dari masuk pasaran AS.

Contohnya, baru-baru ni AS kenakan tarif tinggi ke atas kereta elektrik dari China. Antara sebab:

China terlalu dominan dalam pengeluaran EV (electric vehicle) – murah, canggih, dan cepat.

AS risau pasaran tempatan tak sempat berkembang kalau barang China terus banjir.

Nak halang kebergantungan kepada teknologi China, terutama dalam sektor strategik macam automotif elektrik dan bateri.

Bayangkan kereta yang asalnya harga $30,000, bila kena tarif 104%, dah jadi lebih $60,000. Confirm orang tak nak beli. Jadi ini strategi untuk buat produk China kurang menarik.

Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi ke Atas China
contoh kesan kenaikan tarif 


Sunday, 7 October 2018

Kejadian Sebenar Khabib Dengan McGregor Mengegar Dunia UFC

Selepas Connor buat duit dengan pertarungan lawan Mayweather, si Dana mintak dia serahkan belt tu nak bagi pemenang antara Khabib atau Ferguson.

Dana White ni Presiden UFC tau. Dia beli francais ni dan rename kepada UFC yang korang kenal. Dulu disebut Pride Fighting Championship (Pride FC).

Sambung cerita, dia tak nak bagi belt tu. Cakap, kalau nak, korang datang rumah aku ambik sendiri. Dia mencarut la ajak bertumbuk.

Dana sahkan McGregor officially kena stripped Daripada kejuaraan sebab lama sangat tak kembali ke Octagon.

Dana bayangkan si McGregor ni mungkin tak akan kembali semula ke Octagon. Masa Ni ramai lagi sedih sebab sebelum tu UFC dah hilang Ronda ke wwe.

Kejadian Sebenar Khabib Dengan McGregor Mengegar Dunia UFC


Lepas tu si Connor ni nikmati duit tu enjoy Sana sini siap lepak dengan Rita Ora dah orang ni dah.

Dia bengang Dana cakap, kalau dia nak belt tu kena masuk Octagon balik dan lawan Khabib.

Dalam satu insiden, si Connor datang majlis UFC dan dia serang bas Khabib.

Marah si Khabib ni nak fight suruh McGregor set tempat set masa dia dah ready.

Ahh Masa Ni ramai korang bekap si McGregor ni dan siap gelak dengan Khabib ni.

Dan banyak sekali provokasi antara 2 team ni.

Team Mcgregor ni macam biasa. Mulut longkang.

Tapi kali ni agak melampau terlalu banyak pakai stereotaip melibatkan racist dan sampai tahap agama dah.

Sebelum ni dia banyak buat kat opponent. Sebab orang cakap dia ni poyo. Tapi tu lah ramai jugak suka dia dulu.

Masa dia menganjing Mayweather korang suka jugak kan. Siap panggil team Mayweather monyet.

Dana pun set fight ni. Memula ramai cakap benda ni akan jadi dream fight tetapi susah nak berlaku dalam masa terdekat. Sebab si Connor ni sibuk bermain Twitter dengan Mayweather.

Si Khabib pulak cakap, McGregor ni hanya fight benda buat banyak duit macam fight tak ada makna lawan Mayweather.

McGregor akhirnya setuju nak fight dengan Khabib. Dia nak belasah Khabib ni.

Khabib ni dah dalam best form of his life. Dianggap the best fighter dalam UFC dari segi teknik.

Dia kuat di ground dan juga laju penumbuknya.

So McGregor ni orang gelar dia king of UFC. Fighter paling berpengaruh dalam sejarah UFC.

Kalau menang lawan McGregor Ni memang complete la.

Dah lama memang dendam dengan dia dan musnahkan nama King UFC.

Khabib dalam sidang media selepas tu tak banyak cakap terus bangun dan bawak balik belt tu. Marah si McGregor.

Tapi sepanjang build up story ke match ni McGregor menganjing teruk sangat.

Sampai mintak Khabib minum arak meraikan hari jadi Khabib kalau tak silap dan maki trainer Khabib dengan label terrorist.

Siap nak bagi penendang kat Khabib masa majlis semalam.

So Khabib setuju no handshake dalam match ni. Khabib ni tenang je. Tapi dalam hati dia memang panas.

Hari ni fight Khabib menang.

Selepas McGregor tap out kena neck crank, pun Khabib suruh McGregor bangun nak bertumbuk lagi.

