Showing posts with label telekung muslimat. Show all posts
Showing posts with label telekung muslimat. Show all posts

Monday, 31 August 2015

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah - Tahukah kenapa muslimah dikenakan untuk memakai tudung dan telekung ketika menunaikan solat dan Kenapa muslim tidak memakai telekung seperti mana muslimah pakai walaupun berseluar pendek tetap solat muslim sah?.

Di sini kita perlu melihat beberapa aspek yang telah disyariatkan kepada umat Islam khususnya buat kaum muslimah yang dilihat agak ketat dari segi auratnya. Perkara sebegini bukan sahaja suka-suka dibuat akan tetapi dilakukan atas sebab-sebab tertentu.


Bertudung Lambang Peribadi Muslimah

Secara ringkas antara sebab kenapa perempuan perlu menutup aurat dengan sempurna dari kepala sehinggalah ke paras kaki:


  • Perintah dari-NYA melalui Al-Quran.

  • Kesopanan dan maruah diri ( Kalau dipilih gula yang masih berbungkus dan gula yang tidak berbungkus serta terbiar mana satu yang akan dipilih? Sudah tentu gula yang masih berbungkus.

  • Keselamatan - Dapat terhindar dari pandangan lelaki dari berlakunya maksiat seperti merogol.

  • Dari segi Sains iaitu kepala muslimah wujud Mastoid iaitu struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga dan sangat berbeza saiz antara muslim dan muslimah. Mastoid pada muslimah perlu dilindungi dengan bertudung berbanding muslim kerana saiz yang kecil dan sangat sensitif yang mengganggu tona muka serta dikhuatiri menganggu kecantikan pada muslimah itu sendiri.

Kenapa Muslimah Bertelekung ketika menunaikan solat?

Islam itu memudahkan dan tidak menyusahkan.

Menunaikan solat dengan bertudung pun boleh asalkan ianya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu salah satunya ialah suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat serta menutup aurat dengan sempurna - aurat bagi muslimah, seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Tapi bayangkan kalau kita mahu mengadap dengan Sultan sudah pasti kita memakai pakaian yang kemas, cantik dan sekurang-kurangnya Berbaju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok hitam bagi muslim manakala muslimah pula dengan berbaju kurung.

Begitu juga ketika menunaikan solat di mana kita mengadap-NYA. Mestilah berada dalam pakaian yang kemas, cantik dan lagi baik adalah bertelekung yang labuh serta menutupi semua aurat bagi kaum muslimah manakala kaum muslim ialah dengan berpakaian kemas dan lebih elok dengan berjubah atau baju melayu dengan berkopiah.


Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria

Pakaian untuk beribadah mestilah selesa untuk dipakai agar ibadah tidak terganggu. Jika melakukan Ibadah dengan selesa maka dapatlah menyelesaikan ibadah dengan khusyuk dan sempurna.

Jadi, pilihan telekung muslimah mana yang terbaik?

Telekung Reehans pilihan muslimah untuk beribadah dengan lebih selesa dengan tagline Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria


Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans telah disediakan untuk memenuhi keperluan muslimah yang mahu menggunakan pakaian solat yang praktikal, selesa, kain yang dihasilkan dengan penuh teliti serta kualiti yang terbaik untuk setiap pemilik. Ini membolehkan pemilik Telekung Reehans memakai dengan penuh keyakinan untuk beribadah. Telekung Reehans sangat praktikal serta seleasa apabila dipakai kerana menggunakan bahan terbaik English Cotton dan Itali Valentro.

Koleksi Telekung Reehans

Reehans mempunya tiga (3) koleksi telekung iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur dan Reehans Rania

Reehans Balqis

Kain Telekung Reehans Balqis berkualiti tinggi dengan English Cotton yang sangat selesa untuk dipakai, lembut dan tidak panas. Mempunyai corak yang berbunga dengan pelbagai warna seperti biru, hijau, ungu dan banyak lagi.

Reehans Balqis mempunyai dua saiz yang saiz M dan L. Saiz M sesuai untuk muslimah dengan ketinggian antara 140 SM - 160 cm, manakala saiz L sesuai dengan ketinggian antara 150 cm - 175 cm.

Berikut adalah koleksi Reehans Balqis

Reehans Nur

Reehans Nur menggunakan kain yang berkualiti tinggi Itali iaitu kain Velentro dan mempunyai bentuk khas seperti jumbai di bahagian bawah yang sangat selesa untuk dipakai, lembut dan tidak panas. Telekung Reehans Nur tidak mempunyai corak dan pelbagai warna yang sekata sahaja.

Berikut adalah koleksi Reehans Nur :

Reehans Rania

Telekung Reehans Rania merupakan kain telekung dari kain Velentro yang eksklusif dengan dua (2) pilihan warna yang menarik iaitu merah jambu (Pink) dan warna krim vanilla.  

Berikut adalah koleksi Reehans Rania:

Koleksi telekung Reehans sangat sesuai untuk kegunaan harian, sebagai hadiah hari jadi dan perkahwinan. Muslimah mempunyai banyak pilihan telekung demi keselesaan ketika beribadah dan Telekung Reehans pilihan muslimah memberikan kelesesaan sebagai keutamaan untuk beribadah.

Info Lanjut tentang Telekung Reehans dan Tempahan Boleh dibuat melalui :


  • WhatsApp/Tel: +6011-14481591

  • Email: reehanstelekung@gmail.com

  • Facebook: Reehans Telekung

  • Website: Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur


Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Pilihan Muslimah