The Manhattan Fish Market : Sebelum tengok movie Chappie di Alamanda sempat makan kat Paragon Mall, Seremban. First time singgah kat Paragon Mall sebab sebelum ini lalu tengok hanyalah sebuah bangunan buruk yang sudah terbengkalai lama.
Sekejap masa berlalu dari bangunan buruk jadi cantik.
Tak berapa pasti bila Paragon Mall sudah mula dibuka yang pastinya tempat tersebut dah mula meriah dengan ada pelbagai kedai yang dibuka juga ada Wayang kat situ. Saingan sengit untuk Terminal 1 dan Pasaraya yang lain.
Makan di The Manhattan Fish Market
Dekorasi The Manhattan Fish Market kat Paragon Mall memang cantik, kemas dan nampak mewah.
Menu pun banyak pilihan dan kebanyakkan menu adalah berasaskan makanan laut dan ikan. Harga memang mahal.
[caption id="attachment_3603" align="aligncenter" width="700"] Manhattan Flaming Seafood Platter (ada udang, ikan, kerang goreng, kentang goreng)[/caption]
[caption id="attachment_3604" align="aligncenter" width="700"] Manhattan Star Platter (lebih kurang sama macam atas cuma tak ada kentang goreng)[/caption]
Makanan untuk 1 menu kat atas boleh makan 2 orang, jadi order 2 menu boleh makan 4 orang. Port memang banyak boleh kenyang makan semua ni.
Di sebalik lauk-lauk yang kat atas tu dibawahnya ada nasi separuh. Memang kenyanglah makan nasi dengan lauk yang banyak macam tu.
Air minuman macam biasa ice lemon tea
Nak tahu pasal restaurant The Manhattan Fish Market boleh klik [DISINI]
25 Comments
mak aihh sedapnya seafood tu.. mesti portion besar yer.. akak tak penah makan kat situ
minat juga mkn sini dulu2. lama dah x pi
Kak Yong belum berkesempatan untuk cuba makan di restoran manhattan ni. Intai-intai menu sudahlah. Tapi tak sure nak pilih yang mana
Teringin nak makan kat sini. nani lah datang bawak anak-anak.
Boleh tahan juga makanan di restoran ini. InsyaAllah nak cuba jugalah
Baru makan di sana jumaat minggu lepas
ambil juga starplatter tu
Oklah. Sekali sekala makan
Makan dengan suami. Itu pun nyaris tak habis. Kenyang sungguh
Di Seremban ada restoran macam ni, dah kira menarik ni. Dah macam dalam filem pun ada, stylo.
Ani suka Manhattan Fich & Chips nya Ikan Dory dia, sedap .
Kena dengan selera Ani :D
tryla makan sana portion memang besar. :D
sedapkan makan kat situ. hehe :D
Dah intai-intai tu try makan nanti. haha
fuyoo~~. dah ada anak-anak sekarang. bawak la nnti. haha
nampak sedap mahal ke makana yang pesan tu berpa rm semuanya
SUKA TENGOK MEJA DAN KERUSINYA.. SIMPLE.
makanan semua dalam RM150+. mahal biasalah makanan seafood.
mantap sekali..asli langsung laper lihat makanan lautnya..
yummy bangetz kayaknya sob
bila kah masa yang sesuai untuk saya pergi ke sana..
Kalau ada masa lapang dan nak celebrate ke or teringin nak makan seafood bolehlah pergi sana. :D
Best kan mkn situ..portion besr..konfirm kenyang..hehe
memang best makan situ :D
ooo sdap2.. byknya mkn..
Sudah lama juga tak menjengah ke restoran manhattan ni..
Nampak sedap. Tak pernah makan lagi di Manhattan. Menu dia nampak lebih kurang sama dengan Sydney Fish Market
kalau makang kat sini..aku makan yang lauk ikan tu je. yang pedas sikit tu.
wahhh tngok gmbar pun dah kenyang. klau makan msti lapar haha. bestnyaa