Shocking scene adalah Khabib kumpulan into crowd attack trainer lawan dia.

Dana White menyatakan ada team McGregor provok dia.

Sebelum ni Khabib cakap tak nak jadi macam McGregor. Semua manusia ada kelemahan dan buat silap tetapi dia tak nak generasi baru rosak macam McGregor perangai macam setan.

Dan ada kawan dia baju merah masuk Octagon tumbuk Mcgregor ketika orang tu tengah recover.

Tu lah yang berlaku. Khabib ni marah sebab McGegor ni babi sikit perangai dia sampai libatkan agama.

Tapi tu lah, Khabib ni dalam risiko kena strip kejuaraan. Kena tindakan tu rasanya.

Patut tadi dia tembak McGregor kaw kaw Masa winning speech.

Tadi 3 orang daripada team Khabib kena tahan.

Dana White:

“Khabib jumped over the cage to go after one of Conor’s guys who was talking trash about him.
“I don’t know what to say. I’m just disgusted.
“[Conor is] OK. He’s upset about the fight but not about that.
“Three of Khabib’s guys have been arrested. They are on their way to jail.
“What happens here is three guys have been arrested and there will charges filed against them I’m sure.
“These guys may never get a visa to get back in the country. There are a lot of repercussions.”

Tu je lah

Saturday, 9 December 2017

Presiden Trump Isytihar Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel

Presiden Trump telah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel telah mencetuskan reaksi yang kurang senang di kalangan muslim kerana ianya bertentang dengan undang-undang antarabangsa yang sedia ada.
"Al Quds merupakan garisan merah orang muslim. Ketika kecederaan rakyat Palestin masih berdarah, kekejaman dan penindasan masih berlaku, keputusan untuk menyokong tindakan Israel bukan hanya mencabul Undang-undang Antarabangsa malahan bertindak mempermainkan nilai hati nurani dalam kemanusiaan"

Recep Tayyip Erdogan,Presiden Turki

Pengiktirafan ini merupakan tidak sah dan dilaksanakan tanpa sebarang perbincangan yang telah melanggar Undang-undang dan resolusi antarabangsa dan melanggar kesucian kota Jerusalem. Seluruh rakyat Palestin, Arab dan muslim menolak keputusan ini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Baitul Maqdis merupakan bandar suci bagi muslim dan kristian dan merupakan ibu kota Palestin. Selamanya akan menjadi kiblat pertama umat islam dan masjid ketiga suci bagi umat Islam sepertimana yang disebut dalam Al Quran ia akan kekal menjadi milik Palestin, Arab dan bandar Islam.

Kami, Hamas menyeru semua bangsa Arab dan umat Islam serta seluruh dunia agar bersatu dan mengecam pengiktirafan ini dan menzahirkan sokongan kepada rakyat palestin yang sentiasa berjuang dalam membebaskan tanah air mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara mereka.

Tindakan Amerika ini merupakan peringatan kepada seluruh bangsa Arab dan pemimpin-pemimpin muslim di dunia untuk bangkit dan mengetahui musuh mereka yang sebenar-benarnya ialah penjajah zionis. Segala usaha dan cara seharusnya tertumpu kepada penyingkiran penjajah untuk membebaskan Palestin serta mengembalikan pelarian Palestin ke tanah air mereka.

Dr. Maher Salah
Ketua Hamas di Diaspora
7-12-2017

Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel tanda fasa zaman terakhir

Ini menyedarkan kita bahawa apa yang berlaku sekarang menghampiri dengan menuju garis akhir zaman yang ditakuti orang islam yang beriman.. Apa yang kita lalui sebelum ini dengan penuh gembira di dunia sejak berpuluh tahun lalu pasti akan berakhir dan bila tu hanya ALLAH sahaja yang tahu..

Fasa ini kita akan mula dengar khabar negara-negara muslim dilanda penderitaan seperti apa yang dilalui oleh negara Syria, Yemen dan Rohingya.

Derita bukan sahaja dari peperangan tapi juga berlaku dari bencana alam yang besar sebagai balasan dan peringatan kepada manusia tentang dunia. Baru-baru ini kebakaran hutan besar di Los Angeles juga boleh dijadikan sebagai iktibar.

Apa yang harus kita lakukan adalah :

Kita menyokong penuh secara ilmiah dengan apa segala juga organisasi atau gerakkan menentang untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel.

