Showing posts with label monitor lenovo. Show all posts
Showing posts with label monitor lenovo. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

Dapat Komputer Baru

Komputer ataupun komputer riba pada hari ini mungkin boleh dikatakan satu keperluan untuk mencari maklumat malah di pejabat  juga memerlukan komputer untuk melakukan satu tugasan.

Pokoknya semua memerlukan komputer. Tetapi sekadar komputer tanpa internet pun macam kosong jugak. Tidak tahu nak buat apa pada komputer. Kerana segala informasi yang kita ingin cari ialah dengan melalui internet.

Di pejabat juga semuanya melibatkan internet seperti contoh bank, pusat imigrisen dan sebagainya. Tanpa internet semuanya akan tergendala.

Pengalaman dulu semasa hendak memperbaharui passport terpaksa ditangguh beberapa jam kerana masalah teknikal berkaitan intenet. See, macam aku cakap tadi semuanya tergendala. Semuanya pakai internet.

[caption id="attachment_780" align="aligncenter" width="512"]Dapat Komputer baru Monitor ini telah diberikan kepada adik aku.[/caption]

Komputer Baru


Tetapi hari ini, aku bukan nak cakap pasal kelebihan komputer dan internet. Semua orang dah tahu pasal kelebihan ini jadi buat apa nak beritahu benda ini berulangkali.

Cuma hari ini berkongsi berkenaan dengan komputer baru. Komputer baru bukan hasil pembelian tapi hasil pemberian saudara iaitu pak long.

Rasa terkejut sebenarnya sebab saudara mahu beri komputer siap cpu lagi. Bukan satu komputer tetapi dua komputer. Kiranya 2 monitor 1 CPU. Dah rezeki orang nak beri maka kami sekeluarga terima dengan hati yang gembira.

Alasan pak long  nak beri komputer ini sebab komputer ini terlalu lama disimpan dan tidak digunakan lagi, jadi daripada tak guna baik beri pada kami sekeluarga.

Kalau korang lihat gambar di atas komputer jenama Lenovo kalau gambar di bawah pula ialah komputer jenama samsung.

 Dapatkan bantuan untuk membuka perniagaan secara online




[caption id="attachment_781" align="aligncenter" width="532"]Dapat Komputer baru Komputer yang telah diletakkan di kedai.[/caption]

Apabila dapat sahaja 2 komputer terus  diberikan 1 komputer kepada adik aku dan yang satu lagi diletakkan di kedai. Sambil jaga kedai boleh main komputer.


Satu kepuasan sebenarnya apabila apabila melihat komputer sambil melayari internet dengan monitor yang cukup besar. Terasa nikmat 'pemandangannya'.


Cuma masalahnya satu, apabila komputer diletakkan di kedai (gambar di atas) line internet terus lembap. Senang cerita tak ada terus. Walhal jauhnya tak sampai 10 meter. Tetapi kalau guna laptop dapat pula line internet.  Malah tak terjejas line internet sama seperti di dalam rumah.


Apapun, akan diusahakan supaya line internet kembali sediakala. Ada yang memberikan cadangan supaya membeli router yang ada 2 sesungut dan ada juga yang suruh beli signal king.


kali pertama dengar nama signal king. Cuba google apa itu signal king, barulah aku tahu apa benda itu. Tetapi Kena tanya yang pakar dulu di kedai komputer nanti sebelum membuat keputusan untuk membeli signal king.


Bayangkan di rumah aku sahaja ada 3 komputer, 4 komputer riba, 3 tablet, dan 2 smartphone. Abah dok geleng kepala sebab tahu elektrik melambung naik punya.


Yang penting, kami sekeluarga bersyukur. Orang memberi kita merasa tak gitu.