Showing posts with label Rio 2. Show all posts
Showing posts with label Rio 2. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

RIO 2 : Kembali Ke Habitat Asal

Rasanya sudah lama tidak menonton wayang. Kali ini dengan kesempatan yang ada menonton wayang bersama keluarga. Sebenarnya tidak terfikir untuk menonton wayang pada hari ini tetapi melihat pengumuman bahawa hari ini di mana seluruh kampung tiada elektrik dari 10.00 pagi sehingga 7.00 malam telah menyebabkan kami sekeluarga membuat keputusan untuk pergi menonton wayang bersama-sama.


Dan ini adalah kami pertama juga saya dan juga keluarga menonton wayang di Mahkota Parade kerana sebelum ini kami biasa menonton wayang GSC di Dataran Pahlawan dan juga Aeon Bandaraya Melaka.


Sekali-kala cuba pula wayang lain brand LFS (Lotus Five Star) company dari India kalau tidak Silap. Walaupun LFS Mahkota Parade kecil tetapi sound memang mantap habis sehingga boleh terasa gegarannya di kerusi. Tak rugi menoton wayang di situ.



Sinopsis Movie Rio 2


Filem rio 2 adalah kesinambungan dari filem pertama mengenai percintaan pertama Blu bersama pasangannya Jewel. Rio 2 pula mengisahkan di mana blu yang sudan berkeluarga bersama Jewel serta 3 orang anaknya.


Pada suatu hari, Jewel mahu merantau ke hutan Amazon kerana mereke menyangka bahawa mereka sekeluarga adalah species burung kakak tua biru terakhir namun tanggapan mereka salah kerana ada species mereka di hutan Amazon yang baru ditemui melalui televisyen.




[caption id="attachment_2012" align="aligncenter" width="700"]RIO 2 : Kembali Ke Habitat Asal sumber dari google.com[/caption]

Apabila mereka sudah sampai ke hutan Amazon Jewel telah berjumpa dengan ayahnya setelah berpisah sekian lamanya. Blu yang sudah biasa menetap di bandar agak janggal berada di hutan. Blu terpaksa menyesuaikan diri di hutan Amazom serta bersama puak burung kakak tua biru terutamanya buat ayah Jewel yang agak garang.


Dalam pada masa yang sama, burung kakak tua putih bersama pasukannya berusaha untuk membalas dendam dengan membunuh Blu dan wujud pembalak haram yang cuba memusnahkan tempat mereka.


Dapatkah burung kakak tua putih untuk membalas dendam? Adakah blu bersama puak-puaknya berjaya menumpaskan pembalak haram itu? Apakah taktik yang digunakan bagi menghalang pembalakan haram tersebut? Jangan lupa saksikan di pawagam.



Review Movie Rio 2


Filem animasi penuh babak adventure dan komedi ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Jalan ceritanya tidak terlalu bosan dan lagu-lagu yang diyanyikan dalam movie Rio 2 pula sedap-sedap belaka. Salah satu yang menyumbang suara dalam movie Rio 2 adalah Bruno Mars.


Banyak babak lucu antaranya ketika masa uji bakat di mana banyak haiwan menyertai uji bakat tersebut dan dari situ banyak haiwan mempersembahkan dengan gaya serta nyanyian yang pelik, gelagat Katak Merah Jambu yang suka pada burung Kakak Tua Putih dan banyak lagi.


Jom kurangkan Berat Badan


Pengajaran yang boleh di dapati dalam movie Rio 2 antaranya pembalasan bagi mereka yang melakukan pembalakan secara haram serta kesan dari aktiviti tersebut yang telah menyebabkan kehilangan habitat haiwan-haiwan lain di hutan Amazon.


Saya bagi 3.8/5 bintang untuk movie Rio 2.