Saya andaikan semua sudah tahu apa itu flickr? Flickr yang berfungsi sebagai penyimpanan gambar dan video sehingga 1 Terabyte telah melakukan kemaskini layout flickr baru-baru ini. Sampaikan saya sendiri pun tidak perasan.
Sebenarnya saya sedikit terkejut dan terkial-kial untuk mendapatkan url gambar dari flickr yang sedikit berubah dari sebelumnya. Maklumalah, saya dah lama tak guna perkhidmatan Flickr setelah dibiarkan lama. Lama juga saya mencari macam mana nak dapatkan url gambar melalui flickr. Hampir sekitar 10 minit lebih juga saya mencari dengan penuh teliti. Godek punya godek, barulah jumpa url gambar dari flickr.
Untuk mengetahui langkah penjimatan bandwidth gambar melalui flickr terdahulu dengan lebih mendalam boleh layari di blog kujie.com
Langkah Mendapatkan Url Gambar Melalui Flickr
Berikut adalah beberapa sedikit perubahan yang perlu dilakukan bagi memasukkan serta mendapatkan url gambar Flickr ke dalam wordpress.
Sebelum itu, klik pada Photostream dan pilih serta klik gambar yang anda minat untuk dimasukkan ke dalam blog anda. Kemudian, klik pada butang 3 seperti gambar di bawah.
[caption id="" align="aligncenter" width="640"]

Apabila sudah klik, akan keluar seperti gambar di bawah. Anda hanya perlu klik Download/ All sizes untuk mendapatkan Url gambar.
[caption id="" align="aligncenter" width="640"]

Kemudian muncul seperti gambar di bawah. Anda hanya perlu pilih size gambar yang anda rasa suit pada blog anda. Contoh, saya ambil gambar size medium dan klik pada mouse anda di bahagian kanan. Selepas itu klik copy link address ataupun Copy Image Location
[caption id="" align="aligncenter" width="640"]

Selesai copy url, pastekan sahaja url tersebut pada wordpress dan akan mucul gambar yang anda pilih sebelum ini.
[caption id="" align="aligncenter" width="640"]

Perkara ini tidak terhad pada wordpress sahaja malah url gambar boleh dilakukan pada blogger. Salah satu kelebihan pada platform Blogger ialah mereka tidak perlu risau dengan limit bandwidth. Tiada limit dikenakan pada mereka.
Maka, jarang sekali blogger melakukan copy paste url gambar melainkan upload secara langsung dalam blogger. Mudah dan tidak memerlukan cara-cara lain yang sedikit merumitkan.
Semoga bermanfaat untuk anda semua.