Showing posts with label cuti ngeri di vietnam. Show all posts
Showing posts with label cuti ngeri di vietnam. Show all posts

Wednesday, 23 March 2016

Pengalaman Ngeri Di Vietnam Yang Takkan Dilupakan

Saiful Bahari berkongsi pengalaman ngeri di Vietnam pada bulan di Febuary. Dan Hari ini baru berkesempatan untuk dikongsi selepas pulih dari perasaan trauma.


Kejadian berlaku Saiful dan rakan telah diculik, disamun, dan diugut bunuh semasa di sana bertarikh 22/2/2016 - 23/2/2016.




[caption id="attachment_5478" align="aligncenter" width="640"]Pengalaman Ngeri Di Vietnam Yang Takkan Dilupakan Pengalaman Ngeri Di Vietnam[/caption]

Kronologi - Pengalaman Ngeri Di Vietnam


Pada 22/2/2016 jam 10 malam saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandu tersebut telah menculik kami dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Disana telah menunggu 6 orang warga vietnam untuk menyamun/merompak kami.


Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan 4 tingkat. Kami ditempatkan di satu bilik. Mereka telah menyelongkar beg, wallet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit,hp, jam.


Semasa kejadian kami tidak dapat berbuat apa2 kerana diacu pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut untuk membunuh kami setelah diberitahu kami student.


Kami dimasukkan kedalam kenderaan iaitu teksi (menyamar) untuk dibawa ketempat yang tidak diketahui. Apabila diminta utk diturunkan pemandu tersebut berkeras utk tidak menurunkan kami dan memarahi. Takdir menyebelahi apabila kenderaan hadapan telah berhenti dan kami dapat melarikan diri.


Semasa dihotel keadaan tidak terkawal kerana terlalu takut dan trauma. Pada jam 1pagi 23/2/2016 kami telah diburu hingga ke hotel. Dan kami dapat melepaskan diri untuk ke airport bagi menjamin keselamatan nyawa kami.


Pesanan dari Saiful Bahari berhati hatilah semasa di negara orang.


===


Takut pula dengan keadaan di Vietnam sekarang. Dulu masa pergi ke vietnam ALHAMDULILLAH memang takde kes yang menakutkan macam ni. Cuma pesan kalau nak berjalan sakan kat sana make sure jangan naik sembarangan teksi just ambik teksi yang betul-betul ada nama syarikat sendiri atau naik bas. Always alert dengan keadaan sekeliling dan jaga segala document dan duit dengan betul ketika berjalan.