Sejak berjauhan dari rumah, hati tiba-tiba rindu dengan suasana rumah di kampung, ibu bapa dan yang paling penting dua (2) kucing kesayangan yang diberi nama kuning (jantan) dan Kitty (Betina). Tapi saya sayang lebih kuning dari kitty sebab manja dan senang hendak dipeluk dan dibelai.
Gaya Kucing yang Hot
[caption id="attachment_2845" align="aligncenter" width="700"]
Mula-mula masa tak berapa minat dengan kucing tapi bila dah bela dua ekor kucing barulah tau perasaan bila ada kucing. Time stress bila tengok muka kucing hati jadi tenang malah semua stress dapat diselesaikan dengan segera.
Masa kecil memang banyak ragam lebih kurang sama macam bayi cuna kucing ni tak pakai pampers so berak memang merata-ratalah. Bila dah 2 atau 3 bulan lebih baru ajar buang air kecik dan besar di tempat yang betul. Dari situ, tiada lagi kencing dan berak merata-rata kalau tidak bau busuk menyelubungi satu rumah.
Tak banyak karenah nak jaga kucing apabila dah besar cuma jaga makan sahaja dan kalau ada masa yang terluang bermain dengan kucing di halaman rumah.
[caption id="attachment_2844" align="aligncenter" width="700"]
Tak Banyak Ragam
Kuning lebih senang dibelai berbanding kitty. Kitty apabila dipeluk sahaja sudah menjerit sana-sini minta dilepaskan. kalau tidak dilepaskan mulalah kitty akan mengigit tangan si pemegang.
Kuning dan kitty kalau lapar, time tu pula saya tengah tidur memang digigit kaki saya secara manja supaya dapat memberinya makan. Cuma masalahnya bila nak mandi masih lagi meraung walaupun menggunakan air suam.
Saya cuma cemburu dengan kucing walaupun bulu badan sentiasa tercabut sana-sini tapi tetap tidak botak tapi kalau rambut saya kalau tercabut sikit susah benar mahu tumbuh balik dengan lebat. Makin botak jadinya. ;)
Setakat ini kesihatan kuning dan kitty tak ada masalah sentiasa sihat dan cergas.
Setakat ini saya dah bela kucing hampir lebih dari 10 ekor, ada yang saya terpaksa buang, ada yang kena langgar kereta dan ada juga hilang entah ke mana. Di harap dua (2) ekor yang terkini tidak hilang melarikan diri dan tak mati kena langgar, kalau boleh mati biarlah kerana tuanya. Saya Pencinta Kucing.