Kita akan mula nampak dalam perhubungan kawan ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang. Dari situ, kita akan mula kenal kawan yang sebenar berdasarkan sikapnya.
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Sikap Yang Dibenci Kawan
Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda mungkin adalah salah seorang yang dibenci kawan seperti dibawah.
1. Tamak dan Kedekut
Saya mempunyai kawan yang sangat kedekut dan atas sikap itu telah membuatkan kawan-kawan yang lain membenci dia yang terlalu berjimat sehingga menyusahkan orang lain.
Bayangkan kalau pergi makan selalu minta kawan belanja sedangkan duit sendiri ada malah lebih banyak dari kawan sendiri. Macam mana tu? Maka jauhilah sifat tersebut. Nak berjimat boleh tapi biar beragak.
2. Berlagak dan Suka Mengarah
Sifat inilah yang saya paling benci dan meluat. Berlagak mengalahkan artis antarabangsa dan kebiasaan sikap ini berlaku pada kaum hawa berdasarkan pengalaman saya ketika belajar.
Kawan yang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi tak boleh sesuka hati mengarah tapi diri sendiri tak buat kerja. Macam mana tu? Sikap itu yang dibenci oleh kawan-kawan sehingga kawan sanggup cakap belakang. Kebanyakan kawan, mana-mana pun tidak suka diarah selalu. Be Respect!
Kawan seperti ini selalu mahukan perhatian lebih dan mahu menonjolkan diri agar diri dikenali dan disanjungi.
3. Bohong dan Mengumpat
Bab ni kebanyakan kawan kita sendiri memang suka bohong dan suka mengumpat. Memang tak boleh lari dengan 2 benda alah ni termasuklah saya sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga kepada anda juga agar sama-sama mengurangkan benda ini dari melarat.
Bukan apa, takut jatuh finah bila dah mengumpat ni. Macam-macam cerita disebarkan itu belum ditokok-tambah cerita lain lagi maka dah jatuh fitnah pada seseorang. Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.
Kadangkala, kawan kita mesti ada cerita yang hendak dikongsikan dan cerita tersebut kalau boleh nak kebabom punyalah tapi tak ada papepun isinya. Banyak bohong dari benar. Just Beware!
4. Suka Menonjolkan diri dan Cakap Besar.
Macam biasa, kawan seperti ini sudah dikenali ramai secara umumnya dengan sikap yang suka menonjol. Ada orang suka dengan sikap macam ni tapi sesetengah orang tidak beberapa suka dengan sikap yang suka menonjolkan diri dan adakalanya suka cakap besar.
Kawan seperti ini suka bercerita tentang kehidupan yang agak lebih mewah, barang-barang mewah dan sebagainya yang menyebabkan orang lain jeles dan sakit hati dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk.
Kurangkan bercerita tentang barang-barangan yang berharga atau apa jua dari kawan kita kerana kita telah mengguris hati bagi kawan yang tidak berkemampuan. Dah tunjuk silalah bagi barang 'mewah' tu pada kawan. Boleh tak? Bahagia hati kalau macam itu. haha
5.Over confident
Kawan kita kalau nak confident boleh dan tak salah tapi jangan sampai over confident. Saya bagi contoh kisah MLM, saya yakin mesti salah seorang kawan kita pernah masuk MLM dengan over confident bahawa dia akan menjadi jutawan dengan menyertai MLM akan tetapi sampai sekarang semuanya dah ke 'laut'.
Confident biar kena pada tempatnya serta perlukan usaha yang tinggi dan bukan pada kata-kata sahaja. Setakat ini saya tak nampak kawan-kawan saya jutawan gara-gara Multi Level Marketing (MLM).
6. Plastik
Plastik atau kata seertinya adalah hipokrit. Kebiasaannya selalu nampak baik di mata orang. Ini yang kita kena berjaga-jaga dengan sikap macam ini.
Dengan sikap macam ini seolah-olah mendengar masalah kawan kita walhal dalam hati meluat dengan permasalahan cerita kawan ditambah pula memburuk-burukkan kawan kepada kawan yang lain secara rahsia. Be Careful!
Lebih baik bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu yang boleh buat seseorang tersenyum
Kesimpulan
Sebenarnya sebenar banyak lagi sikap yang dibenci oleh kawan saperti mengadu domba, pemalas, suka marah orang, kurang memberi kerjasama dan sebagainya. Rasanya cukup apa tertera di atas berdasarkan pengalaman ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang.
Apa yang peliknya, mereka seperti di atas tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak disukai oleh kawan yang lain atau mungkin tidak buat kisah. Nobody is perfect enough.
Seronoknya bila berkawan apabila mempunyai sikap dan minat yang hampir serupa dan itulah yang menjadi perhubungan itu kekal lama. INSYA ALLAH.