Singgah Di Hotel Tebrau CT
Hotel Tebrau CT
Beberapa hari yang lepas, saya bersama keluarga singgah menginap di Hotel Tebrau City yang telah ditempah awal melalui online iaitu agoda.com.
Saya singgah menginap di Hotel Tebrau CT kerana pada keesokan harinya, saya ada pembedahan ringan di Hospital Pakar Sultan Ismail.
Pandang kali pertama pada luarannya Hotel Tebrau City kelihatan menarik dan tempat tersebut hanya mempunyai 2 tingkat sahaja iaitu Ground dan tingkat pertama.
Kelebihan Hotel Tebrau CT
Apa yang bestnya tentang Hotel Tebrau ialah kerana berhampiran dengan Aeon Tebrau City Shopping center yang lebih kurang dalam masa 5 minit sahaja jika berjalan kaki sahaja. Juga berdekatan Dengan Hospital Pakar Sultan Ismail.
Walaupun hotel Tebrau hanya satu tingkat sahaja tetapi mempunyai bilik yang banyak kerana bangunan yang memanjang. Bliknya juga unik dan lain daripada yang lain. Kami sekeluarga telah menempah 2 Bilik iaitu Malay Style dan Superior Four. Harga setiap bilik di bawah RM200.
Bilik Superior Four sangat besar dan muat untuk lebih 4 orang sebenarnya. Disertakan Tv Lcd, Meja, Sofa dan sebagainya.
Kekurangan pada Hotel ini ialah tidak menyediakan serapan pagi, tiada pusat fitness dan swimming pool.
Hubungi Hotel Tebrau CTTel: 07-4523555 / 07-3001355
E-mail: hoteltebrauct@yahoo.com
Website: www.hoteltebrauct.com
E-mail: hoteltebrauct@yahoo.com
Website: www.hoteltebrauct.com
Makan Malam Di Johnny's Restaurant
Pada waktu malam, kami sekeluarga merancang untuk makan malam di Aeon Tebrau yang berada di belakang hotel kami sahaja.
Kamudian kami mencari restaurant yang agak menarik untuk di makan dan kami telah jumpa satu resturant yang menarik serta dipenuhi dengan ramai orang iaitu Johnny's Restaurant.
Restaurant tersebut menyediakan makanan Thailand seperti Thai Steamboat, Thai Rice & Noodle dan banyak lagi. Di restaurant tersebut, anda boleh memilih sama ada mahu makan steamboat ataupun makanan yang bergoreng.
Kami sekeluarga memilih untuk makan steamboat dan ada dikalangan kami menempah Teriyaki Chicken Rice, Thai Belacan Rice dan Hot Spicy Rice.
Dari segi perkhidmatan yang diberikan sangat pantas dan pesanan makanan dan juga minuman cepat sampai tidak lebih dari 10 minit walaupun ramai orang. Makanan pula sangat sedap dan berpuas hati dengan keenakkan makanan yang kami tempah.
Kebanyakan pekerja di restaurant tersebut merupakan pekerja asing seperti Vietnam. Mereka fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Adakah saya akan makan lagi ke Johnny's Restaurant? Ya, sudah tentu saya akan makan di Johnny's Restaurant. Harga tidak terlalu mahal dan sedap. Sudah rasa pasti datang lagi.
Get notifications from this blog
kalau di lihat dari tempatnya sangat bersih yah mas, jadi terasa nyaman
ReplyDeletekat mana ni? berdekatan dengan selat teberau ke..?
ReplyDeleteSarapan pagi memang satu perkhidmatan yg perlu ada dalam sesebuah hotel. Tapi biasanya kalau tak ada, maknanya kanan kiri hotel tu mesti banyak kedai makan.
ReplyDeleteTempatnya memang bersih dan nyman sekali. :)
ReplyDeleteKalau tidak silap di Tebrau 2. Mungkin jauh skit dari Selat Tebrau.
ReplyDeleteKanan kiri hotel semuanya apartment. Tapi belakang hotel ada Aeon banyaklah choice nak makan.
ReplyDeletetiada pernag lihat banyak katil macam dalam gamabr tu.dah macam duduk hostel pula heee. tempat mandi macam best.
ReplyDeleteharapnya kesihatan adarain akan beransur pulih.
ReplyDeleteKalau hotel nie... selain kemudahan asas kalau ada internet adalah lebih bagus kan.... dan untuk makan-makan tu kalau ada gambar hidangan yang dipesan mesti lebih menarik
ReplyDeleteRM200 untuk satu malam ke bro?nampak keadaan dalam hotel tu selesa je..hehe
ReplyDeleteLebih Kurang RM178. Dalam bilik pun lagi selesa.
ReplyDeleteHotel ini ada kemudahan Internet. Ada gambar makanan tapi taklah begitu cantik.
ReplyDeleteSaya kali pertama lihat bilik macam tu banyak dengan katil. hehe, tapi puas hati. :)
ReplyDeleteAMIN~ terima kasih ya mendoakan. :)
ReplyDeletenice review.. singgah sini.. :)
ReplyDeletewah besarnya bilik..dah macam hostel..Dah lama tak makan steamboat kat Johhny!!!
ReplyDeleteMenarik info ni.. ada kesempatan bolehlah ke sana. Thanks sharing Bahrain.. :)
ReplyDeletelama tak jalan2 kat johor bahru ni... haish dah banyak lupa jalan haha
ReplyDeletesangat berbaloi tu..kalau harga sekitar RM200 untuk hotel yang selesa begitu!
ReplyDeletewow..info yg sangat mnarik.
ReplyDeletebolehla mnginap di sana nanti.. klau ke johor..
tapi sayang swiming pool x de :P
Thanks
ReplyDeleteMemang besar dan cantik.
ReplyDeleteSama-sama :)
ReplyDeleteJaln banyak dah buat baru. Dah macam KL. salah masuk sesat lah jawabnya
ReplyDeleteSangat berbaloi dengan bilik yang besar.
ReplyDeletehaha, swimming pool kat bilik air ada. haha
ReplyDeleteRM200 tak ada breakfast? perghh. tapi bilik boleh tahan besar tu. rasanya lebih baik bilik standard tapi service baik. tak gitu bro?
ReplyDeleteAsyik kali tu..haa
ReplyDeleteSampai 3 katil untuk satu bilik. Bole tido ramai2 tu. Nampak macam luas .
ReplyDeleteMemang boleh tido ramai dalam 8 lebih orang. Sangat luas.
ReplyDeleteSwimming pool takda. Tapi bathtub ada. Kalau family yang ramai anak tu, mau bath tub tu dijadikan swimming pool. Silap-silap boleh pecah kalau dah ramai sangat yang masuk dalam bath tub tu. Haha
ReplyDeleteBudak-budak suka kalau jumpa bathub, kalau boleh nak main air sampai malam.
ReplyDeletehotel seperti itulah tak ada bedanya
ReplyDelete