Terus mempertingkatkan sifat perpaduan yang tinggi supaya kita tidak berpecah belah dengan pergaduhan sekaligus membawa peperangan yang besar.

Kita cuba melipat gandakan amal diri sendiri dan keluarga sekeliling kepada agama Islam supaya kita dibawah rahmat ALLAH S.W.T

Memperbanyakkan amalan dan bersedekah kepada yang benar-benar memerlukan seperti di Negara Palestin dan Syiria yang mampu membuatkan kita hidup jadi tenang dengan membantu orang lain..

Terkini : 220 pejuang palestin cedera sewaktu pertempuran dengan tentera rejim israel selepas seruan Intifada dikeluarkan oleh Ismail Haniyah.[/caption]
Apa yang dicatat pada masa dahulu sudah pun tertulis cuma kita tidak perasan bila ianya sudah berlaku.

Teringat ustaz kata apa yang bakal berlaku akhir zaman semua sudah tertulis cuma kita perasan bila sudah berlaku.

Sunday, 11 June 2017

Kehebatan Negara Qatar Yang Tidak Diketahui

Kehebatan Negara Qatar  - Negara Arab antara Arab saudi, Bahrain serta beberapa negara arab yang lain telah memutuskan diplomatik antara Qatar kerana dikatakan melindungi serta memberikan bantuan kewangan kepada 'pengganas'

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Khamis lalu mengesahkan Parlimen negara itu bersetuju menghantar tenteranya ke Qatar serta meluluskan perjanjian antara kedua-dua negara mengenai kerjasama latihan ketenteraan.

Berikut adalah Kehebatan Negara Qatar Yang ramai Tidak Tahu


  1. Pendapatan per kapita tertinggi di dunia pada kadar 146,000 dolar setiap tahun.

  2. Negara kedua di dunia dalam bilangan jutawan kira-kira 30 ribu jutawan

  3. Negara yang pertama Arab dan keempat di dunia dalam pendidikan yang berkualiti selepas Jepun.

  4. Negara yang pertama di dunia Arab dan keenam di dunia pada tahap kualiti kesihatan.

  5. Pertama di dunia Arab dan kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.

  6. Negara kedua dalam kadar keselamatan dan risiko lebih selamat dr segi keganasan.

  7. Negara yang pertama Arab dan 12 di peringkat global dalam Laporan Daya Saing Global.

  8. Negara pertama di dunia berada di kedudukan dalam petunjuk pengangguran.

  9. Aset bank Qatar QR1.1 trilion.

  10. Qatar adalah bank Arab terbesar dengan aset kira-kira 520 bilion riyal

  11. $ 300 bilion dana berdaulat yang melibatkan 39 buah negara.

