Pengalaman Pertama Kali Dibedah
Serius bila dengar perkataan bedah dah buat saya takut inikan lagi bila masuk bilik bedah lagilah menakutkan dengan suasananya yang sejuk dan terang - benderang ditambah pula dengan kain hijau khusus untuk pembedahan.
Pengalaman Pertama Kali Dibedah
Pada keesokan harinya selepas menetap di Hotel Tebrau City, seawal 7.30 pagi sudah bergerak ke Hospital Pakar Sultan Ismail. Seperti biasa perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pembedahan.
Pembedahan yang dilakukan ini hanya ringan sahaja. Ini bermakna tidak perlu tinggal di wad untuk beberapa hari. Pembedahan ini dilakukan adalah untuk meletakkan tube kecil pada bahagian dalam telinga bagi memudahkan aliran serta pendengaran menjadi lebih jelas.
Selesai pendaftaran, saya dikehendaki menukar baju kepada baju pesakit yang berwarna putih dan hijau kemudian baring katil yang telah disediakan.
Menunggu giliran dibedah sangat lama hampir 2 jam sehingga terlelap mata di atas katil yang telah disediakan. Suasana ketika itu tersangat sejuk dan sunyi.
Bilik Pembedahan
Apabila sampai giliran, katil saya terus ditolak ke tempat pembedahan. Serius saya cakap, sangat menakutkan dengan hati yang berdegup dengan kencangnya sambil kesejukkan.
[caption id="attachment_1691" align="aligncenter" width="525"] sumber dari google.com[/caption]
Sebelum pembedahan bermula, Dr disitu akan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh saya dan memberitahu apa yang mereka akan buat ketika pembedahan nanti.
Pembedahan akan dilakukan ketika sedar dan doktor akan memberikan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit. Dalam bilik pembedahan, saya hanya dapat lihat lampu yang berada di hadapan saya dan tidak mampu menoleh ke kanan mahupun kiri.
Walaupun tidak rasa sakit tapi saya dengar bunyi seakan-akan bunyi angin kencang dan juga bunyi jahitan. Muka saya ditutup dengan kain hijau dan dibuka hanya bahagian telinga. Pembedahan selesai dalam masa satu jam sahaja.
Selesai sahaja pembedahan tersebut, saya dibawa ke wad biasa dan selepas itu saya menukar baju saya yang asal. Dan boleh balik rumah selepas mengambil ubat di farmasi.
Sudah Mula Terasa Sakit
Sejam kemudian ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, telinga saya sudah mula sakit kesan daripada pembedahan tadi. Ini kerana mungkin ubat bius yang telah diberikan tadi sudah mula hilang kesan.
INSYA ALLAH, Pembedahan berat fasa kedua akan dilakukan sekitar bulan April ini selepas mendapat pembelian alat untuk telinga yang memerlukan persetujuan dari pihak kerajaan. Semoga keadaan berjalan dengan lncar.
Get notifications from this blog
salam..alhamdulillah semuanya berjalan lancar. saya membaca ni pun , terasa jugak cuaknya..hehe. semoga urusan akan datang berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan..
ReplyDeletesemoga segalanya berjalan lancar buat bro
ReplyDeleteSaya sendiri pun gerun mendengar perkatan bedah ni. Alhahamdulilah, peringkat pertama dah selesai, mungkin lepas ni kurang sikit gementarnya...dah ada pengalaman. :)
ReplyDeleteSemoga anda dilindungi dan dipermudah segala urusan.
Semoga semuanya berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T.. In Shaa Allah...
ReplyDeleteseraiu juga bedah dalam keasaan sedar ini..semoga kembali pulih yer.
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan dengan baik bro
ReplyDeletejangan kan di bedah, sampai sekarang saja saya masih takut sangat dengan yang namanya jarum suntik mas, trauma saat sekolah dasar dulu, ada pengalaman yang tak dapat saya lupakan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam, terima kasih mendoakan saya
ReplyDeleteAMIN~
ReplyDeleteYa, mungkin tak segementar sebelum ini. :) AMIN~
ReplyDeleteAMIN~
ReplyDeleteINSYA ALLAH. memang seriau habis bila bedah dalam keadan sedar. Macam-macam boleh jadi.
ReplyDeleteTerima kasih, INSYA ALLAH.
