Showing posts with label melanggar etika penulisan. Show all posts
Showing posts with label melanggar etika penulisan. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Jangan Mengambil Kesempatan

Apa yang dimaksudkan dengan mengambil kesempatan? Adakah mengambil kesempatan bermaksud jangan lepaskan peluang? Atau jangan abaikan kesempatan yang ada? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengambil kesempatan? Apa yang masyarakat sekarang faham dengan istilah mengambil faham?
Banyak pula soalan

Bagi aku sendiri, mengambil kesempatan bermaksud menggunakan peluang yang orang berikan dengan tujuan menyenangkan diri sendiri. Kita boleh sahaja menggunakan peluang yang diberikan oleh sesiapa sahaja tetapi biarlah peluang itu tak menyusahkan mana-mana pihak.

[caption id="attachment_655" align="aligncenter" width="480"]Jangan Mengambil Kesempatan Anak ayam mengambil kesempatan bermain dengan arnab.
Sumber gambar dari google.com[/caption]

Pengalaman Rakan Mengambil kesempatan


Bila bercakap tentang sikap mengambil kesempatan ni, aku teringat akan beberapa orang rakan yang pernah mengambil ke atas aku untuk menyenangkan diri diorang sahaja. Berkenaan dengan pinjam-meminjam laptop atau dalam bahasa melayu nya kita sebut komputer riba tapi jarang orang melayu sebut komputer riba, hebat english katakan. Masa aku mula-mula masuk universiti masa dulu, aku dah siap-siap beli komputer riba untuk buat assignment nanti. Bila dah masuk universiti tak adalah nak fikir sangat nak beli komputer riba.

Di universiti masa tu aku duduk asrama sebelum berpindah ke rumah sewa. Bila duduk asrama inilah satu masalah yang timbul. Masa itu, diorang belum beli laptop lagi, jadi diorang pinjam laptop dengan broadband sekali aku dengan alasan nak buat assignment tapi aku tengok sibuknya ke lain seperti bermain Myspace, youtube dan macam-macam lagi. Aku tak kisah pun dalam hal ni tapi kalau dah main laptop sampai berjam-jam macam laptop sendiri syoknya. Mana hati tak marah. Adakah mereka benar-benar ikhlas berkawan atau mengambil kesempatan?

Kisah dari rakan, lain pula ceritanya, Semasa di Universiti, rakan saya menjadi 'driver' tak bergaji untuk rakan-rakan yang lain. Sebenarnya untuk membantu rakan-rakan lain memang tak jadi masalah untuk rakan aku itu. Tetapi ia menjadi masalah bila rakan-rakan kerap sangat minta bantuan untuk hantar diorang ke mana-mana dorang nak pergi. Dan kadang kala, tempat yang diorang nak pergi tu agak jauh dan diorang langsung tak hulurkan duit belanja minyak. Sebagai seorang yang masih lagi belajar secara terang-terangan rakan aku tak mempunyai duit dan hanya mengharapkan duit daripada ibu bapa sahaja. PTPTN rakan aku tak pinjam. Di situ, rakan aku dah mula mempunyai masalah kewangan.

Ada pada suatu hari tu, rakan aku mendapat kemalangan teruk sehingga membuatkan kereta kesayangannya juga rosak teruk. Sejak dari itu, baru rakan aku sedar siapa sebenarnya rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dan siapa rakan yang hanya berkawan untuk mengambil kesempatan sahaja.

Dalam dunia blog pula lain ceritanya, mengambil kesempatan dengan copy-paste dari blog yang lain tanpa pengetahuan lagi-bila bila berada dalam contest. Semata-mata mahu menang mahupun menaikkan traffik mereka sendiri. Tanpa sedar mereka telah melanggar etika dalam penulisan.

Buka Perniagaan online sediri


Nasihat kepada semua pembaca, janganlah suka mengambil kesempatan ke atas diri orang lain. Lakukan perkara dengan rasa ikhlas dan jujur. Tak rugi kita jujur dan ikhlas dalam apa jua perkara dan aku yakin sekiranya kita ikhlas dalam melakukan apa pun, ALLAH sendiri akan membantu kita dalam segala hal pun. Oleh itu, buanglah sikap suka mengambil kesempatan  ke atas orang lain untuk tujuan menyenangkan diri sendiri.