Pertamanya, tahniah kepada mereka yang berjaya melanjutkan tawaran ke Universiti. Bukan senang nak dapat tawaran ke IPTA/S, hanya orang yang terpilih sahaja yang berjaya meneruskan pengajian. Kepada yang tidak berjaya mendapat tawaran meneruskan ke IPTA/S bukan bermakna tidak pandai, ALLAH S.W.T tahu mana yang terbaik untuk mereka. Keep it on your mind.
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Persediaan ke universiti perlulah diteliti dengan membaca syarat-syarat tawaran yang diterima. Salah satunya ialah melakukan medical check up bagi memudahkan pihak universiti mengetahui tahap kesihatan.
Medical Check Up Di Hospital Muar
Pengalaman masa dulu, buat medical check up di Klinik Pesakit Luar, Hospital Muar. Prosedure mungkin sedikit berbeza dengan klinik kerajaan atau swasta yang lain dan yang penting pemeriksaan tetap sama.
- Pertama sekali buat temu janji, akan diberikan borang untuk di isi ketika datang nanti dan selitkan sekali dokumen tawaran ke IPTA/IPTS .
- Pastikan datang awal dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Kalau temu janji pukul 9, datanglah seawal pukul 8 balik pun cepat .
- Pergi ke kaunter dan berikan informasi tentang diri dan ambil no giliran.
- Tunggu giliran dan masuk apabila sudah sampai giliran. Jururawat akan panggil nama kita untuk memeriksa berat dan ketinggian.
- Pastikan periksa no-no kaunter/bilik yang hendak dituju. Lain kaunter/bilik, lain fungsinya.
- Ujian penglihatan (periksa sama ada mata ok ke tak, sama ada rabun ke tak)
- Ujian Tekanan darah (Periksa sama ada darah tinggi atau pun tidak)
- Pemeriksaan Urine ( akan diberikan satu botol kecil untuk dimasukkan air kencing ke dalam botol tersebut)
- Pemeriksaan X-ray dan tunggu keputusan X-ray.
- Kemudian barulah berjumpa dengan Dr. untuk memberikan rumusan secara keseluruhan tentang kesihatan.
- Siap! Boleh pulang ke rumah dengan aman atau makan diluar.
Medical Check up mengambil masa agak lama sekiranya ramai orang dan kadang-kadang terpaksa tunggu sehingga berjam-jam. Maka, kuatkan mental dan fizikal untuk menunggu. Seperti diberitahu tadi, datang awal maka balik pun cepat.
Kalau nak cepat sangat boleh buat kat klinik swasta tapi biasa caj mahal la. Kalau mampu boleh buat kt swasta biasa cepat prosesnya.
Pengalaman dulu memang menguji kesabaran dan sempat beritahu adik yang akan masuk ke IPTA tidak lama lagi untuk datang awal ke klinik Muar.