Showing posts with label wordpress. Show all posts
Showing posts with label wordpress. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

Selamat Datang Ke Wordpress.org

Syukur,kerana apa yang diidamkan sudah tercapai untuk menggunakan platform Wordpress.org.  Niat nak menggunakan WordPress ini sudah lama sebenarnya, tetapi oleh sebab beberapa faktor yang harus diambil kira, jadi tertangguh sekian lama. Banyak yang perlu dipelajari dalam dunia baru wordpress.com terutamanya di bahagian coding wordpress mungkin sedikit berbeza dengan blogger.

Namun begitu, masih lagi menggunakan platform blogger, kiranya aku ada dua platform iaitu wordpress dan blogger. Sudah terlalu lama berada dalam dunia blogger.com dan terlalu sayang untuk melepaskan blogger begitu sahaja. Banyak pengalaman dan kenangan bersama blogger.com.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada PakarNiaga.com kerana memberi domain + Host secara percuma selama setahun serta membantu melakukan hosting dalam wordpress ini. Bukan senang nak dapat domain + Host percuma, ini semua gara-gara cabutan bertuah dalam pertandingan meneka harga di PakarNiaga.com.

Akhirnya, Semoga dengan Platform wordpress.com ini dapat mengembangkan jenama adarain.com dan menjadi penulis yang matang serta berjaya dalam dunia blogging. Peace No Space.

Selamat Datang Ke Wordpress.org
sekadar gambar hiasan