Rindu Kucing Kesayangan Paling Manja - adarain

Sunday, 7 September 2014

Rindu Kucing Kesayangan Paling Manja

Sejak berjauhan dari rumah, hati tiba-tiba rindu dengan suasana rumah di kampung, ibu bapa dan yang paling penting dua (2) kucing kesayangan yang diberi nama kuning (jantan) dan Kitty (Betina). Tapi saya sayang lebih kuning dari kitty sebab manja dan senang hendak dipeluk dan dibelai.



Gaya Kucing yang Hot


[caption id="attachment_2845" align="aligncenter" width="700"]Rindu Kucing Kesayangan Paling Manja gaya model yang hot[/caption]

Mula-mula masa tak berapa minat dengan kucing tapi bila dah bela dua ekor kucing barulah tau perasaan bila ada kucing. Time stress bila tengok muka kucing hati jadi tenang malah semua stress dapat diselesaikan dengan segera.


Masa kecil memang banyak ragam lebih kurang sama macam bayi cuna kucing ni tak pakai pampers so berak memang merata-ratalah. Bila dah 2 atau 3 bulan lebih baru ajar buang air kecik dan besar di tempat yang betul. Dari situ, tiada lagi kencing dan berak merata-rata kalau tidak bau busuk menyelubungi satu rumah.


Tak banyak karenah nak jaga kucing apabila dah besar cuma jaga makan sahaja dan kalau ada masa yang terluang bermain dengan kucing di halaman rumah.




[caption id="attachment_2844" align="aligncenter" width="700"]Rindu Kucing Kesayangan Paling Manja kitty tiada dalam gambar sebab jarang ambil gambar kitty[/caption]

Tak Banyak Ragam


Kuning lebih senang dibelai berbanding kitty. Kitty apabila dipeluk sahaja sudah menjerit sana-sini minta dilepaskan. kalau tidak dilepaskan mulalah kitty akan mengigit tangan si pemegang.


Kuning dan kitty kalau lapar, time tu pula saya tengah tidur memang digigit kaki saya secara manja supaya dapat memberinya makan.  Cuma masalahnya bila nak mandi masih lagi meraung walaupun menggunakan air suam.


Saya cuma cemburu dengan kucing walaupun bulu badan sentiasa tercabut sana-sini tapi tetap tidak botak tapi kalau rambut saya kalau tercabut sikit susah benar mahu tumbuh balik dengan lebat. Makin botak jadinya. ;)


Setakat ini kesihatan kuning dan kitty tak ada masalah sentiasa sihat dan cergas.


Rindu Kucing Kesayangan Paling Manja


Setakat ini saya dah bela kucing hampir lebih dari 10 ekor, ada yang saya terpaksa buang, ada yang kena langgar kereta dan ada juga hilang entah ke mana. Di harap dua (2) ekor yang terkini tidak hilang melarikan diri dan tak mati kena langgar, kalau boleh mati biarlah kerana tuanya. Saya Pencinta Kucing.

Comments

39 komentar

saya pun bela kucing masa kecik2 dulu, nama usah cakaplah macam2 ada hehe

saya suka kucing tapi saya taknak bela.. huhu apa daa

ANAK AKU MINAT SANGAT DENGAN KUCING.. TAPI AKU TAK PELIHARA KUCING.. AKU TAKDE ILMU BAGAIMANA NAK OPELIHARA KUCING.. TAKUT NANTI, KUCING SAKIT PON AKU TAK TAU..

saya pencinta kucing juga.kucing saya warna oren juga tp comot.sebab asik bergaduh saja.hihi...

kucing kalau sudah dipelihara akan setia

Agaknay dia majuk sebab tuannya pergi jalan jauh tak kasi tahu dia siang-siang heee

agaknya kucing betina mmg semulajadi sifatnya garang dan tak suka manja2 kot. terbalik plak dgn manusia. yg pompuan la yg manja. hensem kucing awk yg nama kuning ni. hehehe.

saya pun sukakan kucing to x leh nak bela

Kucing comel. Den ni kalau setakat belai-belai tu boleh la. Nak jaga memang tak larat. Haha.