  12. Saham ketara dalam bank-bank terbesar di Eropah Barclays dan Credit Suisse.

  13. Saham terbesar kedai barangan mewah di dunia Harrods London.

  14. Setiap tahun menghabiskan $ 6 bilion ke atas projek penyelidikan saintifik.

  15. Qatar Airways yang paling pesat berkembang dunia 170 pesawat.

  16. Qatar Telecom beroperasi di 17 buah negara dengan 107 juta pelanggan.

  17. Qatar memiliki 28% daripada menara London, ibu negara Britain.

  18. Semua rakyat dilayan secara luaran atas perbelanjaan Negeri itu.

  19. Satu-satunya negara di dunia di mana air dan elektrik adalah percuma.

  20. Satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai cukai.

  21. Hamad Airport menerima gelaran lapangan terbang yang terbaik di dunia.

  22. Negara yang pertama di dunia dalam penyebaran gentian optik.

  23. Negara pertama di dunia dalam petunjuk infrastruktur.

  24. Negara pertama di dunia dalam tabungan negara.

  25. Negara paling selamat daripada risiko bencana.

  26. Negara Arab pertama dalam kelajuan Internet.

  27. Negara Arab pertama dalam indeks keselamatan makanan.

  28. Negara Arab pertama dalam pembangunan manusia.

  29. Negara Arab pertama dalam pembangunan pasaran modal.

  30. Negara Arab pertama di syarikat penerbangan.

  31. Pengeluaran LPG yang pertama di dunia di dunia.

  32. Memiliki armada kedua terbesar pengangkutan gas di dunia.

  33. Memiliki 15 bilion tong minyak yang cukup untuk 40 tahun.

  34. Memiliki 900 trilion kaki padu gas cukup untuk 143 tahun.

  35. Kedudukan ke-4 di peringkat global dalam pengeluaran petrokimia.

  36. Setiap 30 hari sepanjang bulan Ramaddhan Qatar satu satu nya negara di dunia yang memberi subsidi 50% pada semua barang makanan asas buat semua penduduk dan rakyat Qatar yang berjumlah 2.3 juta.... contoh...minyak masak,daging,ayam,ubi kentang.
Tidak pasti perkara di atas adalah betul ataupun salah tapi yang pasti dan tidak dapat dinafikan negara Qatar antara negara yang terkaya di seluruh dunia dengan hasil minyak yang mampu tahan bertahun2x lamanya dan bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia FIfa pada tahun 2022. Menjadikan negara pertama timur tengah untuk hos FIFA 2022 nanti

Thursday, 15 December 2016

Solidariti Selamatkan Aleppo

Beberapa hari yang lepas, sebahagian rakyat dari daerah Aleppo telah dikepung oleh rejim Basyar dan mengupload video dengan menyampaikan situasi terkini yang menakutkan serta pesanan terakhir kepada seluruh negara agar mengambil berat tentang apa yang berlaku pada Aleppo.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Ramai mangsa terutamanya wanita & kanak-kanak meninggal dunia & tidak dapat diselamtkn kerana masih serangan dilancarkan oleh tentera rejim

Kenyataan Media Penyembelihan Aleppo


Berikut adalah Kenyataan media berkenaan dengan Penyembelihan Aleppo

"Selamat Tinggal Saudara Ku" - seruan pilu terakhir rakyat Syria di bandar tersebut sebelum beberapa jam ia jatuh ke tangan rejim Basyar dan sekutunya. Sudah lama terkubur dan tercabut rasa kemanusiaan sehingga rakyat Syria terus menerus menderita tanpa pembelaan.

Kita terus membisu dan tanpa apa-apa usaha untuk menyelamatkan ratusan ribu nyawa terutama kanak-kanak dari terus dibakar hidup-hidup. Tanggal 13 Disember 2016 adalah sejarah hitam buat kita semua iaitu jatuhnya bandar tersebut keatas tentera rejim Bashar. 7 bulan Aleppo bersendirian berhadapan dengan pelbagai jenis senjata yang membunuh. Manusia adalah sasarannya, bangunan, binatang dan tumbuhan pasti akan turut menjadi mangsa.

(Sesungguhnya saudara kita di Halab (Aleppo) berada dalam tertekan dan kesempitan sejak di kuasai oleh pakatan zalim. Ya Allah, sentiasalah Engkau bersama mereka.)

Dengan ini Aman Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilancarkan oleh rejim Bashar Al Assad dan sekutunya ke atas bandar Aleppo walau dengan apa alasan sekalipun.

Serangan yang mensasarkan infrastruktur dan kemudahan awam ini telah mengakibatkan bandar Aleppo lumpuh serta merta dengan hospital dan klinik tidak berfungsi.

Rakyat Syria sememangnya berhadapan dengan risiko kekurangan bekalan makanan dan sumber air bersih sejak bermulanya perang tahun 2011. Dalam masa yang sama, bahan api dan sumber elektrik turut terjejas akibat serangan yang tiada henti.

Siri kekejaman rejim Bashar yang dibantu oleh tentera Russia ini telah memakan masa hampir 6 tahun, bermula mac 2011 sehingga kini. Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Syrian Network For Human Right ( SNHR) sehingga bulan November, seramai 203,097 orang awam, 23,863 kanak-kanak, 599 golongan media dan 719 kakitangan perubatan yang terbunuh.

Aman Palestin dengan ini menyeru rakyat Malaysia bersama-sama kami untuk melahirkan rasa solidariti untuk kemanusiaan dan agama. Selain itu juga Aman Palestin akan mengadakan Himpunan Solidariti satu Malaysia “ #SAVEALEPPO” pada jumaat ini bersamaan 16 disember 2016 bertempat di Depan Kedutaan Rusia. Selain itu juga , “PUASA KHAMIS” untuk Aleppo, dana Misi Bantuan Kecemasan untuk Aleppo serta Tabung Derma Kilat yang mensasarkan sebanyak 5juta USD.

