Rata-rata ramai di antara kita termasuklah diri kita pernah bergurau senda sesama kita. Seronok bila kita dapat bergurau senda bersama rakan-rakan dan saudara, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit tekanan negatif.
sekadar gambar hiasan |
Namun pun begitu, bergurau ada batasnya. Dalam tak sedar ada gurauan yang mungkin boleh menyakitkan rakan-rakan kita. Paling besar dalam tak sedar mungkin ada beberapa gurauan yang mungkin menjadi kafir dalam tak sedar.
Contoh-Contoh Dialog Menjadi Kafir Dalam Tak Sedar
- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kafir).
- Tak payah la simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah sangat,
- Berselerak je muka aku tgk. (jatuh kafir).
- Zaman nabi mana ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro. (jatuh kafir)
- Senyum la sikit, muka masam je, dah macam malaikat Munkar Nankir dah aku tgk. (jatuh kafir)
- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
- Emm.. kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
- Aku murtad dah, Eh! Gurau je, gurau je... (jatuh kafir)
- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" - Kitab Fiqhul Akbar - Karangan Imam Syafie.
Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yangg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.
Contoh Syirik kecil
Situasi Pertama
- Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.
Situasi Kedua
- Azlie bertanya kepada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam."
Bergurau ada Batasnya
Perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? Maka selepas ini perkara ini dapat disebarkan dan tidak menjadi bahan gurauan dalam perbualan tertutamanya dalam Islam. Sumber 'Usrah' TV119 .
32 Comments
Baguslah adarain perjelaskan isu sebegini...mmg kadangkala kita terleka dalam gurauan...rupanya jika salah gurau jatuh syirik kecil atau kafir...Allah...terima kasih ye
Terima kasih berkongsi hal yang penting ini. hari ini bab akidah semakin ditinggalkan.
Ada yang selalu melawak pasal kenegerian mcm 'Kelantan Murtad' tu cemana plak ye. Akak pun ada sebut gak dulu2 ikut org. Astagfirullah..
Semoga kita lebih berhati2 dlm bercakap.. :D
peka dengan keadaan.
kalau kita tidak tahu tak mengapa, seeloknya elakkan dari perkataan dari murtad dan sebagainya. Murtad dari segi syarak ialah orang Islam yang meninggalkan islam. Bila kita cakap kelantan murtad, ini bermakna pada pandangan saya kita mengata orang yang beragama Islam yang duduk kelantan keluar Islam. Minta dijauhkan.
Perkara ini harus dikongsi bersama agar semua orang peka dengan keadaan sekeliling.
Sama-sama, untuk peringatan bersama. :)
niat nak bergurau tp rupanya ada akibat lain di sebaliknya ye, tq for sharing ;)
cukup risau saya membaca artikel ini..
bagus peringatan ni, buat diri ini
bahayanya gurauan mcm ni..rsannya org keliling byk brgurau mcm ni..kna nasihat ni..huhu..
Terima kasih dengan info yang adarain kongsikan ni.
Sangat berguna dan selepas ini berhati-hati dalam percakapan..
terima kasih atas peringatan ni..kadang-kadang kita tak sedar nampak kecil tapi besar dosanya.
Sama-sama, sebab itu kita saling ingat-meningatkan. ;)
Sama-sama, cakap pandang-pandang. ;)
Kalau ada kena beritahu awal-awal.
thanks sangat2 info ni.. kena refresh balik apa yang pernah dicakap sebelum nii..
amal singgah sini.. moga tuan blog dimurahkan rezekiii..aamiiin
Thanks Bahrain..perkara yang ramai anggap remeh tapi sebenarnya implikasinya terlalu besar...Berfikir dulu sebelum bercakap kan..
Moga dapat jadi pengajaran buat kita semua :)
thanks for sharing
apa2 pun nak bercakap kena fikir dlu
Kita manusia dikurniakan akal untk berfikir
Ni kadang-kadang bila dah over sangat bergurau tu, memang kadang-kadang boleh terlajak. Memang ada sesetengah member jenis-jenis macam ni, jenis bergurau over yang kita kena peringatkan sikit. Kalau tak, tak pasal-pasal terpesong akidah akibat lidah.
Terima kasih mendoakan. AMIN~
Implikasinya sangat besat sehingga kita boleh terkeluar dari Islam. Minta dijauhkan.
Maka gunakanlah akal dengan sebaik-baiknya. ;)
Ada sebahagian daripada kawan-kawan kita kalau bergurau no 1 tapi dalam tak sedar gurauannya mungkin menyakitkan hati rakan yang lain dan mungkin ada dalam gurauannya yang boleh terpesong akidah.
sebelum bercakap tu kena la fikir dulu...nak bergurau pun agak2 la...jangan sampai jadi macam ni...
Ustazah masa sekolah dulu ada ingtkan pasal ni. Jangan pernah sekali buat gurauan pasal agama Islam...kadang2 tu kita tak sedar dan terlepas ckp. Itu selalunye bila bergurau dgn kawan. Lepas ni perlu lebih berhati2 bila nak lontarkan kata2..
Nak bergurau biarlah benda2 lain daripada terkait dgn hal2 agama mcm tu kan.. T kasih atas peringatan & perkongsian ini Bahrain..
yup..mmg btl tu kan..bgurau ada batas.. fikir dlu sblm ckp.. ^_^
Tula kadang org taktau adab adab nak bergurau ni kan. Haihh habis sakit hati kitaa
ada yang jenis tak tahu lgsg yang dia ni sebenarnya menyakitkan hati orang.