Nama kucing macam-macam kadang-kadang letak nama artis barat. heheh

Ada orang suka dengan kucing tapi tak suka bela mungkin tiada masa nak bela

Kucing ni senang je nak beli kasi makan dan main dengan dia je. :D

ada masa kucing memang suka cari gadoh. Yang tak boleh tahan kalau ada luka-luka kat badan, rasa kesian tengok.

Memang akan setia kalau kita jaga dia dengan betul-betul

Itulah agaknya, mungkin dulu pernah buat dia sakit hati tu yang merajuk merantau tempat lain cari tuan baru.

agaknya la kan. memang macam tu kot rasanya..

Sebab terlalu ramai, cukupla bela 2 ekor.

hahaha, ikut kemampuan seseorang.

pandai betul hang ambil gambar nih..

den malas nak bg nama kucing.. bagi nama kat kucing yang den jaga je. yg lain den xde pangil nama huhu

ni den dengar parent den nak jual anak kucing den.. huhu

terer betul kucing posing2 ye...macam tahu2 je nak ambik gambar dia...hee

Comelnye semua kucing tu. Saya anak beranak minat dan suka kucing..tp semua tinggal kat kampung.. :)

Aku suka kucing tapi nak bela tu belum berdaya lagi. Yela nak menguruskan kucing tu pun satu kerja juga. Mungkin satu hari nanti.

Untung dapat kucing yang tak banyak kerenah huhu

Bela kucing ni masa kecik memang agak leceh nak bela..banyak benda yang perlu diajar dan dilatih..bila dah besar, senang sikit..

kami kat rumah ni sedang sibuk sekarang
ada 7 ekor anak kucing baru lahir
2 ibu

as salam tuan tanah..
tahniah anda ada blog yg banyak info
anak akak pun sangat sayangkan kucing

jemput blogworking..tq

Waalaikumussalam,sekadar info picisan je.
INSYA ALLAH kan singgah ke sana pula. :D

Terlalu ramai terpaksa buang.

Comelnya si kuning ni! pandai pula tu pose hehe :)

Baru-baru ni 2 ekor mati entah kerana penyakit apa. Tinggal lah 9 ekor jer sekarang ni...

Saya dulu memang x gemar dengan kucing...saya rasa geli. Tapi x tau mcm mana, tiba2 jadi suka dgn kucing....ni adik bongsu punya angkara la ni....(salahkan org pula kannnn!) hiiiiii

Rasanya dh bela kucing dkt 10 ekor tapi tak tau mana silapnya, lepas 3 tahun biasanya kucing ni akan luka di leher dia...macam kena patuk ular ke apa ke saya pun x pasti. Bagi ubat...dh tu baik...dh tu balik rumah 2 hari sekali...dh tu mesti x de balik langsung dah...tau2 jumpa dh mati. Dh tu bila jumpa bangkai dorg dkt tempat2 yg tersembunyi...mcm dlm kebun tp jauh nun dekat penjuru kebun...

Sekarang dh x bela...mak rasa serik pula...bila dh sayang2 kucing2 tu sume mcm tu endingnya. Tp yg paling best tu...kucing2 yg kami bela semuanya warna kuning mcm dkt entry ni la....kami pun panggil kucing2 kami dengan panggilan kuning.

Sekarang....makcik pula yg sonok bela kucing..tp kucing siam + kucing kacuk la...ada dkt 40 ekor dkt rumah dia....siap ada yg dh dijual lagi...

Saya pun pernah kehilangan kucing ada yang mati kena langgar dan ada yang hilang entah ke mana. Kalau musim mengawan, memang takkan balik rumah untuk tempoh masa yang lama.

Dan sekarang 2 kucing ada kat rumah. Dua kucing tu saya 'kasi' sebab tak nak dia berak merata-rata kat jiran dan beranak. Tak sampai nak buanga anak dia nnti kalau banyak sangat. lagi satu, supaya dia stay sahaja kat rumah.

Kenapa ada yang dibuang bro?

Terlalu ramai untuk dijaga, nak tak nak memang kena buang.

Comelnya kucing nie...bersih dan sihat

Tapi sayang dah takde. sob3x :(


EmoticonEmoticon