Rata-rata ramai di antara kita termasuklah diri kita pernah bergurau senda sesama kita. Seronok bila kita dapat bergurau senda bersama rakan-rakan dan saudara, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit tekanan negatif.
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Namun pun begitu, bergurau ada batasnya. Dalam tak sedar ada gurauan yang mungkin boleh menyakitkan rakan-rakan kita. Paling besar dalam tak sedar mungkin ada beberapa gurauan yang mungkin menjadi kafir dalam tak sedar.
Contoh-Contoh Dialog Menjadi Kafir Dalam Tak Sedar
- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kafir).
- Tak payah la simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah sangat,
- Berselerak je muka aku tgk. (jatuh kafir).
- Zaman nabi mana ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro. (jatuh kafir)
- Senyum la sikit, muka masam je, dah macam malaikat Munkar Nankir dah aku tgk. (jatuh kafir)
- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
- Emm.. kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
- Aku murtad dah, Eh! Gurau je, gurau je... (jatuh kafir)
- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" - Kitab Fiqhul Akbar - Karangan Imam Syafie.
Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yangg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.
Contoh Syirik kecil
Situasi Pertama
- Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.
Situasi Kedua
- Azlie bertanya kepada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam."
Bergurau ada Batasnya
Perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? Maka selepas ini perkara ini dapat disebarkan dan tidak menjadi bahan gurauan dalam perbualan tertutamanya dalam Islam. Sumber 'Usrah' TV119 .