Selalunya bila saya nak serapan makan nasi lemak, saya akan berserapan di luar sebab ada satu kedai ni sambal nasi lemak memang sedap dan manis pula tu. Memang tepat dengan citarasa saya.
Lawak Antara Lontong Dan Telur
Kebetulan pula, sedang saya makan nasi lemak dengan khusyuk. Tiba-tiba saya terdengar perbualan di antara pak cik dengan penjual berhampiran kaunter seperti ini:
Pak Cik : Assalamualaikum, macam mana saya punya lontong, Dah siap belum?
Penjual : Waalaikumussalam, lontong dah siap. Ada telur tak?
Pak cik : Telur siapa kak? saya punya memang ada telor, ada 2 lagi.
Penjual : (Ketawa berdekah-dekah hingga tak terkata-kata)
Pak cik : Betulkan kak? akak tanya saya ada telor, mestilah saya ada telur. (turut ketawa sekali)
Penjual : Taklah, maksud akak, lontong tu ada minta telor tak? hahaha ( sambil ketawa berdekah-dekah)
Pak Cik : Owhh, cakaplah lontong ni ada telur ke tak?. haha,(ketawa lagi) a'ah, saya ada mintak telur. Berapa kak?
Penjual : Dua bungkus RM4.00 je.
Selepas mengambil 2 bungkus lontong, pak cik tersebut terus berlalu pergi sambil mengucap terima kasih kepada penjual tadi.
![]() |
Sekadar gambar hiasang AI |
Tapi bila difikirkan balik, betul juga apa yang dicakapkan pak cik tu. Kebanyakkan penjual mesti akan cakap ada telur tak? Tak kiralah nasi lemak atau lontong. Sepatutnya penjual mesti cakap macam ni, lontong tu ada minta letak telur tak? Sampai sekarang saya masih teringat lagi jawapan pak cik yang selamba itu. Bila teringat lawak lontong dan telur, buat saya ketawa macam orang gila.