ReplyDeleteSampai trauma pada jarum suntik tu mesti ada penglaman yang tak dapat dilupakan.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya lancar.
ReplyDeleteBedah ni pun aku pun jenis kuat risau jugak, takut jumpa doktor.. banyakkan selawat , istifar , insyaallah debar2 tu kurang..
wah operation masa sedar..mencabar ni..terasa ngilu dia.semoga semuanya berjalan lancar ya!!
ReplyDeleteterima kasih ya. AMIN~
ReplyDeleteINSYA ALLAH, dipermudahkan urusan selepas ini.
ReplyDeleteSemoga semuanya baik bro. Bro sakit apa sebenarnya ni?
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeleteTerima kasih ya.
ReplyDeleteAMIN~ Tak ada sakit cuma ada masalah sikit dengan pendengaran telinga.
ReplyDeletemesti kena full bius kan... saya dulu bius separuh badan..... siap kena cucuk kat tulang sum sum... hohoho
ReplyDeleteSemoga admin pulih seperti sediakala,saya cukup seriau dengan bilik bedah + alat2 operatedan sebagainya
ReplyDeleteSemoga tabah dan cepat sembuh bro. Ngeri pulak bila baca cerita-cerita bedah ni.
ReplyDeletekecut perut bila tengok jarum..ake pernah patah ibu jari.pastu jahit.masa tengah sedar lagi..seriauu..moga cepat sembuh bro.
ReplyDeletesemoga pembedahan yg seterusnya berjalan lancar....
ReplyDeletealhamdulillah..semua berjalan dgn lancar..saya takde lagi la pengalaman kena bedah..dengar bedah je rasa nak lari lintang pukang..hahaha
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteKejayaan pembedahan pertama Encik Bahrain di syukuri dengan alhamdulillah. Mudah-mudahan pembedahan kedua nanti berjalan baik-baik sahaja ya. Amin.
semoga semuanya baik-baik sahaja buat bro...
ReplyDeleteDikenakan bius pada bahagian telinga sahaja.
ReplyDeleteAMIN. INSYA ALLAH.
ReplyDeleteMemang seriau gila. hahaha
ReplyDeleteINSYA ALLAH.
ReplyDeleteye je lari lintang pukang. haha
ReplyDeleteBaru sekali saya rasa pengalaman kena bedah, iaitu masa kena bedah gusi utk cabut gigi geraham. Perghh.. ya allah sakitnya tuhan je tau sebab doktor tu bius sikit saja. Ngeri..
ReplyDeletePengalaman tu.. saya pernah juga dibedah, tetapi sedikit shj dulu. Mmg terasa sakit & berdenyut bila bius dah berkurangan.. harap2 pil pain killer tu membantu mengurangkan kesakitan. Bahrain mmg seorang yg tabah... semoga dipermudahkan, selamat & cepat sembuh ye... aamiin.
ReplyDeleteFuhh!! siap dapat rasa / lalui pembedahan lagi.. rasa nyilu gak :)
ReplyDeleteMJ ritu masa kena 'tebuk' Doktor bg 'pengsan' terus :D
seram dgr perkataan bedah...xpernah lalui lagi.. rasa mcm menakutkan.. hehe :)
ReplyDeleteInsyaAllah para doktor semua expert :) hehe 1st join surgeon buat open heart surgery pun seram inikan yang nak dibedah .. sera sejuk jadinye
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh..saya dibedah 1st time tahun 2005..di PPUM..mase tu umur 24 kot..ganglion..minor surgery jer..tapi bius penuh..punyelah nak tunjuk berani..tak ajak ahli keluarga teman pun..just mintak kawan hantar kat PPUM pastu petang kang dia datang ambik..day care surgery jer..3 jam jugak tido xsedar kawan datang ambik..esoknye dah mule sakit..xtahan call kakak datang ambik huhu..
ReplyDeleteSedang Hangat Diperkatakan
Semoga bro cepat sembuh.. Khai belum penah kena bedah (harap2 xpernah la),
ReplyDeleteSo agak takut bila difikir2kan.. maklumlah Khai takut jarum suntikan.. huhu
Terima kasih, ALHAMDULILLAH sudah sepenuhnya.
ReplyDeletealhamdulillah berjalan dgn lancar... sy pon pnah 2 kali pembedahan...mmg takoyt sgt2
ReplyDelete