Beg dan Pandangan Tentang Speaker Terbaik
Nile - Pada jumaat yang lepas iaitu 21 Mac 2014, nile.com.my ada buat satu promosi selama satu hari iaitu jumaat dengan penghantaran secara percuma di semenanjung Malaysia Mengikut terma dan syarat yang diberikan.
Untuk mendapatkan penghantaran secara percuma ialah dengan pembelian sebanyak RM48 ke atas melalui courier atau pengeposan Gdex sahaja. Selain dari itu akan dikenakan caj.
Sebelum ini, saya pernah beli beg di nile.com.my dan barang yang ditempah pun pantas sampai ke rumah. Beg yang diterima sama seperti apa yang ada pada nile.com.my. Saya memilih beg warna cream. Beg tersebut tahan lasak serta selesa untuk dipakai. Memudahkan saya untuk menyimpan smartphone, passport, powerbank, note dan sebagainya.
Terbaru, saya beli 2 beg ini untuk kegunaan adik saya. Harga lebih kurang sama dengan beg yang dulu iaitu RM26. Keseluruhan harganya ialah RM52. Penghantaran pula percuma sahaja.
Itulah gambar beg tersebut yang baru sampai rumah. Kecil dan tidak terlalu besar. Senang untuk dibawa ke mana-mana. Lelaki mahu yang simple sahaja.
Perancangan Mahu Beli Speaker
Beg sudah dibeli sekarang saya ada perancangan mahu membeli speaker jenama Altec Lansing Vs2621 untuk laptop dan kebetulan terjumpa satu laman web yang menawarkan jualan Speaker secara online. Apa lagi, memang terus tempah dan beli. Tapi sayang, speaker tersebut dah kehabisan stok dan bernasib baik company tersebut refund balik duit yang telah dibeli.
Susah sekarang nak cari jenama Altec Lansing. Kebanyakan jenama Altec Lansing sudah kehabisan stok. Nak beli speaker jenama lain takut tak tahan lama.
Mungkin anda ada pandangan tentang jenama speaker lain yang terbaik dan tahan lama. Bajet dalam RM200 ke bawah. Pandangan anda amat dialu-alukan.
Get notifications from this blog
Kalau betol2 nak beli speaker yang gila-gila power beli yang harga RM500. Tapi saya tak sarankan sebab nanti pecah gegendang telinga. Speaker harga RM200 dah ok tu, standard. Altec Lansing terbaik Bro...
ReplyDeleteBagi saya speaker altec memang berqulity,tak mudah rosak.
ReplyDeletebeli yang tak mudah pecah bunyinya kira ok juga..
ReplyDeleteSpeaker jenama Altec Lansing antara terbaik terutama bunyi Bass boleh mengegar rumah. Saya punya masih berfungsi dengan baik lebih 10 tahun.
ReplyDeletePouch bag tu macam best je. aku punya dah ada 2. tapi semua dah uzur. kena cari baru la nanti. senang nak g mana letak barang
ReplyDeleteAltec dah cukup bagus dengan bajet bro tu.
ReplyDeleteMemang dah ada bajet tapi kat tempat aku tak ada jual brand ni.
ReplyDeleteSenang nak bawa barang-barang kalo ada pouch kecil. Tak adalah tebal poket penuh selalu.
ReplyDeleteRamai yang memberi komen yang positif tentang Altec Lansing. Masalahnya cuma satu sahaja, barang tersebut susah nak dapat. Nak pergi lowyat jauh pula.
ReplyDeletealtec lansing tu jenama kira kukuh juga...
ReplyDeleteAltec mmg terbaik...tp betullah..macam payah skit nak jmpe sekarang ni...hohoho
ReplyDeleteSpeaker 2.1 dengan bajet bawah RM200 pada kebiasaannya mampu menghasilkan kesan bunyi yang mengagumkan. Sekarang ni, kualiti audio dah banyak meningkat. Beza antara satu sama lain pun dah tak banyak.
ReplyDeleteLainlah kalau mahukan speaker 5.1 channel. Jenis ni banyak faktor yang perlu diambil kira sebab citarasa audio tiap individu tak sama. Ada orang suka bunyi bass lebih, ada pula nak bunyi treble dia clean sebab senang nak dengar ceramah or dokumentari. Ada pulak yang suka bunyi midrange perfect.
Tapi kalau inginkan suasana menonton movie seperti di dalam panggung wayang, saya rekomenkan set speaker 5.1 channel. Memang berdentum bunyinya.
assalamualaikum ....salam singgah ke sini blogwalking...:)
ReplyDeletesekarang pun tengah nk cari speaker jugak.. tapi nk cari kedai yg boleh terima BB1M.. tahun lepas kawan saya try boleh... skrg sedang tunggu pc fair je.. heheh
ReplyDeletebro,mana nak cari web site yg jual speaker altec lansing ?..nak beli secara on9 je,yg trusted punya..tq
ReplyDeleteAltec Lansing antara yang terbaik bro...dulu senang la nak jumpa, sekarang ni tak tahu la...
ReplyDeletecuba try website ni techhypermart.com, sebelum beli pastikan hubungi dulu untuk pastikan stok diorang masih ada lagi ke tak. Kadang-kadang kebanyakan website tak update stok diorang.
ReplyDeleteAltec Lansing memang terbaik. Tapi boleh consider jenama Samsung wireless speaker. Bass power jugak..
ReplyDeleteAdehh, kawe speaker laptop pon ok dah. Telinga dah tak power. Tak tahan dengar kuat-kuat :D
ReplyDeleteSpeaker e? mmm... memang takleh nak nafikan ar peformance altec lansing, tapi susah dah nak cari, kalau ada pon tak banyak pilihan+mahal... tapi berdasarkan pemerhatian aku... dah banyak dah brand lain yang boleh tahan mantap... antaranya sonic gear... penah tengok membe adik ipar pakai... pon boleh tahan...
ReplyDeleteAltec lansing memang terbaik. Sonic gear pun tak kurang hebatnya sebab saya pun ada satu jenama ini. Baru berapa hari sahaja dapat saudara kasi. Boleh tahan sedap.
ReplyDeleteya ...saya setuju...Altec Lansing adalah yang terbaik...bunyinya cukup sedap ....dulu saya ada satu set yang berharga RM1K....tapi condenser rosak...nak repair tak boleh sebab tak ramai juruteknik ada sparepartnya...jadi masih simpan lagi dirumah...mana tau kalau ada sesiapa yang boleh repair.
ReplyDelete