Showing posts with label makanan laut. Show all posts
Showing posts with label makanan laut. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

Restaurant Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish Market : Sebelum tengok movie Chappie di Alamanda sempat makan kat Paragon Mall, Seremban. First time singgah kat Paragon Mall sebab sebelum ini lalu tengok hanyalah sebuah bangunan buruk yang sudah terbengkalai lama.


Sekejap masa berlalu dari bangunan buruk jadi cantik.


Tak berapa pasti bila Paragon Mall sudah mula dibuka yang pastinya tempat tersebut dah mula meriah dengan ada pelbagai kedai yang dibuka juga ada Wayang kat situ. Saingan sengit untuk Terminal 1 dan Pasaraya yang lain.



Makan di The Manhattan Fish Market


Dekorasi The Manhattan Fish Market kat Paragon Mall memang cantik, kemas dan nampak mewah.


The Manhattan Fish Market


Menu pun banyak pilihan dan kebanyakkan menu adalah berasaskan makanan laut dan ikan. Harga memang mahal.




[caption id="attachment_3603" align="aligncenter" width="700"]Restaurant The Manhattan Fish Market Manhattan Flaming Seafood Platter (ada udang, ikan, kerang goreng, kentang goreng)[/caption]

[caption id="attachment_3604" align="aligncenter" width="700"]Restaurant The Manhattan Fish Market Manhattan Star Platter (lebih kurang sama macam atas cuma tak ada kentang goreng)[/caption]

Makanan untuk 1 menu kat atas boleh makan 2 orang, jadi order 2 menu boleh makan 4 orang. Port memang banyak boleh kenyang makan semua ni.


Di sebalik lauk-lauk yang kat atas tu dibawahnya ada nasi separuh. Memang kenyanglah makan nasi dengan lauk yang banyak macam tu.


Air minuman macam biasa ice lemon tea

Restaurant The Manhattan Fish Market

Nak tahu pasal restaurant The Manhattan Fish Market boleh klik [DISINI]