Justeru itu, kami menyeru seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam perjuangan untuk membantu rakyat Syria sebagai tanda solidariti untuk bersama-sama mengecam keganasan dan kezaliman yang sedang berlaku.

Sekian Terima kasih

Ustaz Anas Abdul Wahab,
Pengarah Media Aman Palestin Berhad.

==

Wakil Perancis di PBB berkata: Pihak antarabangsa wajib memberi tekanan kepada rejim Basyar, Russia dan sekutunya membenarkan rakyat awam keluar dan membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Aleepo

Untuk ketahui perkembangan terkini boleh klik Telegram Channal Aman Palestin di sini -> https://telegram.me/AMANPALESTINBERHAD

Wednesday, 13 January 2016

10 Perkara Tentang Madaya Anda Perlu Tahu

Apa Yang Anda Perlu tahu Tentang Madaya


1) Madaya adalah sebuah bandar di daerah al-Zabadani dan dibawah wilayah Rif Dimashq, Syria. Jumlah penduduk Madaya kira-kira 43,000 orang dan majoriti adalah Sunni.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
2) Bandar Madaya ketika ini dikuasai oleh tentera pembebasan Syria dan antara kaedah ‘peperangan’ tekanan yang digunakan oleh regim Bashar adalah sekatan makanan dan keperluan kepada penduduk Madaya agar tentera pembebasan menyerahkan bandar itu kepada regim.

3) Lokasi Madaya berdekatan dengan Lubnan juga menyebabkan Hizbullat ‘bersatu hati’ dengan regim mengenakan sekatan makanan dan keperluan untuk masuk ke sana.

4) Madaya telah disekat semenjak Julai 2015 sehingga kini untuk menerima bantuan dan konvoi kemanusiaan.

5) Berikut merupakan nama-nama checkpoint yang dikawal oleh regim yang dibina untuk menghalang bantuan masuk: Kazeyat Nabaa’ Barada, Al Wazeer, Al Methana dan Al She’baa. 2 Kubu juga dibina iaitu Al Talae’ dan Al Takeye.

6) Kira-Kira 6000 periuk api ditanah disekeliling Madaya termasuk dikawasan pertanian milik penduduk.

7) Setakat ini, seramai 30 orang mati kerana kebuluran dan 15 terkorban akibat dari periuk api

8) Penduduk Madaya terpaksa membayar harga yang tinggi untuk keperluan asas.

1 kg beras = USD 115 (+/- RM493.35)
1 kg Susu Bayi = USD 180 (+/- RM772.20)

Ini memaksa mereka terpaksa memakan rumput dan daun-daun untuk terus hidup.

9) Terdapat laporan bantuan kemanusiaan UN telah masuk sekali pada 18 oktober 2015 tetapi sebahagian dari makanan tersebut telah tamat tempoh dan menyebabkan lebih 200 kes keracunan makanan. Pihak UN masih menyiasat berkenaan kejadian ini.

10) Penduduk awam Madaya amat memerlukan bantuan makanan segera ketika ini walaupun terpaksa untuk membayar dengan harga yang mahal. Sumbangan boleh dilakukan melalui NGO-NGO yang membantu Syria secara sah di Malaysia antaranya Syria Care - Malaysia, IKRAM for SYRIA • i4s, Green Project , Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Malaysia Life Line for Syria.

Sumber: SNN, SNHR
Credit: Aiman Khairul Azzam (Aktivis MyCARE)

Bagaimana anda boleh membantu melalui Syria care..??

A. Untuk menyumbang sila klik link di bawah :


B. Bagi yang memilih untuk bank in, sila salurkan sumbangan anda kepada salah satu akaun berikut :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575

AKAUN RHB
No. Akaun : 2622 5000 0217 75

Kemudian hantarkan resit pembayaran melalui salah satu dari cara berikut:

1.Emelkan ke souriacare@gmail.com
2.Tuliskan "CM" dan hantar Whatsapp atau SMS ke 01137030900

Cepat!

Kempen dibuka dari 8/1/2016 sehingga 16/1/2016 SAHAJA!
Mereka memerlukan bantuan kita semua!

Jangan hampakan mereka!

Semoga kita beroleh rahmat yang berlipat kali ganda daripadaNya. InsyaAllah...

