Pokoknya semua memerlukan komputer. Tetapi sekadar komputer tanpa internet pun macam kosong jugak. Tidak tahu nak buat apa pada komputer. Kerana segala informasi yang kita ingin cari ialah dengan melalui internet.
Di pejabat juga semuanya melibatkan internet seperti contoh bank, pusat imigrisen dan sebagainya. Tanpa internet semuanya akan tergendala.
Pengalaman dulu semasa hendak memperbaharui passport terpaksa ditangguh beberapa jam kerana masalah teknikal berkaitan intenet. See, macam aku cakap tadi semuanya tergendala. Semuanya pakai internet.
[caption id="attachment_780" align="aligncenter" width="512"] Monitor ini telah diberikan kepada adik aku.[/caption]
Komputer Baru
Tetapi hari ini, aku bukan nak cakap pasal kelebihan komputer dan internet. Semua orang dah tahu pasal kelebihan ini jadi buat apa nak beritahu benda ini berulangkali.
Cuma hari ini berkongsi berkenaan dengan komputer baru. Komputer baru bukan hasil pembelian tapi hasil pemberian saudara iaitu pak long.
Rasa terkejut sebenarnya sebab saudara mahu beri komputer siap cpu lagi. Bukan satu komputer tetapi dua komputer. Kiranya 2 monitor 1 CPU. Dah rezeki orang nak beri maka kami sekeluarga terima dengan hati yang gembira.
Alasan pak long nak beri komputer ini sebab komputer ini terlalu lama disimpan dan tidak digunakan lagi, jadi daripada tak guna baik beri pada kami sekeluarga.
Kalau korang lihat gambar di atas komputer jenama Lenovo kalau gambar di bawah pula ialah komputer jenama samsung.
Dapatkan bantuan untuk membuka perniagaan secara online
[caption id="attachment_781" align="aligncenter" width="532"] Komputer yang telah diletakkan di kedai.[/caption]
Apabila dapat sahaja 2 komputer terus diberikan 1 komputer kepada adik aku dan yang satu lagi diletakkan di kedai. Sambil jaga kedai boleh main komputer.
Satu kepuasan sebenarnya apabila apabila melihat komputer sambil melayari internet dengan monitor yang cukup besar. Terasa nikmat 'pemandangannya'.
Cuma masalahnya satu, apabila komputer diletakkan di kedai (gambar di atas) line internet terus lembap. Senang cerita tak ada terus. Walhal jauhnya tak sampai 10 meter. Tetapi kalau guna laptop dapat pula line internet. Malah tak terjejas line internet sama seperti di dalam rumah.
Apapun, akan diusahakan supaya line internet kembali sediakala. Ada yang memberikan cadangan supaya membeli router yang ada 2 sesungut dan ada juga yang suruh beli signal king.
kali pertama dengar nama signal king. Cuba google apa itu signal king, barulah aku tahu apa benda itu. Tetapi Kena tanya yang pakar dulu di kedai komputer nanti sebelum membuat keputusan untuk membeli signal king.
Bayangkan di rumah aku sahaja ada 3 komputer, 4 komputer riba, 3 tablet, dan 2 smartphone. Abah dok geleng kepala sebab tahu elektrik melambung naik punya.
Yang penting, kami sekeluarga bersyukur. Orang memberi kita merasa tak gitu.
52 Comments
rezeki...kalu bunda pun dah ada orang nak bagi free terima jer...bunda masih setia dengan komputer samsung bunda ni haa..dah lebih 5 tahun bunda pakai..
Assalam.
Alhamdulillah..rezeki itu namanya..
waalaikumussalam, rezeki tak disangka.
ALHAMDULILLAH, saya baru nak merasa pakai pakai monitor samsung..
Wah.. alhamdulillah.. rezeki jngn ditolak, musuh jngn dicari.. Tahniah ye :)
ALHAMDULILLAH..rezeki dari ALLAH S.W.T.
wah manyak syok wo... sekarang orang banyak guna komputer... tapi dalam pada masa juga gadget handphone pun ramai orang suka pakai buat online..tapi function masih terbatas berbanding guna komputer...
Tahniah... Dapat Komputer Percuma.. Itu namanya tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... ;)
org yg duk curi line wifi pun duk pakai signalking tu bro..hu3
komputer boleh jadi keperluan masa kini. walaupun ada smartphone tetap tak leh lawan PC..
Terima kasin, betul tu, bukan senang nak dapat percuma orang kasi.
aku pun ada juga baca tp aku tak amik port nak curi wifi orang.
