Saturday 26 April 2014

Mee Rebus Tulang Di Restoran ZZ Sup Tulang, Johor Bahru

Pada beberapa hari yang lepas, saya bersama 2 orang rakan lain cuba mencari tempat makanan bagi mengalas perut. Salah seorang daripada rakan saya mencadangkan agar makan ke Restoran ZZ Sup Tulang.

Menurut rakan saya, tempat tersebut sangat terkenal di Johor Bahru kerana Mee Rebus Tulang dan juga pelbagai makanan yang lain yang turut dicampur dengan tulang.

Kami sampai di Restoran tersebut pada waktu malam lebih kurang pukul 11.00 malam. Suasana Restoran pada ketika itu sepi dan tidak terlalu ramai orang.

Tarikan Utama Restoran ZZ : Mee Rebus Tulang


Restoran tersebut ada menawarkan tempat makan dengan cara bersila ataupun makan dengan kerusi. Terpulang mengikut keselesaan pengunjung. Kami mengambil keputusan dengan makan bersila.

Jangan terlalu expect yang tinggi dengan kawasan tersebut yang cantik. Tempat tersebut hanyalah biasa-biasa sahaja yang penting selesa untuk di makan.

Seperti yang dicadangkan oleh rakan saya sebelum ini, saya order Mee Rebus Tulang. Tempahan makanan sangat cepat tanpa perlu menunggu lebih lama.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Itulah dia rupa makanan Mee Rebus Tulang. Lihat sahaja makanan tersebut memang sangat menyelerakan dengan aroma baunya yang menusuk ke hidung.

Dalam Mee tersebut menyediakan 2 tulang sederhana besar. Rasa mee rebus Tulang tersebut memang sangat sedap dengan kuahnya yang pekat dan straw disediakan bagi memudahkan menyedut lubang tulang yang mempunyai sisa daging di dalamnya.

Tempat Restoran ZZ Sup Tulang agak tersorok sedikit tetapi tidak susah untuk mencari restoran tersebut bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar Johor Bahru. Tempat tersebut berada di belakang Masjid Abu Bakar dan Maahad Johor.

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am

Tidak dapat ambil gambar banner restoran tersebut kerana keadaan pada waktu itu malam dan tidak nampak kalau di ambil gambar walaupun disertakan dengan flash.

Makanan lain seperti makanan barat dengan chicken shop dan sebagainya turut disediakan. Pelbagai makanan ada disediakan cumanya istimewa pada restoran tersebut adalah makanannya seperti Mee bandung, Mee Rebus dan Sup yang dicampur dengan tulang. Kemudahan lain seperti tandas dan parking kereta juga disediakan.

Untuk review lain berkenaan dengan restoran tersebut boleh layari blog Myselera.com dengan lebih terperinci.

61 Comments

kalau turun JB boleh pekena ni, memang nampak sedap sangat-sangat.

Wow, tulangnya, memang ikhlas saiz tulang yang dihidangkan. :)

mee rebus aku makan, tapi kalau ada bab bab tulang ni aku x makan, hehhee

Sedap ini,saya baru sekali je makan.

perghhh tengok je dah terliur ni
take note tempat ni kalu sampai sana..

Kalau tengok gambarnya pun dah terliur, agak2 kalau depan mata dengan aroma baunya mesti lagi meleleh. Harga ok ke bro?

Memang tempat fav sis ni kalau turun JB. Siap bungkus bawak balik kl lagi tau...hehehehe memang sodappp

jauh tu bungkus dari JB ke KL. haha. Janji sedap.

Memang meleleh. Lupa nak mention harga, Harga mee rebus Tulang - RM 9

Memang terliur sampai makan 2 kali datang tempat ni.

Kalau berkelapangan boleh singgah sana.

Wow, nampak sangat sedap. Zumal memang suka mee rebus ni :)

Wah sedapnya, dah terbayang-bayang ni

Teramatlah sedapnya sehingga menjilat jari

Mee rebus kt jaybee mmg terbaek..bulan lepas sy ade mkn di sana..nama kedai xingat..tepi laut..sedappp giler wlaupun sy mkn kuah je..

