Showing posts with label Hafiz Hamidun. Show all posts
Showing posts with label Hafiz Hamidun. Show all posts

Friday, 4 October 2013

Masalah Dan Tangisan Dalaman

Luaran selalunya tak melambangkan apa yang dirasai di dalam hati seseorang manusia. Dalam dunia ni penuh dengan pelakon-pelakon yang tak kita sedari bakatnya. Bakat mereka mula terserlah apabila mereka cuba menyembunyikan perasaan sengsara yang dirasai dalam hati, jiwa dan akal.

Semuanya kerana tidak mahu orang lain mengetahui tentang kesunyian dan kepahitan yang dirasainya. Mungkin kerana tak mahu masyarakat turut memperlekehkan mereka. Biasalah, manusia memang suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri kerana ketamakan di dunia.

Rahsia Ilmu Pengasih


Apabila perasaan bergelora ini tak diubati, jiwa manusia mula hilang. Akal dan hati mula mati. Mulalah segelintir yang lemah mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang membebani mereka ke jalan yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih, segelintir memilih jalan yang memakan diri mereke sendiri. Akhirnya diri sendiri yang merana...

Masalah Dan Tangisan Dalaman Manusia


Memang sudah menjadi lumrah hidup, setiap perjalanan pasti mempunyai halangan yang kita terpaksa tempuh sungguhpun muncul tanpa keizinan kita. Cuma, kita perlu beringat bahawa tiada yang mudah di dunia ini dan tiada pula yang sukar .

[caption id="attachment_822" align="aligncenter" width="338"]Masalah Dan Tangisan Dalaman Sekadar gambar hiasan
Sumber dari pakarcinta.com[/caption]

Apa yang kita perlu lakukan adalah menjadikan kekuatan diri dan niat yang ditanam di dalam hati sebagai pendinding untuk kita meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

Tak salah jika kita ingin menjerit dan tak salah jika kita mempunyai perasaan marah. Cuma kita perlu belajar, agar berusaha untuk mengelak dari menuding jari ke arah orang lain, terutamanya kepada diri kita sendiri sekiranya masalah mula timbul.

Sungguhpun pada awalnya kita rasa puas, tapi kita tak sedar bahawa dalam diam ia boleh memakan diri sendiri. Sikap negatif ini akan membuatkan kita lupa tentang perkara positif yang terselindung disebaliknya. Pasti kita pernah mendengar kata-kata:
Setiap masalah yang datang adalah ujian dan setiap perkara yang berlaku ada pengajarannya

Oleh itu, jadikan ia sebagai ujian yang mempunyai 1,001 pengajaran di sebaliknya.

Dulu aku pernah baca satu blog ini yang mengatakan:
Dunia ini memang zalim dan manusia kebanyakkannya memang tamak

Dan ada juga yang pernah berkata-kata kat aku bahawa:
Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk hidup dan orang yang gagal adalah orang yang suka memberikan alasan.

Oleh itu, beringatlah, perjalanan hidup akan menjadi mudah jika kita memudahkannya dan perjalanan akan menjadi lebih sukar jika kita menyukarkannya. Semoga kejayaan akan menjadi kenyataan.

Untuk akhirnya, aku tinggalkan kata-kata dari Hafiz Hamidun iaitu:
Allah Maha Adil. Di saat-saat kita susah, pasti akan diberikan jalan menempuhinya walaupun dihujung usaha dan kesabaran.