Saya pun dalam perancangan untuk mendapatkan komputer baru bagi kegunaan bisnes nanti
Semoga harapan bro untuk mendapatkan komputer baru tercapai.
dah macam cybercafe je...banyak betul computernya!
buat saya teringat, saya da CPU hantar kedai, x ambil lagi
setakat ini, Sop hanya ada 2 laptop (1 netbook) , 2 cpu 1 monitor
hanya guna latop utk berblog guna laptop yg dah agak lama ttp wondows update Win8... hehhee
netbook hanya utk urusan luar. desktop dah lama xbuka. bg anak tp dah lama xbuka hehhee
mmg penting komputer yg lancar bukan sahaja utk berblog tetapi utk kerja2 komputer
kalau dah slow dan byk xsupport baik beli baru yg lebih baik. baru bersemangat utk berblog kan?
Betul tu, kalau komputer slow, baik upgrade atau tukar terus cpu tu.
Memang banyak tp komform tak terpakai..
komputernya sama dengan punya saya sob, dari lenovo juga, cuma bedanya punya saya CPUnya model berdiri, dapat perangkat komputer baru jadi tambah semangat yah sob ngeblognya
Tanya sama pokok apa sebab goyang.....
Waaaaaa...alhammdulillah rejeki namannya tu!!
3 komputer, 4 komputer riba, 3 tablet, dan 2 smartphone??? Hahaha..mmg keluarga IT nih!! :p
haha, komputer kadang2x pun tak terguna juga. keluarga IT ye la kot. haha
ya betul tu bro, bila ada komputer baru semangat nak ngeblognya itu membara.
Internet pakai line apa bro? Banyak sangat share kot tu yang jadi lembab tu.
cakap pasal monitor besar ni , aku selalu guna lcd projektor sambung kat laptop untuk nonton movie. puas .......
ada lcd sendiri tu memang hebat.. memang puas kalo tengok pakai lcd nak pula tengok waktu malam. Feel duduk macam kat pawagam.
tak banyak share, yang share pun aku dengan parents, yang lain semua tak ada duduk asrama. Kalau adik beradik lain balik rumah kalau share pun tak berapa lembap sangat. Pakai Line streamyx.
Dengan Komputer Baru rasa bertambah semagat untuk menulis nie dan lebih banyak perkongsian ilmu serta perniagaan hihi
rezeki jangan ditolak bro..
dah jadi satu keperluan komputer ni...
wah boleh belasah sampai lebam..satu blog pergi ke laman blog CC satu lagi fb, satu lagi twwwt ke share 8 heee
memang kasi lebam, 1 pc dah cukup untuk buka semua tu.. hehehe
kira sudah menjadi keperluan untuk mencari informasi terkini lebih-lebih lagi melibatkan isu semasa.
betul tu.. orang memberi kita merasa.
lepas nih makin rajin lah berblog yer , tapi kalau dah line internet semput payah jugak kan...
Jangan beli router bang, nanti IP conflict. Beli WLAN switch jenis N+. Apa brand pun tak kisah. Sambung dengan main router. Jenis yang N+ ni dia punya jarak ada yang boleh sampai 300m. Tapi kalau dekat takat 10m tu, amik yang 100m pun dah orait.
Terima kasih atas cadangan tu..
bersemangat memang ada tapi kalo line dah lembaap mood nak blogging pun tak ada.
bestnya ada komputer baru tu .hehe.
saya guna Mikrotik Routerboard.. signal mmg kuat dan bole buat biz hospot
kat makmal saya ada 2 pc baru, 2 2 boleh guna bila-bila masa, tapi masalahnya, internet block, so payah nak merayau kemana-mana. huhu
Hehe..seronok kan dapat rezeki murah macam ni..hehe..baiknya hati pak long tu..betul tu bro..pakai wireless expander..boleh kuatkan signal wireless..hehe
Cantik bro PC baru, ni mesti spec laju ni.. Tak macam SOHO aku, bersepah.. sebab tu rasa tak tenang nak buat kerja.. haha
Thanks bro, boleh tahan laju juga. SOHO? pe tu? haha
ALHAMDULILLAH, rezeki. Pak long aku memang baik hati dan selalu ambil berat.
laptop yang saya guna kongsi dengan 2 anak dan isteri..betul-betul perkongsian punya
Entri terkini saya Misi 'Do Or Die' Dalam Blogwalking
Alhamdulillah ya, dapat komputer dari saudara...
Sering2 saja dipakai agar mereka yang memberi merasa senang :)
terbaik laa lepas nie boleh lah blogging sepuas hati nya hehe
Ada mood blogging la.
suka browsing pakai monitor.. tapi memandangkan nak yang boleh bawak jalan2. beli la laptop nipis samsung..
laptop lagi bagus..senang dibawa kemana2x. kalau pakai monitor besar ni buat kat rumah je.