Kenal Azlan Proton pun sebab membe dok layan lagu dia berulang-ulang kali. azlan proton type..pastu dengan pelan-pelan naik... bila tanya lagu baru ke? Rupanya lagu viral salesman Azlan Proton Type.. Dia punya lagu bila kali pertama dengar terus layan... lagu catchy orang kata.. menarik idea ni sebenarnya mencipta lagu untuk branding diri sendiri supaya lebih dipercayai oleh orang ramai terutamanya pelanggan yang nak beli kereta.
Ini adalah satu tarikan marketing yang jarang orang buat. Biasanya company besar je buat lagu atau jingle untuk sesuatu produk macam makanan dan kain seperti Roti Gardenia, Adabi, Sabella dan lain-lain lagi.
Dalam pada masa yang sama, tak ramai yang tahu disebalik kejayaan Azlan ada beberapa cabaran yang terpaksa dilalui antara kerugian beratus-ratus ribu.
![]() |
| Sumber gambar dari Facebook Syauqi Atar |
Hutang Keliling Pinggang & Bisnes Lingkup Tetapi Azlan Buktikan 'Pelan-Pelan Naik' Itu Wujud.
Dari rugi Setengah Juta & Hutang RM150K ke salesman Proton Viral: Kisah Azlan yang Akan Ubah Mindset Korang!
Kisah Azlan, atau lebih dikenali sebagai Azlan the Proton Type, bukan sekadar cerita kejayaan biasa. Ia adalah kisah kejatuhan yang sangat pahit, beban hutang yang teruk, dan kebangkitan luar biasa yang penuh inspirasi.
Bayangkan, pernah rugi lebih setengah juta ringgit dalam bisnes export glove masa PKP sebab kena tipu, lepas tu terpaksa tanggung hutang bisnes sampai RM150,000
Ada ketika setahun depression.
Untuk survive, Azlan pernah jadi rider Lalamove, punyalah struggle sampai kena mohon bantuan zakat untuk bayar sewa rumah.
Bisnes pakaian pun pernah cuba, tapi akaun TikTok kena restrictions dan saving ribuan lesap sekelip mata sebab dah beli stok baju
Kalau orang lain mungkin dah give up, tapi Azlan tak. Dia bangkit dan pilih bidang sales kereta Proton.
3 bulan pertama sebagai Sales Advisor (SA) Proton, langsung tak ada sales walaupun dah buat live 24 jam dekat tiktok! Tapi dia tak berhenti. turning point pertama berlaku bila konten Skim Graduan dia viral, cecah 500,000 views.
Dari situ, dia bina personal branding dengan gaya cold calling ala Wolf of Wall Street dan cipta fenomena lagu AI “Pelan-Pelan Naik” yang menceritakan proses jualan.
Falsafah jualan Azlan sangat power: “Cari makan supaya kita boleh bagi orang lain makan. Jangan cari makan sampai orang lain tak boleh cari makan.”
Dia percaya, kalau kita gagal tunjuk value diri, kita terpaksa main harga murah. Dan paling penting, dia menentang marketing manipulatif. Kisah Azlan ini bukti, Allah nak kita sacrifice sesuatu untuk dapatkan sesuatu.
Azlan ada petik satu quotes femes dari Buya Hamka, Kalau hidup sekadar hidup, babi di kandang juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, kerbau di sawah juga kerja. Jadi, apa beza kita dengan kerbau dan babi?
Begitulah,
Sumber dari Syauqi Atar
Kesimpulannya, kisah Azlan "The Proton Type"
Kesimpulannya, kisah Azlan "The Proton Type" adalah sebuah naskhah tentang ketabahan dan pencarian makna di sebalik kegagalan. Ia bukan sekadar cerita tentang "jual kereta", tetapi tentang bagaimana seseorang membina semula maruah diri selepas kehilangan segalanya.
1. Kegagalan Bukan Titik Noktah
Azlan melalui fasa yang sangat gelap rugi RM500,000, menanggung hutang RM150,000, mengalami depresi selama setahun, malah pernah dibantu oleh zakat. Namun, beliau membuktikan bahawa kejatuhan bukan kegagalan selagi kita tidak berhenti mencuba.
2. Kepentingan "Value" vs "Harga"
Dalam dunia jualan, ramai orang terjebak dengan perang harga murah. Azlan membawa falsafah berbeza: Tunjukkan nilai diri dan produk. Jika pelanggan nampak value, mereka tidak akan berkira tentang harga. Beliau juga menekankan etika kerja mencari rezeki tanpa menutup periuk nasi orang lain.
3. Kuasa Personal Branding & Inovasi
Beliau tidak hanya menjadi salesman biasa. Beliau memanfaatkan teknologi (AI untuk lagu "Pelan-Pelan Naik") dan media sosial (TikTok) untuk mencipta identiti yang unik. Beliau mengubah persepsi "salesman kereta" kepada "pemberi solusi" melalui branding yang konsisten.
4. Marketing Yang Jujur
Azlan sangat tegas menolak marketing manipulatif. Bagi beliau, kejayaan jangka panjang datang daripada kepercayaan (trust). Beliau percaya dalam proses "sacrifice" atau pengorbanan bahawa setiap kejayaan besar menuntut kesabaran dan kerja keras yang luar biasa.
5. Hidup Dengan Matlamat (Quote Buya Hamka)
Intipati paling dalam adalah pesanan Buya Hamka yang dipetik beliau: Hidup mesti ada beza dengan haiwan. Bekerja bukan sekadar untuk kenyang, tetapi untuk memberi manfaat dan mempunyai visi yang lebih besar daripada sekadar rutin harian.
Akhirnya, Kisah ini mengajar kita bahawa setinggi mana pun hutang atau sedalam mana pun kejatuhan, pintu kebangkitan sentiasa terbuka bagi mereka yang sanggup "pelan-pelan naik" dengan integriti dan usaha yang tidak berbelah bahagi.