Risiko Anemia Semasa Mengandung

Fuhh.. selera tengok. Kena singgah klu turun JB ni.. thanks sharing Bahrain.. :)

Perghh.. kawe terus lapar. Buat teringat zaman bebudak dulu, asyik lepak kedai sate lepas abis skul. Tak makan sate tapi mee rebus loo... Mee rebus Muo' ooo power giler!

Kalau ke selatan tanah air bolehlah cari.

Tepi laut mesti sedap tu. hehe

Kalau ke JB memang kena singgah.

Mee rebus Muo dengan Mee bandung Muoo memang power habis, Kena tengok tempatnya juga.

wah tgk gmbr pun dah tau sedap ni, kalau singgah johor bolehla cuba nanti

First time dengar mee rebus tulang ni. Pergh!!! Menyelerakan.. Meleleh air liur ni.

Nampak macam menyelerakan je nihhh

salah satu kedai favorite aku ni..

agak unik menu ni... teruja nak try

nyesal buka entri ni..terus aku rasa lapar....woha...

One day bila sampai ke JB, kena singgah restoran nie ! hehe

Ok, memang terliur tengok ke gambar..
alahai teringin plak tp mee kena pantang dulu :D

nampak sedap je ni...tak pernah cuba...boleh try ni nanti kalau turun JB..:D

Jemput rasa nanti kalau pergi jb nanti.

yummylicious... menyelerakan je nampak... buat terliur je... hehe...

Tu dia mee rebus tulang yang kaw kaw di Johor Bharu.. Memang terbaik la :D
Insyallah kalau pi sana tak akan lupa nak cari.. tengok gambar dah terliur ni huhuuu thanks kongsi huhuuu.. aduh lapar :P

sedapnya, dahla tengah puasa ni. hiiii

kan. hehe, memang sedap ni, sekali rasa pasti nak lagi. harga pun berpatutan.

Assalammualaikum... bahrain,

sedap mee rebus tulang nie di restoran zz... mselim3 dah byk kali makan kat restoran nie. Malah restoran nie terkenal di kalangan artis, ada artis yang datang makan kat sini antara linda onn dll artis. Mselim3 selalu gi sini sebab dekat dengan tempat kerja... hehehe .

mselim3

pls: mselim3 kan kat Johor...

Waalaikumussalam.

ye ke? kalau dekat dengan tempat kerja memang selalu pergi makan kat sini. Makanan pun sedap.

INi kalau dah sampai JB tak sah kalau tak singgah.

Tulang memang tambahkan kelazatan sup dan masakan.

Terbuka selera teringatkan kesedapannya

Sedapnya, antara menu kegemaran ni :)

Memang sedap, tulangnya tu lagi sedap.

sedap betul lihat kuah tuh mie,cocok buat makan siang

Saudara Bahrain lepas ni x payah nak g jb lagi sebab kat uptown Dengkil pun ada gak mee rebus tulang ni.hehe

Owh, ye ker? dekat dengan tempat saya sekarang, boleh la terjah ke sana pula :D Thanks saudara Abun.

wah, sodap ni, klu lalu, bleh la denkomen try :D

Memang sangat sedap dan puas hati dengan mee rebus yang dihidangkan.

Try nasi goreng usa.
Skali dpt nasi goreng xde bahan, hotdog 1, telor mata 1, udang kecik 3 ketul.
Harga rm6.50.
Ikut hati nk blah je trus

kalau tengok masakan macam ini diet jadi terlupa

mmhhh.. kuah kental tersa menggoyangkan lidah tuk ajak makan ..

Wahh mcm best jee. Kena try jgk klau g jb ni

look delicious....kalau makan tu nak pasti nambah. :D

nampak lezat sekali masaknnya... gambarnya pula bagus nian

nice sehare saya sangat suka makanan lejat

mnakasih mas atas semua beritanya,,, ini makanan uenaaak tenan

hmmm....dari pic nya tampak sekali yummyyyy.....

Sama-sama sedap mee rebus Hj Wahid dan ZZ sup tulang JB

[…] ini pernah review pasal restoran ini.. Boleh rujuk di [SINI] Serius rasa memang padu dan kena try sendiri rasanya macam mana… rugi kalau tak cuba. Antara […]