Rasanya sudah lama tidak menonton wayang. Kali ini dengan kesempatan yang ada menonton wayang bersama keluarga. Sebenarnya tidak terfikir untuk menonton wayang pada hari ini tetapi melihat pengumuman bahawa hari ini di mana seluruh kampung tiada elektrik dari 10.00 pagi sehingga 7.00 malam telah menyebabkan kami sekeluarga membuat keputusan untuk pergi menonton wayang bersama-sama.
Dan ini adalah kami pertama juga saya dan juga keluarga menonton wayang di Mahkota Parade kerana sebelum ini kami biasa menonton wayang GSC di Dataran Pahlawan dan juga Aeon Bandaraya Melaka.
Sekali-kala cuba pula wayang lain brand LFS (Lotus Five Star) company dari India kalau tidak Silap. Walaupun LFS Mahkota Parade kecil tetapi sound memang mantap habis sehingga boleh terasa gegarannya di kerusi. Tak rugi menoton wayang di situ.
Sinopsis Movie Rio 2
Filem rio 2 adalah kesinambungan dari filem pertama mengenai percintaan pertama Blu bersama pasangannya Jewel. Rio 2 pula mengisahkan di mana blu yang sudan berkeluarga bersama Jewel serta 3 orang anaknya.
Pada suatu hari, Jewel mahu merantau ke hutan Amazon kerana mereke menyangka bahawa mereka sekeluarga adalah species burung kakak tua biru terakhir namun tanggapan mereka salah kerana ada species mereka di hutan Amazon yang baru ditemui melalui televisyen.
[caption id="attachment_2012" align="aligncenter" width="700"] sumber dari google.com[/caption]
Apabila mereka sudah sampai ke hutan Amazon Jewel telah berjumpa dengan ayahnya setelah berpisah sekian lamanya. Blu yang sudah biasa menetap di bandar agak janggal berada di hutan. Blu terpaksa menyesuaikan diri di hutan Amazom serta bersama puak burung kakak tua biru terutamanya buat ayah Jewel yang agak garang.
Dalam pada masa yang sama, burung kakak tua putih bersama pasukannya berusaha untuk membalas dendam dengan membunuh Blu dan wujud pembalak haram yang cuba memusnahkan tempat mereka.
Dapatkah burung kakak tua putih untuk membalas dendam? Adakah blu bersama puak-puaknya berjaya menumpaskan pembalak haram itu? Apakah taktik yang digunakan bagi menghalang pembalakan haram tersebut? Jangan lupa saksikan di pawagam.
Review Movie Rio 2
Filem animasi penuh babak adventure dan komedi ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Jalan ceritanya tidak terlalu bosan dan lagu-lagu yang diyanyikan dalam movie Rio 2 pula sedap-sedap belaka. Salah satu yang menyumbang suara dalam movie Rio 2 adalah Bruno Mars.
Banyak babak lucu antaranya ketika masa uji bakat di mana banyak haiwan menyertai uji bakat tersebut dan dari situ banyak haiwan mempersembahkan dengan gaya serta nyanyian yang pelik, gelagat Katak Merah Jambu yang suka pada burung Kakak Tua Putih dan banyak lagi.
Pengajaran yang boleh di dapati dalam movie Rio 2 antaranya pembalasan bagi mereka yang melakukan pembalakan secara haram serta kesan dari aktiviti tersebut yang telah menyebabkan kehilangan habitat haiwan-haiwan lain di hutan Amazon.
Saya bagi 3.8/5 bintang untuk movie Rio 2.
43 Comments
AKU DAH 6 TAHUN LEBIH TAK MENONTON WAYANG..
anak buah mesti suka klu dpt tgk nih ...
budak-budak suka kalau tengok filem animasi macam rio 2 ni.
Lama juga tu 6 tahun lebih.
kartun ni mesti tak bosan tengok berulang-ulang, dengar lagu ada rentak ice ace, pengeluar filem yang sama.
Salam singgah dan follow dari segmen Mialiana :D
Lagu-lagu dalam filem ni sedap di dengar.
Macam best je cerita ni. Kena pergi tengok ni...
Belum sempat lagi tgk..fuhh~ nak dgr sore Bruno Mars ;)
org kata rio 2 boring sikit..aku x tgk lagi..tp tering8in gak nak tgk...ada terbaca kat atas "Rio 2 pula mengisahkan di mana blu yang sudan berkeluarga bersama Jewel serta 3 orang anaknya"
x tau pula burung org panggil org..hehehhe
Ada part boring sikit, biasalah ada babak bercakap lebih. haha, ko perasan je aku tulis orang. Sepatutnya ekor, typo.
Kalau anak sis dapat tahu ni sure dia ajak tengok wayang cite ni...sis ni kalau tgok cite cartoon pulak sure tertido dlm panggung..
dah lama tak tengok wayang...cerita paling last tengok pun dah lupa... hahaha...
sungguh lama tak menonton wayang....sejak kebelakangan ini tengok blog sahaja!
bestnye tak sabar nak bawak anak2 gi tengok..Rio haritu tengok kat astro je..best sebab lagu2 kat dlm dia best n karakter byk yg klakar..
Preeclampsia Mengancam Ibu dan Bayi Dalam Kandungan
Hurmmm.....pada aku okey jer part 2 nie.... at least jalan cerita dia ada mesej yang nak disampaikan....tapi part kat Medan Perang lawan bola tu memang cool dan kelakar....
Tak tahu pulak ada cerita ni..kalau bawa anak2 mesti seronok..
aku tunggu movie available kat internet, baru download..hehe
x tengok lagi pun, sebab x tergerak hati nk tengok.. hehhe
singgah menabung downy sini..:)
Sy gambar mcm ni kurang sikit. Action saya on :)
comelnyaaa/// teringin nak tgk!
Kalau tak tgk rio 1 boleh faham tak bila tgk rio2 ni?
entah kenapa tak tgk rio 2 haritu. pegi tgk transendence yg ntah apa2....
nak bawa pipie tgk wayang citer ni tapi dia tanak plak huu
fuhh..gua tak tengok lagi cite nih..
Dah tengok movie pertama tapi kat HBO le...Rasanya ini pun tunggu kluar HBO kot hehe...
Tapi cerita dia memang boleh layan...
meski dah dewasa tetep suka tuh film animasi
Animasi tidak kira usia.:)
Kalau tak tengok Rio 1 pun dah boleh faham dengan jalan cerita RIO 2.
Saya semua tengok janji jalan cerita menarik.
Terima kasih.
Itu kena tunggu 2 atau 3 bulan lagila..haha
INSYA ALLAH, seronok
Part yang bertempur tu memang best kan. hehe
Menonton filem ni, paling best memang kat panggung wayang. Feel dia tak sama macam menonton filem di rumah.
saya dah tengok bila nak review hee..bestlah sangat-sangat
Best sangat citer ni..Hani nak tengok captain amerika tapi disebabkan tiket habis.terpaksa la tengok cte ni..assume yang tak tengok rio1,mesti tak paham rio2..tapi paham walaupun tak tengok rio2..best2..
Dah tengok memang best sangat cerita nie :D
dropped here :) rio2 memng best ! =))
macam best. tapi kena catch up filem pertama dulu sebab tak tengok lagi. hehe..
Kalau tak tengok lagi pun dah boleh faham.
serius...layan tengok RIO 2 ni dulu...aq memang jarang tengok movie animasi macam ni kalau kat wayang...tergerak hati pula nak tengok RIO 2...fuhh...best, puas hati...:D
Filem animasi pun nak kena hati-hati nak pergi tengok. Ada filem animasi memang best dan ada juga membosankan.