Thursday, 10 September 2015

Angelina Jolie Bersuara Demi Nasib Rakyat Islam Di Syria

Beberepa bulan yang lepas, Pelakon Popular Angelina Jolie menyeru agar kuasa-kuasa besar dunia untuk membantu berjuta-juta pelarian Syria. Angelina mengkritik Majlis Keselamatan PBB yang mengambil sikap berdiam diri ke atas konflik yang berlaku di Syria yang berlanjutan selama empat (4) tahun.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Hampir 4 juta rakyat Syria telah melarikan diri ke negara-negara jiran.

Angelina Jolie Bersuara Demi Nasib Pelarian


Jolie diberi taklimat majlis itu sebagai wakil khas untuk PBB mengenai isu-isu pelarian.

Jolie bercakap sebagai ahli majlis yang hadir untuk mendengar secara keseluruhan pelan baru bagi rundingan damai yang dijangka bermula awal bulan depan di Geneva.

Jolie telah melakukan 11 lawatan ke kem pelarian Syria sejak krisis bermula pada tahun 2011.

Jolie berkata beliau ingin melihat Menteri Luar setiap satu daripada 15 anggota majlis untuk sama-sama berunding berkenaan cara penyelesaian yang berlaku di Syiria.

Beliau juga menggesa ahli-ahli majlis untuk melawat pelarian Syria sendiri dan melihat krisis di hadapan mereka sendiri.

Pelarian Syria Tidak diterima oleh Negara terkaya di dunia

Di samping itu, Jolie bercakap secara ringkas mengenai krisis yang semakin meningkat di Mediterranean, di mana lebih daripada 1,300 pendatang yang melarikan diri dari Syria dan beberapa tempat yang lain lemas di laut.

"Ia sangat menyedihkan apabila melihat beribu-ribu pelarian syiria yang lemas di depan 'pintu' negara yang terkaya di dunia," katanya.

"Tiada siapa yang sanggup ambil risiko bersama anak-anak mereka dengan cara ini yang membabitkan nyawa kecuali dalam keadaan hidup yang sangat terdesak." katanya lagi.

"Kerajaan, kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas terus membunuh, mencacatkan, merogol, melakukan penderaan dan membawa negara Syria ke tahap yang lebih rendah yang tidak dapat dibayangkan beberapa tahun yang lalu," katanya.

Majlis itu sepatutnya memberi mandat misi kemanusiaan untuk membolehkan penghantaran bantuan, Amos selaku penyelarasan kemanusiaan berkata, dan ia perlu menguatkuasakan sekatan senjata dan perlu menghormati peraturan yang paling asas oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa," termasuk menolak mereka yang sengaja menghalang untuk memberi bantuan kemanusian.

Duta Amerika Samantha Power memberitahu majlis bahawa resolusi yang sedia ada "kini sedang diejek oleh rejim Syria".

Ketua bahagian pelarian PBB, Antonio Guterres, memberitahu majlis bahawa 14 juta orang kini kehilangan tempat tinggal dalam "interlinked crises" di Syria dan Iraq, di mana negara Islam merampas wilayah pada tahun lepas.

Beliau menyeru "meningkatkan sokongan" untuk negara-negara jiran Syria seperti Lebanon yang menerima 'kebanjiran' pelarian. Lebanon dan Jordan adalah dianggap negara berpendapatan sederhana di mana Bank Dunia tidak dapat memberi 'geran' dalam usaha menangani "kejutan demografi yang teruk dialami oleh mereka ".

Syria Care - Membantu Umat Islam Di Syria


Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh dilakukan di fb Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu SyriaSemoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka lagi-lagi ketika musim sejuk bakal tiba.

Tuesday, 18 August 2015

Takziah Buat Mangsa Letupan Bangkok

Semalam kita dikejutkan dengan letupan bangkok yang berlaku di sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok. Kejadian tersebut meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa termasuk rakyat Malaysia serta mencederakan beberapa orang lain menurut Pegawai Kedutaan Malaysia

Inseiden tersebut berlaku pada 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia). Dikatakan berpunca daripada sebutir bom yang tidak dapat dikenalpasti buat masa kini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Motif Letupan Bangkok Jadi Tanda Tanya


Motif letupan Bangkok masih tidak diketahui lagi. Suspek kini diburu bagi membantu siasatan.

Perbuatan seumpama ini adalah gila dan semoga dalang tindakan yang tidak berperikemanusian ini akan diberikan hukuman yang setimpal.

Sama-sama kita berdoa agar negara jiran kita berada dalam keamanan dan dijauhi dari bala bencana.