Showing posts with label beg. Show all posts
Showing posts with label beg. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Beg dan Pandangan Tentang Speaker Terbaik

Nile - Pada jumaat yang lepas iaitu 21 Mac 2014, nile.com.my ada buat satu promosi selama satu hari iaitu jumaat dengan penghantaran secara percuma di semenanjung Malaysia Mengikut terma dan syarat yang diberikan.


Untuk mendapatkan penghantaran secara percuma ialah dengan pembelian sebanyak RM48 ke atas melalui courier atau pengeposan Gdex sahaja. Selain dari itu akan dikenakan caj.


Sebelum ini, saya pernah beli beg di nile.com.my dan barang yang ditempah pun pantas sampai ke rumah. Beg yang diterima sama seperti apa yang ada pada nile.com.my. Saya memilih beg warna cream. Beg tersebut tahan lasak serta selesa untuk dipakai. Memudahkan saya untuk menyimpan smartphone, passport, powerbank, note dan sebagainya.


20140325_190352


Terbaru, saya beli 2 beg ini untuk kegunaan adik saya. Harga lebih kurang sama dengan beg yang dulu iaitu RM26. Keseluruhan harganya ialah RM52. Penghantaran pula percuma sahaja. 


Itulah gambar beg tersebut yang baru sampai rumah. Kecil dan tidak terlalu besar. Senang untuk dibawa ke mana-mana. Lelaki mahu yang simple sahaja.



Perancangan Mahu Beli Speaker


Beg sudah dibeli sekarang saya ada perancangan mahu membeli speaker jenama Altec Lansing Vs2621 untuk laptop dan kebetulan terjumpa satu laman web yang menawarkan jualan Speaker secara online. Apa lagi, memang terus tempah dan beli. Tapi sayang, speaker tersebut dah kehabisan stok dan bernasib baik company tersebut refund balik duit yang telah dibeli.


Susah sekarang nak cari jenama Altec Lansing. Kebanyakan jenama Altec Lansing sudah kehabisan stok. Nak beli speaker jenama lain takut tak tahan lama.


Mungkin anda ada pandangan tentang jenama speaker lain yang terbaik dan tahan lama. Bajet dalam RM200 ke bawah. Pandangan anda amat dialu-alukan.