Lawak Antara Lontong Dan Telur - adarain

Monday, 5 May 2014

Lawak Antara Lontong Dan Telur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Selalunya bila saya nak serapan makan nasi lemak, saya akan berserapan di luar sebab ada satu kedai ni sambal nasi lemak memang sedap dan manis pula tu. Memang tepat dengan citarasa saya.



Lawak Antara Lontong Dan Telur


Kebetulan pula, sedang saya makan nasi lemak dengan khusyuk. Tiba-tiba saya terdengar perbualan di antara pak cik dengan penjual berhampiran kaunter seperti ini:
Pak Cik : Assalamualaikum, macam mana saya punya lontong, Dah siap belum?

Penjual : Waalaikumussalam, lontong dah siap. Ada telur tak?

Pak cik : Telur siapa kak? saya punya memang ada telor, ada 2 lagi.

Penjual : (Ketawa berdekah-dekah hingga tak terkata-kata)

Pak cik : Betulkan kak? akak tanya saya ada telor, mestilah saya ada telur. (turut ketawa sekali)

Penjual : Taklah, maksud akak, lontong tu ada minta telor tak? hahaha ( sambil ketawa berdekah-dekah)

Pak Cik : Owhh, cakaplah lontong ni ada telur ke tak?. haha,(ketawa lagi)  a'ah, saya ada mintak telur. Berapa kak?

Penjual : Dua bungkus RM4.00 je.

Selepas mengambil 2 bungkus lontong, pak cik tersebut terus berlalu pergi sambil mengucap terima kasih kepada penjual tadi.

[caption id="attachment_2102" align="aligncenter" width="700"]Lawak Antara Lontong Dan Telur Sekadar gambar hiasan. Sumber gambar dari http://e-tho-anoi.blogspot.com[/caption]

Masa perbualan berlaku, penjual dengan pekerja lain ketawa berdekah-dekah sampai terkeluar air mata dibuatnya. Memang riuh satu kedai masa itu. Saya pun masa itu turut ketawa sambil toleh belakang tempat kejadian sampai tak termakan nasi lemak disebabkan lawak yang dibuat oleh pak cik tadi. Memang selamba pak cik beri jawapannya yang sporting.


Tapi bila difikirkan balik, betul juga apa yang dicakapkan pak cik tu. Kebanyakkan penjual mesti akan cakap ada telur tak? Tak kiralah nasi lemak atau lontong. Sepatutnya penjual mesti cakap macam ni, lontong tu ada minta letak telur tak? Sampai sekarang saya masih teringat lagi jawapan pak cik yang selamba itu. Bila teringat lawak lontong dan telur, buat saya ketawa macam orang gila.

Comments

51 komentar

Kelabu asap punya jokes. Haha. Selalu geng-geng veteran ni punya lawak memang lain macam sikit pesenya.

lawak dari otai, mesti selamba je pakcik tu, orang banyak pengalaman...heee.

amboi pakcik tu...sakan dia buat lawak..hahahaha :P

Orang otai memang selamba, lawaknya pun ada benar juga.

lawak Veteran memang mantap.

Ni lawak2 taraf otai and keatas ni hehehehe gila lah kalau lawak mcm tu depan org ramai hehehe malu siot...

Kalau otai yang melawak macam tu mesti jadi kelakar, cer budak2 muda buat lawak macam tu...mau dikatakan gatal@ tak sopan. Itulah bezanya dua generasi... Antara pengalaman dan baru nak cari pengalaman.

penjual tu.. laki @ wanita.

Cuba baca betul-betul baca perbualan, kalau baca betul-betul mesti dah tau sama ada penjual ni wanita @ lelaki. :)

sebut pasal menu ini ia salah satu makanan kegemaran saya heee

pak cik ni nak ngurat le nih...

Hehehe...telur pakcik ada dua biji?

Lawak otai mmg kelakarlah... mmg akan teringat2 punya lawak mcm tu.. :D :D

dah biasa dah dengan jawapan gini.... gurau2 senda... kih3

Memang gelak nak perut la kalau zumal pun ada kat tempat tu :))

biasa la tu.. modal nk melawak paling mudah, kalau tanya bab telur, sbb ada 2 maksud.. ehhehe

berkawan ngn geng veteren ni..mmg gitulah..kelabu asap punya lawak..hahahhaa

akak tu sporting layan...hahaha

pakcik ni mesti muka selamba jer...hahahhaa

akupun rasa nak tergelak...hahahaha

Terliur nya tengok lontong tu.

Hmmm.. apa maksud lawak tu. Boleh jelaskan? adehhh...

hahaha..aku kalau hari minggu, pegi muar breakfast makan satay ngan lontong..letak telur lagi sedap.

Kat muar memang kalau tak makan satay memang tak sah. hahaha

haha, lawak pak cik sebut telur tang lelaki punya :)

Memang selamba je pak cik tu bagi respond. akak tu pula memang sporting layang je karenah pak cik tu.

Lontong mana-mana memang sedap :)

Bolehlah dijadikan modal lawak dalam maharaja lawak nanti. :)

Pelanggan yang kat sana pun ketawa sebab pak cik tu cakap kuat. hahaha

2 biji ke dua buah. haha

lontong makanan kegemaran saya..sekian..isu pakcik tu segan nak komen (taip sambil totop mata) ;P

Ramai yang gemar makan lontong ni.

spontan je pakcik tu buat lawak,,hohho, lama x makan lontong tringin la pulak..

Hahaha...mujur tak bersembur je nasi tu..

lawak pakcik tu memang selambe. kalau akak yg jadi penjual tu dah tersipu kat situ. heheh.

Hanya boleh tertawa,H H H H

mana ..mana nak juga buat lontong ni heee

buleh dable mining jadinya..ahaha

haha...kalau la aku ada kat situ masa tu...tengah makan...memang tersembur la...HAHA...patutnya soalan penjual tu kena lebih spesifik...jangan tanya macam tu lain kali...ada maksud berbeza...HAHA...

Sedapnya lontong.. lama dah tak makan. Susah nak dapat benda ni kalau tak buat sendiri

okeh. lawak itu memang padu dan maut.

jangan ketawa sampai jadi orang gila..
bahaya tu

Heheheh... adeh.. bab-bab ni laju je otak pikir..

Kebiasaan lawak dewasa memang ada unsur macam ni.

Biasalah lawak orang dewasa ..haha

kikiki ....kita golongan muda remaja susah nak tangkap lawak veteran..hehehee

jom makan... dah lama tak pekena lontong nih..hehe

If financial nesds analysis you live near Dallas and have
tax problems, eliminating or reducingyour penalties and helpiing
you qualify for a waiver uunder section 6654e3.
These attorneys can help with these problems and make life easier
for many people. Whatever the matter, if it will worsen when ignored,
better gget financial needs analysis yyourself an advantageous result, it is their
duhty to wodk on the probable reduction of their clients'
penalties.

I Liabilioty aas to Sheila Nipper Mrs. I am not saying that
the tax lin bbe perfected by a filing of the return 50 days after herr death in Octoober 1999.
Here, however, should tax attorney April 15th fall on a holiday or
a weekend you're expected to return them on the following business day.
Commissioner, TC Memo 2012-131, Codde tax attforney Secs 6330.
Accordinhg tto petitioner, he was under an" induuced dementia" and as a resul of joining [HBH].


EmoticonEmoticon