Pengalaman Medical Check Up Di Hospital Muar
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Pertamanya, tahniah kepada mereka yang berjaya melanjutkan tawaran ke Universiti. Bukan senang nak dapat tawaran ke IPTA/S, hanya orang yang terpilih sahaja yang berjaya meneruskan pengajian. Kepada yang tidak berjaya mendapat tawaran meneruskan ke IPTA/S bukan bermakna tidak pandai, ALLAH S.W.T tahu mana yang terbaik untuk mereka. Keep it on your mind.
Persediaan ke universiti perlulah diteliti dengan membaca syarat-syarat tawaran yang diterima. Salah satunya ialah melakukan medical check up bagi memudahkan pihak universiti mengetahui tahap kesihatan.
Medical Check Up Di Hospital Muar
Pengalaman masa dulu, buat medical check up di Klinik Pesakit Luar, Hospital Muar. Prosedure mungkin sedikit berbeza dengan klinik kerajaan atau swasta yang lain dan yang penting pemeriksaan tetap sama.
[caption id="attachment_2177" align="aligncenter" width="700"] sumber gambar dari google.com[/caption]
- Pertama sekali buat temu janji, akan diberikan borang untuk di isi ketika datang nanti dan selitkan sekali dokumen tawaran ke IPTA/IPTS .
- Pastikan datang awal dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Kalau temu janji pukul 9, datanglah seawal pukul 8 balik pun cepat .
- Pergi ke kaunter dan berikan informasi tentang diri dan ambil no giliran.
- Tunggu giliran dan masuk apabila sudah sampai giliran. Jururawat akan panggil nama kita untuk memeriksa berat dan ketinggian.
- Pastikan periksa no-no kaunter/bilik yang hendak dituju. Lain kaunter/bilik, lain fungsinya.
- Ujian penglihatan (periksa sama ada mata ok ke tak, sama ada rabun ke tak)
- Ujian Tekanan darah (Periksa sama ada darah tinggi atau pun tidak)
- Pemeriksaan Urine ( akan diberikan satu botol kecil untuk dimasukkan air kencing ke dalam botol tersebut)
- Pemeriksaan X-ray dan tunggu keputusan X-ray.
- Kemudian barulah berjumpa dengan Dr. untuk memberikan rumusan secara keseluruhan tentang kesihatan.
- Siap! Boleh pulang ke rumah dengan aman atau makan diluar.
Medical Check up mengambil masa agak lama sekiranya ramai orang dan kadang-kadang terpaksa tunggu sehingga berjam-jam. Maka, kuatkan mental dan fizikal untuk menunggu. Seperti diberitahu tadi, datang awal maka balik pun cepat. :)
Join Group Telegram Anak2x Muar
Pengalaman dulu memang menguji kesabaran dan sempat beritahu adik yang akan masuk ke IPTA tidak lama lagi untuk datang awal ke klinik Muar.
Get notifications from this blog
dulu medical checkup dekat muar jugak.. masa tuh tak ramai..cepat jugakla siap...
ReplyDeleteGood luck untuk semua. part menunggu tu memang dugaan kan..
ReplyDeletemenunggu sampai mengantuk. haha
ReplyDeletesambil tunggu boleh usha aweks... hihi
ReplyDeleteNak msuk mna2 tmpt study kna mdcal checkup kn.
ReplyDeletegua bab nak wat temu janji ni yang malas benar. haha..
ReplyDeletesetuju bro..hendaknya datanglah awal..pngalaman sendiri masa ceq masuk u..dari pagi hingga petang,,,kalau bleh dtg awal2 pagi sbab memng akan ramai org :)
ReplyDeleteaku punye dua kali buat medical check up.
ReplyDeletenurse perempuan plk tu yg check..
segan jugak..haha
Masa I masuk IPTA medical check up kena buat kat hospital university. They will give us slot dan kena adjust based on class time. Lama juga menunggu sampai tak sempat masuk kelas.
ReplyDeletePenuh macam tin sardin.
ReplyDeletenormallah tu, perempuan lebih banyak dari lelaki
ReplyDeleteok2x..saya tak suke jumpe doktor sebenarnyeeee
ReplyDeleteKena charge henfon penuh + langgan pakej data Internet lah bila nk menunggu medical check up...
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips
Rasanya hospital lain pun gitu kot, kena tunggu lama dan banyak procedurnya. Selagi namanya hospital kerajaan, sbb ramai org.
ReplyDeleteSaya buat kat klinik je sebelum masuk u dulu
ReplyDeletemenurut saya beda rumah sakit swasta dan negara,swasta pelayanannya lebih baik
ReplyDeleteBerapa ringgit kena bayar ye?
ReplyDeleteSeringgit je untuk kos pendaftaran sahaja.
ReplyDelete