Review Super Mario Galaxy Movie Perjuangan Merentasi Bintang

The Super Mario Galaxy Movie ialah filem animasi terbaharu daripada Nintendo dan Illumination yang menjadi susulan kepada The Super Mario Bros. Movie pada tahun 2023. Filem ini diumumkan secara rasmi oleh Nintendo sebagai filem animasi baharu berasaskan dunia Super Mario Bros. dan sedang ditayangkan pada awal April 2026

Mario Bersama teman barunya Yoshi

Dalam filem ini, Mario dan Luigi kembali dengan pengembaraan yang lebih besar apabila mereka terpaksa merentas dunia galaksi dan ruang angkasa untuk menghadapi ancaman baharu. Kisahnya membawa duo adik-beradik ini ke lokasi yang jauh lebih luas dan penuh cabaran berbanding filem pertama, sambil mengekalkan elemen aksi, komedi dan visual berwarna-warni yang sinonim dengan francais Mario. Filem ini juga diinspirasikan oleh siri permainan Super Mario Galaxy, yang terkenal dengan tema pengembaraan kosmiknya.

Sinopsis Super Mario Galaxy Movie

Filem ini berkenaan dengan Rosalina yang telah diculik oleh Bowser Jr. untuk mendapat kuasa bintang dalam diri Rosalina sebagai bahan bakar senjata penghancur alam semesta demi memenuhi kehendak lama ayahnya Browser Sr.

Dalam pada masa yang sama Rosalina telah melepaskan secara diam-diam bintang sebagai anaknya iaitu Luma ke Mushroom Kingdom untuk meminta bantuan iaitu, Mario, Luigi, Peach, Toad dan Yoshi.

Di sinilah pengembaraan bermula dengan perbagai cabaran yang perlu dilalui oleh team Mario demi menyelamatkan Rosalina. 

Menarik Tentang Super Mario Galaxy Movie

Filem ini menarik kerana membawa Mario ke pengembaraan bertema galaksi yang lebih besar, penuh visual animasi yang cantik, penuh warna-warni, aksi keluarga yang menyeronokkan, serta kemunculan watak-watak popular seperti Rosalina, Yoshi dan Bowser Jr. Ditambah pula dengan hype box office yang kuat dan filem ini menjadi antara animasi yang paling hangat diperkatakan pada tahun 2026 selepas Hoppers.

Kesimpulan Tentang Super Mario Galaxy Movie

Movie yang memang fun untuk ditonton dengan keluarga..penuh dengan babak-babak yang menarik tanpa rasa bosan.. Adventure yang menyeronokkan.. Saya bagi  8/10⭐

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form