Kafe Pot's Kitchen di Johor Bahru (PERMANENTLY CLOSED)
Pernah dengar nama Kafe Pot's Kitchen? Saya pun tak pernah dengar nama Kafe ini dan kebetulan rakan saya membawa ke kafe tersebut untuk merasai kelainan pada kafe tersebut.
Tempat tersebut tidaklah susah mana untuk dicari kerana berhampiran dengan bandar Johor Bahru dan juga Pasar Karat. Pemilik kedai ini kalau tidak silap adalah orang melayu sendiri dan makanan serta minumannya dijamin halal.
Terkesima sekejap dengan suasana dan dekorasi Pot's Kitchen yang vintage serta beberapa barangan antik yang ada dalam kafe tersebut. Kafe tersebut mempunyai dua (2) tingkat dan ber-aircond.
Unik Tentang Pot's Kitchen
Kelebihan tentang kafe Pot's kitchen adalah dekorasinya yang penuh nostalgia walaupun tempatnya kecil dan mengimbau kenangan lama di samping dapat menenangkan fikiran. Salah satunya yang menarik perhatian ialah meja makan dari beg briefcase pada zaman dahulu.
Terdapat hiasan menarik pada dinding kafe tersebut namun tidak sempat diambil gambar dan juga disediakan satu sudut khas bersofa yang simple serta sesuai untuk minum petang bersama rakan.
![]() |
Pot's Kitchen |
Menu Kafe Pot's Kitchen
Menu yang dihidangkan ala barat seperti spaghetti, ais krim, kek, kopi dan banyak lagi. Terpulang kepada korang untuk makan sama ada 'berat' mahupun yang 'ringan' sahaja. Harga yang disediakan adalah standard dengan mana-mana kafe yang ada di Malaysia.
Antara menu yang telah saya order, kalau tidak silap cheese Cake, Bowl Of Ass Cream, Hot caramel Macchi dan pisshang. Harga secara keseluruhan dalam RM50.00 dan harga tersebut tidak dikenakan Tax.
Sebelum makan, macam biasa korang kena order makanan berdasarkan menu yang telah tersedia ada di kaunter. Dah selesai order dan pembayaran pun telah dilakukan. Korang bolehlah duduk di mana sahaja korang mahu sama ada di atas atau bawah dan tunggu sahaja makanan korang sampai. Makanan yang di order tidak memakan masa yang lama untuk menunggu.
Sambil itu, korang boleh ambil gambar-gambar yang menarik dalam kafe tersebut. Kafe seperti ini sesuailah untuk makan berdua atau bertiga sahaja kerana ruang meja makan yang sangat terhad.
Lokasi Pot's Kitchen
Lokasi Pot's Kitchen sangat senang untuk dijumpai kerana berada di kawasan pasar @ bazar karat dan mula dibuka kalau tidak silap pada waktu petang mungkin dalam pukul 5PM sehingga waktu malam.
Alamat Pot's Kitchen adalah No. 8 Jalan Pahang, 8000 Johor Bahru. Tak tahu tempat secara detail, boleh buka google Maps.
44 Comments
Ala-ala starbuck jugak la ni ye. Ok la tu. Ada juga pengganti starbuck.
kat mana la mereka cari beg besar macam tu
memang klasik
Starbuck aku pun sendiri tak pernah pergi. hehe, ye la kot lebih kurang sama ada jenama sendiri. :)
ntahla tapi memang klasik.
Minat dengan idea meja dr bag tu..bolehla try untuk anda yg belum beli meja makan..
mmg nampak klasik cafe ni, bestnya dapat menghirup hot caramen tu kan
pergh. cool giler.. den suka konsep interior design mcm ni. memang tenang rasa klu makan atau chill kat sini. harga dia koyak poket gak.huhu
sejak dah tak ke starbucks ni, dah kurang craving den untuk coffee
ya..tempat romantik untuk pasangan suami isteri luangkan masa bersama selepas merajuk kot!
Menarik dia punya interior design. Lain dari yang lain.
cantik internal design dia. barangkali boleh jadi alternatif kepada starbak.
Retro sungguh! Kalau pergi sini kena siap berpakaian retro juga... baru ngam ho! Cuma harga makanannya tak sama macam harga zaman retro...huhu!
Idea yang kreatif kan. heheh
Memang best dan hilang stress. hehehe
Memang best tempat ni harga memang koyakla. hahaha
Memang sangat sesuai untuk suami isteri bersama. hehe
kena banyak cawangan ni.
Pot's Kitchen ni memang boleh tahan bestnya.
Dan banyak lagi tempat-tempat makan menarik kat area Pot's Kitchen.
JohoBaru semakin meriah, ahaks :)
wah sungguh klasik gitu rasa nak deco umh sendri macam tu boleh tak?
Memang nampak unik dan menarik..
Santai pun ada :D
fuhh..
yang ni memang old skool habis nih.
harap ramai yang tahu tentang petkara ini..
Memang boleh tapi nak cari barang antik tu bukan senang. hehehe.
Dah pergi ya?
Sekarang ini banyak konsep restauran yang ala retro. Sebab itu perabot lama janganlah dibuang ada harga.
Agak menarik konsep restorannya..
pernah nampak jugak cafe ni, selalu lalu tapi tak pernah singgah.. hihihu
Baru ek? Pernah jugak singgah mkn area situ...tak perasan plak.
Saya sebagai contoh antara penggemar restaurant atau kafe yang vintage. Perabot lama rugi tu kalau dibuang walhal barang lama plus antik ni boleh dijadikan saham kecil juga. :)
Konsepnya memang retro & kreatif.
Sekali sekala boleh singgah nanti. ;)
Menurut kawan saya boleh dikatakan baru juga dibuka mungkin tak sampai setahun.
wow! menarik, nampak sedap. kalau ada kat kota bharu for sure saya pegi!
alangkah baiknya pots kitchen buka di KL.harap mereka akan bukak di KL pula...:-)
Seronoknya kalau ada kat Jerteh ni...nak rasa gak..haha
Kalau ada comfirm meriah. hehe
adoi kenape dekat jahor, kat ipoh ade tak kafe pots ni??hehe
jahor?? euuwwww... sory typo... johor naa.....
Pots ni ada kat jb sahaja kot..
wahhh, cantiknya design kedai dia. Mesti seronok dapat makan dekat stu :)
Memang sangat cantik walaupun kecil je. Memang seronok dan rasa tenang :)
Seakan kembali ke zaman P Ramlee :)
Nampak cool dan klasik tempat ni..boleh relaks kalau dok melepak sini minum kopi sambil layan blog.. :-)
ini jenama tempatan ke..namun kualiti antarabangsa bro.
[…] suasana cafe tersebut. Design dalaman yang cantik dan kreatif serta klasik mengingatkan aku tentang Pot’s Kicthen Cafe di Johor […]