Boboiboy The Movie telah pun ditayangkan pada 3 Mac 2015 dan hari pertama movie ditayangkan membe dah book tiket tengok wayang. Punya excited nak tengok boboiboy setelah sekian lama menunggu cerita ni nak kuar kat wayang.
Sinopsis Boboiboy The Movie
Boboiboy bersama rakan-rakannya Gopal, Yaya, Ying dan Fang telah didatangi oleh sekumpulan pemburu paling handal di alam semesta. Sekumpulan tersebut dinamakan Tengkotak yang diketuai oleh Borara.
Geng Tengkotak datang ke bumi dengan satu tujuan ingin mencari Sfera Purba aka Klamkabut untuk merampas kuasa hebat milik Klamkabut.
Pada masa yang sama, Yoyooh dari geng Tengkotak telah merampas Ochobot dari Boboiboy untuk memudahkan lagi pencarian kelamkabut dengan lebih detail yang telah bersembunyi di Bumi.
[caption id="attachment_5404" align="aligncenter" width="640"]
Persoalannya
- Apakah kuasa besar milik Klamkabut sampai Borara ketua Tengkotak teringin sangat nak rampas?
- Dapatkah Boboiboy bersama rakan2xnya menyelamatkan Ochobot dari dipergunakan oleh Geng Tengkotak?
- Selain Bobiboy yang mempunyai kuasa baru, Apakah kuasa baru Gopal, Yaya, Ying dan Fang yang telah di-upgrade?
Nak tahu tu semua kena tengok sendiri Boboiboy The Movie kat wayang.
Suara Latar Karakter
- BoBoiBoy (Nur Fathiah Diaz)
- Yaya (Nur Sarah Alisya)
- Ying (Yap Ee Jean)
- Gopal (Dzubir Mohamed Zakaria)
- Fang (Wong Wai Kay)
- Ochobot (Mohd Fathi Diaz)
- Klamkabot Bora Ra (Azman Zulkiply)
- Gaga Naz (Mohd Hafiz Ashraf)
- Yoyo Oo (Anas Abdul Aziz)
- Kiki Ta, Cici Ko, Papa Zola (Nizam Razak)
- Tok Aba (Anas Abdul Aziz) (BoBoiBoy's Grandpa)
- Adu Du (Anas Abdul Aziz)
- Probe (Anas Abdul Aziz)
- Burgerman (Anas Abdul Aziz)
Review Boboiboy The Movie
Sebagai peminat Boboiboy memang teruja menonton Boboiboy The Movie terbitan Animonsta Studios. Jalan cerita yang sangat menarik begitu juga grafik yang dilihat semakin ke hadapan dan boleh dikatakan hampir setanding dengan animasi tahap antarabangsa.
Movie ni memang sangat sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga dan budak-budak pun senang faham dengan apa yang disampaikan dalam movie ni. Mostly, budak2x akan teruja dengan kuasa2x geng boboiboy.
[caption id="attachment_5408" align="aligncenter" width="640"]
Permulaan movie yang baik dengan aksi pergaduhan Boboiboy bersama perompak kemudian berterusan berhadapan Geng Tengkotak, Sotong Robot dan banyak lagi agak meleret tapi budak2x kisah apa janji dorang suka bab ada power2x ni. :D
Juga permulaan movie ni bila mana Boboiboy keluar rumah untuk berkelah dengan geng lain, landskap atau environment area rumah boboiboy agak nampak suram dan simple. Kelihatan berada dalam satu kawasan sahaja tanpa memperlihatkan tempat yang lain.
Namun, environment mula nampak menarik bila mana berlaku aksi kejar mengejar Boboiboy dengan Perompak.
[caption id="attachment_5409" align="aligncenter" width="640"]
Bab lawak memang tak dapat lari dari movie ni dan salah satu watak yang menceriakan keadaan adalah Papa Zola dan Gopal. Dorang ni memang terbaik kalo bergabung.
Kreativiti idea yang disampaikan dalam movie ni memang terbaik dan serius sangat terhibur dengan jalan cerita Boboiboy yang ada semangat setiakawan walaupun sering mungkir janji untuk berkelah. :D Tapi member tetap no 1.
Bagi 4.5/5 Bintang untuk Boboiboy The Movie. Bagi 4.5 je sebab Bagogo salesmen terhebat takde dalam movie ni. Hahaha :D