Showing posts with label Hospital Sultan Ismail. Show all posts
Showing posts with label Hospital Sultan Ismail. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

Pengalaman Pertama Kali Dibedah

Serius bila dengar perkataan bedah dah buat saya takut inikan lagi bila masuk bilik bedah lagilah menakutkan dengan suasananya yang sejuk dan terang - benderang ditambah pula dengan kain hijau khusus untuk pembedahan.

Pengalaman Pertama Kali Dibedah

Pada keesokan harinya selepas menetap di Hotel Tebrau City, seawal 7.30 pagi sudah bergerak ke Hospital Pakar Sultan Ismail. Seperti biasa perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pembedahan.


Pengalaman Pertama Kali Dibedah
sekadar gambar hiasan


Pembedahan yang dilakukan ini hanya ringan sahaja.  Ini bermakna tidak perlu tinggal di wad untuk beberapa hari. Pembedahan ini dilakukan adalah untuk meletakkan tube kecil pada bahagian dalam telinga bagi memudahkan aliran serta pendengaran menjadi lebih jelas.


Selesai pendaftaran, saya dikehendaki menukar baju kepada baju pesakit yang berwarna putih dan hijau kemudian baring katil yang telah disediakan.


Menunggu giliran dibedah sangat lama  hampir 2 jam sehingga terlelap mata di atas katil yang telah disediakan. Suasana ketika itu tersangat sejuk dan sunyi.



Bilik Pembedahan


Apabila sampai giliran, katil saya terus ditolak ke tempat pembedahan. Serius saya cakap, sangat menakutkan dengan hati yang berdegup dengan kencangnya sambil kesejukkan.


Sebelum pembedahan bermula, Dr disitu akan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh saya dan memberitahu apa yang mereka akan buat ketika pembedahan nanti.


Pembedahan akan dilakukan ketika sedar dan doktor akan memberikan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit. Dalam bilik pembedahan, saya hanya dapat lihat lampu yang berada di hadapan saya dan tidak mampu menoleh ke kanan mahupun kiri.


Walaupun tidak rasa sakit tapi saya dengar bunyi seakan-akan bunyi angin kencang dan juga bunyi jahitan. Muka saya ditutup dengan kain hijau dan dibuka hanya bahagian telinga. Pembedahan selesai dalam masa satu jam sahaja.


Selesai sahaja pembedahan tersebut, saya dibawa ke wad biasa dan selepas itu saya menukar baju saya yang asal. Dan boleh balik rumah selepas mengambil ubat di farmasi.


Sudah Mula Terasa Sakit


Sejam kemudian ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, telinga saya sudah mula sakit kesan daripada pembedahan tadi. Ini kerana mungkin ubat bius yang telah diberikan tadi sudah mula hilang kesan.


INSYA ALLAH, Pembedahan berat fasa kedua akan dilakukan sekitar bulan April ini selepas mendapat pembelian alat untuk telinga yang memerlukan persetujuan dari pihak kerajaan. Semoga keadaan berjalan dengan lncar.


Wednesday, 26 February 2014

Singgah Di Hotel Tebrau CT

Hotel Tebrau CT


Beberapa hari yang lepas, saya bersama keluarga singgah menginap di Hotel Tebrau City yang telah ditempah awal melalui online iaitu agoda.com.

Saya singgah menginap di Hotel Tebrau CT kerana pada keesokan harinya, saya ada pembedahan ringan di Hospital Pakar Sultan Ismail.

Pandang kali pertama pada luarannya Hotel Tebrau City kelihatan menarik dan tempat tersebut hanya mempunyai 2 tingkat sahaja iaitu Ground dan tingkat pertama.

Kelebihan Hotel Tebrau CT


Apa yang bestnya tentang Hotel Tebrau ialah kerana berhampiran dengan Aeon Tebrau City Shopping center yang lebih kurang dalam masa 5 minit sahaja jika berjalan kaki sahaja. Juga berdekatan Dengan Hospital Pakar Sultan Ismail.

Walaupun hotel Tebrau hanya satu tingkat sahaja tetapi mempunyai bilik yang banyak kerana bangunan yang memanjang. Bliknya juga unik dan lain daripada yang lain. Kami sekeluarga telah menempah 2 Bilik iaitu Malay Style dan Superior Four. Harga setiap bilik di bawah RM200.

Bilik Superior Four sangat besar dan muat untuk lebih 4 orang sebenarnya. Disertakan Tv Lcd, Meja, Sofa dan sebagainya.


Kekurangan pada Hotel ini ialah tidak menyediakan serapan pagi, tiada pusat fitness dan swimming pool.

Hubungi Hotel Tebrau CTTel: 07-4523555 / 07-3001355
E-mail: hoteltebrauct@yahoo.com
Website: www.hoteltebrauct.com


Makan Malam Di Johnny's Restaurant


Pada waktu malam, kami sekeluarga merancang untuk makan malam di Aeon Tebrau yang berada di belakang hotel kami sahaja.

Kamudian kami mencari restaurant yang agak menarik untuk di makan dan kami telah jumpa satu resturant yang menarik serta dipenuhi dengan ramai orang iaitu Johnny's Restaurant.


Restaurant tersebut menyediakan makanan Thailand seperti Thai Steamboat, Thai Rice & Noodle dan banyak lagi. Di restaurant tersebut, anda boleh memilih sama ada mahu makan steamboat ataupun makanan yang bergoreng.

Kami sekeluarga memilih untuk makan steamboat dan ada dikalangan kami menempah Teriyaki Chicken Rice, Thai Belacan Rice dan Hot Spicy Rice.

Dari segi perkhidmatan yang diberikan sangat pantas dan pesanan makanan dan juga minuman cepat sampai tidak lebih dari 10 minit walaupun ramai orang. Makanan pula sangat sedap dan berpuas hati dengan keenakkan makanan yang kami tempah.

Kebanyakan pekerja di restaurant tersebut merupakan pekerja asing seperti Vietnam. Mereka fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Adakah saya akan makan lagi ke Johnny's Restaurant? Ya, sudah tentu saya akan makan di Johnny's Restaurant. Harga tidak terlalu mahal dan sedap. Sudah rasa pasti datang lagi.